Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 28, 2014

TINGKATKAN KEUPAYAAN KAPAL PERANG KITA

Dengan KD Jebat yang mengalami kerosakan akibat perlanggaran tempoh hari. KD Lekiu dan kapal2 lain dalam TLDM mengisi kekosongan tersebut.  Kami di MMP mendoakan kesemua warga TLDM selamat berjuang demi mempertahankan segenap inci keselamatan dan Kedaulatan wilayah laut Malaysia.

Nak tulis macam mana lagi ini adalah penulisan yang entah berapa kali (hari ni dua post pergh) ...oleh ikansadinmknorang
TINGKATKAN KEUPAYAAN KAPAL PERANG KITA!!!!

JAMES SHOAL menjadi isu sekali lagi...dan seperti biasa kami tak nak tunjuk jari tuding siapa yang bersalah...

apa yang perlu dilakukan sekarang adalah....

1.menaik taraf keupayaan tempur NGPV Kedah class....lengkapkan kapal2 perang ini dengan persenjataan anti kapal permukaan dan persenjataan anti pesawat yang bersesuaian bersama2 penderia2 elektronik berkaitan...

2.percepatkan proses baik pulih KD JEBAT dan proses naik taraf KD LEKIU....

3.tangguhkan dahulu turun taraf kapal2 korvet kelas Laksamana...atau lebih baik naik taraf persenjataan yg sudah obsolete kepada yang lebih berkemampuan memberikan fatal blow kalau tidak bloody nose kepada mana2 ancaman murka...

4.jika perlu dan ada pencalonan sesuai bagi kapal perang terpakai utk sekurangnya bertindak sebagai stop gap bagi mengisi kekosongan yg akan dipenuhi SGPV-LCS kelak...

ini adalah keperluan yang mendesak dan perlu dilakukan..dan seboleh-bolehnya diselesaikan dalam masa terdekat...

buat masa sekarang kita tahu angkatan udara kita mempunyai keupayaan untuk berhadapan dengan mana2 ancaman murka yg datang dari laut...anda boleh lihat sendiri keupayaan pesawat juang kita....

dan tidak lupa angkatan kapal selam kita yg terus menerus beroperasi dan siaga sepanjang masa...

maka adalah amat baik jika sekiranya 4 perkara yg saya sebutkan diatas boleh dilaksanakan bagi mengekang kekurangan yang dihadapi RMN pada masa sekarang...

tolak dahulu perbezaan politik dan isu2 dalaman yg tak menguntungkan kita...utamakan kedaulatan negara kerna kalau dok sibuk bergaduh sesama sendiri nanti lagi mudah musuh mengambil kesempatan keatas kita....

-sadinia-

p/s - amat berbesar hati jika ada teman2 pengunjung yang share kepada kepala2 pemimpin politik berkenaan post ini...tak kira la pembangkang ke pemerintah ke...kurang2 kalau ada usul di parlimen utk adakan sejumlah dana untuk RMN...dan akan menang 2/3...lagi pun ini adalah berkenaan kedaulatan negara....bukan pasal politik kepartian yang dangkal...ketepikan dulu soal perbezaan fahaman politik...

semua terlibat...yang memerintah dan yang membangkang dan kita sendiri rakyat biasa...kita tunjukkan sokongan kepada pasukan keselamatan kita terutamanya TLDM...defence is limitless and it cross all political faction
Gambar Hiasan Saje tulis kecil supaya panik hahahahahaah

TLDM dan TUDM bersedia dan memantau sebarang kegiatan Tentera Laut China di perairan negara. Seperti kita tau lokasi tersebut tidak jauh dari pengkalan2 TLDM dan merupakan lokasi rondaan rutin TLDM dan TUDM. Kita kena yakin dengan kemampuan TLDM dan berdoa ada orang tu cerah hatinya dan meluluskan bajet yang bersesuaian supaya selepas ni kita bukan hanya boleh memantau malah melakukan tindakan yang lebih keatas pencerobohan seperti ini. 
Sekain

GaGaK

4 comments:

  1. hancurkan binatang tentera cina tuuu..

    ReplyDelete
  2. Nak belanja duit bebillion beli buat baik pulih kapal laut tentera ini nak lawan sapa ? China ???

    Tak payah bazir duit , bukan ada duit pun kecuali nak bagi sedekah berbillion sebagai komisen kangkong boleh lah.

    China hantar tenters China Doll masok Malaysia sudah kalah penat perang KANGKANG....

    Tanam Kangkong lagi baik dari lawan China Doll yang terus masok neraka....

    ReplyDelete
  3. Kita rakyat mahukan keamanan dan kedaulatan negara dipertahankan bukan kemewahan pemimpin diutamakan. Bila negara diceroboh spt di Lahad Datu, siapa yg pertahankan? Pasukan keselamatan dikerahkan tetapi peralatan usang dan kurang berkualiti, siapa yg peduli?.

    Pembelian peralatan tentera mestilah telus bukan kerana komisen dan kroni.Bila keadaan mendesak spt ini barulah kelam kabut, lopong disana-sini. Apakah ini patut disalahkan kpd pembangkang sedangkan selama ini siapa yg memerintah?

    Kepada pihak kerajaan usahlah bercakap besar, negara selamat kedaulatan terjamin kononnya tetapi sebaliknya. Pembangkang bukan menolak belanja utk pertahanan tetapi kami tolak korup & kroni.

    Rakyat diseru utk bersatu pertahankan kerajaan yg korup?

    ReplyDelete
  4. Lawatan ke China baru2 ini antaranya adalah merancang untuk membuat wayang yg tersirat dgn berbagai maksud.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa