Sweden, bebaskan mereka?
27 Januari 2014
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita tentang pasangan warga
Malaysia yang ditahan di Sweden. Mereka ditangkap kerana isu pukul anak
bagi mendidik anak tersebut untuk bersolat. Anak-anak mereka, empat
orang kesemuanya, ditempatkan di sebuah rumah jagaan sementara.
Penulis tidak arif tentang undang-undang Sweden. Apa yang penulis tahu datangnya daripada laporan yang disiarkan dan sedikit kajian melalui internet. Menurut maklumat, Sweden telah lama mengharamkan sebarang jenis hukuman fizikal ke atas kanak-kanak dan pasangan tersebut ditangkap mengikut undang-undang Sweden tentang perkara itu.
Setiap negara berdaulat bebas menggubal undang-undang mereka sendiri. Itulah alasan yang sering kita gunakan untuk menjustifikasikan undang-undang sedia ada. Mana-mana orang luar juga wajar mengikut undang-undang tempatan. Ini juga sering digunakan apabila kita mengambil tindakan terhadap warga asing. Tidak timbul isu bahawa kerana mereka warga Malaysia, undang-undang Sweden tidak boleh diguna pakai.
Juga mengikut laporan, semua tindakan pihak berkuasa Sweden sehingga kini adalah mengikut undang-undang Sweden. Tidak ada dakwaan yang sebaliknya. Jadi, sekiranya semua tindakan pihak berkuasa adalah mengikut undang-undang, atas dasar apa boleh penahanan mereka dicabar? Jika tindakan pihak berkuasa Sweden adalah ‘betul’ di sisi undang-undang, apa lagi tindakan yang boleh diambil?
Di sini hak asasi manusia memainkan peranan.
Pada pendapat penulis, isunya bukan kebebasan beragama. Kebebasan beragama tidak merangkumi kebebasan untuk memukul anak atas sebab ingin mendidik agama. Juga, sukar untuk berhujah bahawa mana-mana ibu bapa mempunyai ‘hak’ untuk menghukum kanak-kanak secara fizikal. Apatah lagi apabila dibandingkan dengan hak kanak-kanak itu sendiri untuk dilindungi daripada tindakan fizikal daripada sesiapa pun.
Tetapi adalah menjadi hak asasi seorang manusia, tidak kira di mana, untuk tidak dikenakan tahanan, tangkapan atau pembuangan secara arbitari atau sewenang-wenangnya. Juga, terdapat hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya di dalam perbicaraan yang terbuka dan yang mana dia diberi kesempatan untuk membela diri.
Di Sweden, seseorang yang disyaki melakukan kesalahan boleh ditahan reman. Menurut laporan, mereka telah ditahan sejak bulan lepas. Mereka akan dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan reman setiap 14 hari, dan tarikh penentuan reman seterusnya adalah pada akhir bulan Januari. Berbeza dengan Malaysia, reman ini boleh dilanjutkan seberapa banyak kali tanpa ada tempoh maksimum.
Pada ketika ini, pasangan tersebut tidak dihadapkan ke mahkamah atas apa-apa tuduhan. Oleh itu, sekiranya mereka terus ditahan dan reman mereka dilanjutkan, ia seperti menghukum mereka sebelum mereka didakwa, dibicarakan, diberi peluang membela diri mahupun kesalahan mereka dibuktikan. Bukankah ini bertentangan dengan hak asasi manusia?
Berbeza dengan Malaysia, hak asasi manusia boleh diguna pakai sebagai alasan untuk mencabar sesuatu tindakan secara asasnya mengikut undang-undang. Ini kerana, hak asasi melangkaui undang-undang tempatan dan tidak boleh dinafikan, disekat atau dicabul oleh undang-undang tempatan. Kes-kes dari Sweden juga boleh dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Di samping itu, keinginan anak-anak pasangan tersebut juga wajar diambil kira. Sekiranya mereka tidak mahu dijaga oleh penjaga bukan Islam contohnya, pihak berkuasa Sweden wajar melaksanakan keinginan mereka, melainkan terdapat sebab-sebab yang perlu dan munasabah demi kepentingan mereka untuk tidak berbuat demikian.
Ya, hak asasi manusia, yang begitu dimomokkan oleh sesetengah pihak, yang dikatakan merupakan konsep Barat yang tidak sesuai atau serasi dengan kita di Malaysia, bahkan diperangi habis-habisan, hak asasi inilah yang boleh diguna pakai oleh pasangan tersebut, yang ditahan kerana mendidik anak mereka tentang kepentingan bersolat.
*Penulis seorang peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa