Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 26, 2014

Perkara Yang Tidak Pelik Bagi Orang Kelantan

Sultan makan atas tangga dalam pinggan pakai buang
MB solat atas tanah bawah pokok
MB berbasikal ke Masjid

Gambar “simple” ini telah “viral” dan dimuat turun dengan begitu meluas terutama di media sosial dan menerima banyak reaksi dari pelbagai pihak. Sekali imbas ia sekadar menunjukkan seorang yang berusia lengkap berpakaian Melayu dan kain pelikat, berkopian putih sedang sedia menaiki basikal di perkarangan sebuah masjid.
Lihat lebih teliti, individu berkenaan sebenarnya adalah YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato Ahmad Yakob atau Ustaz Mat.


Salah seorang yang telah memberi reaksi positif terhadap gambar berkenaan adalah bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Melalui facebook nya DrMAZA.com beliau menyebut:
Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan. Secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'. 

Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat.
Setakat saya menulis ini posting Dr Maza di atas telah menerima 37,876 likes dan 1,130 komen.


Antara komen yang menarik perhatian saya adalah dari Tan Tar yang menyebut: “Ini orang banyak baik, jujur dan sabar. Personal experience. Lim Xilvre pula memberi komen: “dia layak mendapat segala kemudahan sebagai seorang Menteri Besar tetapi memilih untuk sederhana, syabas role model untuk dirujuk kepada yang seangkatan”, Dan Jay Ace pula “Kualiti yang macam ni patut ada pada semua pemimpin terutamanya yang nak jadi calon PM”.
Ternyata rakyat dewasa ini kagum bukan apabila melihat pemimpin mereka menaiki kereta mewah dan mahal, atau berpakaian berjenama atau dikelilingi pengawal dan seumpamanya. Rakyat dewasa ini sesungguhnya lebih kagum apabila melihat pemimpin mereka macam biasa-biasa, ringkasnya macam mereka. Macam gambar Ustaz Mat di atas.


Rata-rata Ustaz Mat semakin menonjol keperibadiannya kebelakangan ini. Bermula dengan mengambil-alih tempat Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB Kelantan sehinggalah kesungguhannya mahu membawa ketengah sehingga ke peringkat Parlimen, undang-undang Hudud di Kelantan dan kini dengan gambar ini yang menyingkap kepada rakyat kesederhanaan beliau.
Bagi saya Ustaz Mat semakin mendapat tempat dan semakin dihormati pada pandangan masyarakat.


Kerana itu saya hairan apabila diberitahu baru-baru ini UMCEDEL atau University Malaya Centre of Democracy and Elections telah mengeluarkan satu kajian iaitu selepas 12 bulan PRU 13 bertajuk “Isu dan kecenderungan rakyat” yang sangat negatif terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kononnya setelah 12 bulan kepimpinan baru di Kelantan seakan sudah tidak ada aura sebagaimana kepimpinan yang lalu. Seolah selepas Tok Guru Nik Abd Aziz, Kelantan sudah tawar dan besar kemungkinan akan mengikuti jejak Kedah iaitu jatuh ke tangan BN!
Ternyata kajian berkenaan tidak mencerminkan keadaan sebenar persepsi rakyat kini terhadap Kelantan di bawah Ustaz Mat. Kalau UMCEDEL boleh cungkil contohnya reaksi komen yang diberi dalam FB Dr Maza sahaja, mereka akan dapati betapa melesetnya kajian mereka itu.


Walaubagaimanapun, bairlah UMCEDEL dengan kajian mereka. Apa pun saya melihat Tok Guru Nik Abd Aziz telah berjaya menyusun kabinet penggantinya dengan baik. Rakyat Kelantan kini tidak merasakan vakum setelah Tok Guru melepaskan jawatannya sebaliknya merasakan suatu kesinambungan sedang berlangsung, Tok Guru diganti dengan kepimpinan yang setaraf dengannnya malah tidak mustahil lebih baik dengan izin Allah swt.
Bertuahlah rakyat Kelantan, semoga mereka terus membangun bersama Islam sampai bila-bila. - sumber

Kalau Dah Belanja Menjadi Besar, Bukan Isukah Abe Din?

Kalau dah dipenuhi jenis umpama badot, berbaloikah dengan belanja yang rakyat keluarkan untuk mereka?

Muhyiddin akui Kabinet besar tetapi ia bukan isu, katanya 
OLEH MD IZWAN
Published: 26 June 2014

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengakui saiz Kabinet Malaysia memang besar tetapi bagi beliau, ia bukan satu isu sebaliknya menegaskan keberkesanan Jemaah Menteri yang lebih penting.
"Ia memang besar, perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) pun akui.
"Tetapi yang penting adalah keberkesanan, menteri dan jemaah yag dipilih perlu buktikan keberkesanan mereka," kata Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) semasa sidang media selepas merasmikan kad pelajar, i-Kad di Damansara.
Muhyiddin berkata saiz Kabinet yang besar tidak dapat dielakkan, khususnya selepas MCA mahu menerima semula jawatan jemaah menteri serta kemasukkan semula Gerakan dalam pentadbiran.
"Ia tidak dapat dielakkan, sebab keadaan selepas pilihan raya dahulu kita tubuhkan Kabinet tanpa MCA dan Gerakan," kata beliau.
Menurut Muhyiddin lagi, kemasukan MCA dan Gerakan membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mementingkan perkongsian kuasa dengan kaum lain.
"Seperti sejarah lalu, kita mahu perwakilan daripada semua kaum dalam Kabinet.
"Dengan keputusan ini, kita mengembalikan perkongsian kuasa dengan wakil kaum lain," kata beliau.
Muhyiddin juga berharap kedua-dua pemimpin daripada parti komponen tersebut dapat memainkan peranan, khususnya dalam menjalankan tanggungjawab dan mengembalikan sokongan kepada BN.
"Saya harap kemasukan ini dapat mengukuhkan kedudukan MCA dan Gerakan," kata beliau.
Semalam, Najib mengumumkan penyusunan semula Kabinet dengan memasukkan pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam Kabinetnya.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai menteri pengangkutan, menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sementara Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Najib turut melantik Naib Presiden MCA Senator Lee Chee Leong menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Chua Tee Yong menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Bagaimanapun, pengkritik membidas langkah tersebut memandangkan saiz yang terlalu besar dan mempersoalkan keperluan penyusunan tersebut. – 26 Jun, 2014. - MI

Fatwa Baru Oleh Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin Malaysia 

Kemenangan DAP, PAS dan PKR melalui penipuan

 | June 25, 2014
Gesa pihak PDRM ambil tindakan terhadap Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli
misc03_300x200SENTUL: Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao telah membuat aduan polis terhadap Lim Kit Siang setelah beliau gagal menunjukkan sebarang bukti selepas diberikan tempoh tujuh hari apabila beliau mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan berasuah.
“Sejak tahun 1969, Lim Kit Siang sering melaung-laungkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan berasuah. Mana buktinya? Kalau beliau gagal membuktikan, ini bermakna Lim Kit Siang dan DAP telah memfitnah kerajaan BN.
“Saya minta pihak polis siasat dan ambil tindakan terhadap Lim Kit Siang, yang mana beliau selama ini sering menghasut minda rakyat. Saya harap budaya ini dapat dihentikan selamanya kerana budaya menghasut dan memfitnah hanya akan menambahkan api kemarahan rakyat terhadap kerajaan.”
Menurut beliau, kemenangan DAP, PAS dan PKR adalah di atas dasar penipuan, pembohongan dan memesongkan fakta.
“ Mereka menipu rakyat dengan bermacam-macam fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan. Contoh seperti kes kapal selam Scorpene, Lynas, mana buktinya wahai pembangkang sekalian? Sudah-sudahlah menyemarakkan api kemarahan rakyat. Cukuplah dengan tohmahan dan fitnah melalui media sosial dan sebagainya.
“Saya harap pihak polis tangkap Lim Kit Siang dan soal-siasat beliau, tanya apa bukti beliau yang sering laungkan kerajaan BN adalah kerajaan berasuah. Bukan sahaja Lim Kit Siang, malah saudara Rafizi Ramli juga mendakwa anak Rosmah membeli kondominium, mana buktinya wahai Rafizi,” kata Ramesh yang berharap pihak PDRM mengambil tindakan terhadap dua individu ini secepat mungkin

Memang Najib Pemimpin Luar Biasa!

Najib mahu jadi pemimpin luar biasa!
26 Jun 2014
BARANGKALI disebabkan kecaman dan serangan awal terhadap rombakan Kabinet terutama yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno, khususnya spekulasi juga tersebar mengatakan ia akan dijadikan landasan untuk menaikkan pangkat sepupunya, Hishammuddin Hussein, telah menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak tidak melakukan apa yang dinamakan rombakan dalam Kabinetnya kali ini, sebaliknya hanya melakukan penambahan anggota saja.

Anggota yang ditambah pula hanyalah melibatkan kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan saja. Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, masing-masing dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA, Lee Chee Leong, Chua Tee Yong dan Chew Mei Fun pula dilantik sebagai timbalan menteri di MITI, Kewangan serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penambahan dua lagi anggota Kabinet kali ini bukan saja menjadikan barisan Kabinet Najib menjadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia dan mungkin juga terbesar dalam dunia iaitu seramai 35 orang.

Bagi Malaysia yang baru mencapai jumlah penduduk 30 juta orang, Najib dianggap cemerlang kerana memberi pekerjaan dan ganjaran kepada 35 orang sebagai menteri dan 28 orang lagi sebagai timbalan menteri.

Dalam sususan Kabinet kali ini, tambah cemerlang lagi ialah dengan pelantikan Wee Ka Siong dan Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bermakna jumlahnya meningkat kepada 10 orang. Lapan menteri sedia ada di JPM ialah Jamil Khir Baharon, Wahid Omar, Shahidan Kassim, Idris Jala, Joseph Kurup, Nancy Shukri, Joseph Entulu dan Paul Low.

Jika dikira dengan Najib sebagai ketua dan Muhyiddin sebagai orang nombor dua di JPM, jumlahnya meningkat lagi kepada 12 orang, suatu angka yang menakjubkan pencapaiannya bagi negara seperti Malaysia.

Mempunyai menteri di JPM seramai 10 orang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik di era Mahathir mahupun Pak Lah. Inilah hebat dan luar biasanya Najib.

Ramai yang berkata, jumlah itu terlalu besar dan lebih merupakan pembaziran. Berapa wang rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun mereka saja sedangkan dengan jumlah menteri yang ramai itu, tentulah skop kerja dan bidang tugas menjadi semakin sedikit.

Sekali lagi, inilah hebatnya Najib.

Sebelum beliau memperolehi banyak wang melalui cukai GST yang akan dikuatkuasakan pada April tahun depan, beliau sudah pun mempunyai perancangan ke mana wang itu mahu dibelanjakan. Inilah pemimpin yang memandang ke hadapan dengan gaya pemikiran di luar kotak.

Bagi Najib, jika beliau boleh membazirkan wang dengan penggunaan jet yang berjuta-juta, bil air lebih sejuta, bil air hampir RM300 ribu, jamuan mewah yang mahal, percutian dan segala-galanya yang mahal dan super mewah selama ini, apalah sangat dengan penggunaan wang rakyat untuk memiliki 35 menteri dan 10 menteri di JPM saja.

Semua itu masih dikira relatif kecil dalam pertimbangan Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri, lagi pula majoriti pemimpin Umno dan orang-orang Melayu di kampung masih lagi memberikan sokongan padu kepadanya.

Sebagai bangsawan juga dan hidup mewah sejak lahir, memanglah menjadi lambang kehebatan bila mempunyai jemaah menteri dan pekerja yang ramai bilangannya.

Jadi, apalah salahnya bermewah dan menunjuk hebat sikit-sikit.

Lagi pula, dengan memiliki Kabinet yang besar dan menteri di JPM yang paling ramai dalam sejarah Malaysia, bukankah Najib sudah banyak kali menjanjikan kejayaan, kemakmuran dan pendapatan yang tinggi untuk rakyat Malaysia? Untuk mencapai semua impian itu, ia mestilah dimulakan dengan tenaga kerja dan pasukan yang ramai.

Sebab itu, tidak hairanlah Najib bukan saja mempunyai anggota Kabinet yang besar dan menteri di JPM paling ramai untuk memberi nasihat dan menyumbang idea kepadanya, malah pasukan penasihat, perunding media, pegawai dan bermacam jenis setiauasa yang berada di sekelilingnya juga adalah paling ramai dalam sejarah Malaysia.

Meskipun selama ini Najib dikira sebagai Perdana Menteri paling lemah, lambat bertindak dan perlahan dalam memberi respon mengenai berbagai isu yang berlaku, semua itu hanyalah sementara saja.

Impiannya menjadi pemimpin yang luar biasa, hebat, cemerlang dan mungkin lima kali lebih hebat daripada Mahathir, lebih mudah menjadi kenyataan dengan bantuan jumlah menteri yang besar dan orang kelilingnya yang ramai.

Rakyat Malaysia perlu faham tentang ini.

Tetapi semua itu mesti memerlukan belanja terlebih dahulu. Sebab itu cukai GST dilaksanakan dan wang cukai itu sebahagiannya adalah untuk menampung kos gaji dan elaun para menteri, penasihat, perunding, pegawai dan setiausahanya.

Pedulikanlah sama ada penyertaan MCA dan Gerakan dapat menarik sokongan pengundi Cina atau sebaliknya, yang lebih penting lagi ialah memunculkan dirinya menjadi pemimpin luar biasa bagi Malaysia.

Hanya pemimpin luar biasa, walaupun di ketika hutang bertambah, ekonomi perlahan, politik serabut dan pembaziran menjadi isu, tetapi Najib dengan berani membazirkan lagi wang rakyat untuk merekodkan dirinya dalam catatan sejarah kerana mempunyai jumlah anggota Kabinet paling besar dan menteri di JPM paling ramai.

Yang menyokong Najib, teruskanlah menyokong.

"Dia Pernah Jadi Menteri, Dialah Yang Pernah Pakai Duit Rakyat,"

Seronok jugakan mendengar?
Bila geng-geng UMNO perang mulut.......silap-silap kain sendiri terselak!

Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.

Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.

Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.

Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali (kiri) menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.

"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.

"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?

"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.

Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.

"Jadi apa masalah dia hendak pertikai semua itu? Dia sebagai bekas menteri, saya malulah nak jawab tulisan-tulisan dia yang macam itu.

"Sekupang pun kita tak minta duit dia. Saya sebenarnya tak perlulah
nak menjawab dia, dia sebagai bekas menteri bolehlah dia pakai yang mewah-mewah," katanya.

Menurutnya lagi, merekamemakai persalinan songket yang ditaja dan hanya mengeluarkan belanja sekitar RM60 untuk upah jahit.

Katanya lagi, majlis pada malam itu juga tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya Umno bahagian Cheras berjaya meraih dana sebanyak RM500,000 daripada sumbangan hadirin.

"Bulan Ramadan ini kita boleh bantu ibu tunggal serta anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan dengan wang ini," katanya.

"Bagi saya, saya tak pakai duit rakyat maka orang tak boleh pertikailah.

"Dia (Zam) pernah jadi menteri, dialah yang pernah pakai duit rakyat," kata Syed Ali. - mk

Muhammad Firdaus Dullah: Cerita Kawan Kepada Emaknya - Dikatakan kisah benar!

Pada akulah.....seperit mana dan sesempit mana hidup ibunya
Adakah itu mewajarkan seorang anak OKU ditinggalkan sendirian di dalam bilik yang dipenuhi najis dan tanah dengan pakaian yang tidak layak dibuat penyapu kaki sekalipun!

Kalau tengok pada pendapatan ibunya di sini tak munasabah untuk membeli baju terpakai RM5.00 pun tak mampu, lagi pun diberitakan yang ibunya mempunyai suami yang baru. 

Apakah fungsi suaminya itu di dalam rumah tangga mereka?

Di bawah adalah  berita yang aku dapat dari fb bini aku
Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah
~~~~~~~
Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwadiberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama  Tak rugi pun kita, lagi untung ada 

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
 — withZulhilmi Yusof.

'Pancung' Hanya Ugut Tapi Belum Buat Lagi, Jadi Bukan Jenayah!

Itu tafsiran Zahid Hamidilah.......

Perkasa 'pusing' kenyataan selepas ancaman 'pancung' kepala 
KOMEN: Sesiapa sahaja kini bebas untuk menyuarakan apa-apa sahaja ucapan di Malaysia.
 
Tidak kiralah ucapan itu berbentuk ancaman sekali pun tetapi perlu mengatakan ia hanyalah satu ucapan seloroh.
 
Ini sudah tentu jika anda adalah sejajar dengan orang yang tepat dan menyokong parti pemerintah.
 
Ia jelas menunjukkan seolah-olah seperti negara tiada undang-undang dan menggalakkan orang ramai yang berfikiran sempit menghamburkan ucapan sesuka hati hanya demi meraih populariti mereka di dalam media.
 
Baru-baru ini, Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim, mengancam untuk "memancung" kepala orang yang mempersendakan Islam dan Sultan Selangor.
 
Katanya, apa yang dimaksudkan adalah untuk "memancung masa depan politik" empat ahli parlimen PAS - Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) yang mencetuskan kemarahannya.
 
Ini kerana keempat ahli parlimen itu menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang dan menghadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.
 
"Tak (pancung). Sebenarnya saya ketika berucap ... semangat orang tu ... Saya kata sebenarnya dalam hati, saya bukan nak pancung kepala, pancung dari segi politik, sebab yang terlibat keempat-empat, orang politik.
 
"Jadi kita pancung masa depan politik dia, tapi tak terkeluar masa depan politik tu, terkeluar pancung leher.
 
"Tak ada lah kita nak mengasah parang. Tak ada. Kita cintakan keamanan dan kedamaian," katanya lapor portal berita Malaysiakini semalam.
 
Lihatlah integriti dan kepintaran pemimpin Perkasa.
 
Apa yang membimbangkan tetapi tidak mengejutkan di sini ialah tiada seorang pun dari kem Umno yang telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kenyataan Ruslan ini.
 
Rakaman video tidak berbohong dan Ruslan perlu melihat semula ucapan "berapi-api" beliau yang sedia ada di internet.
 
Dalam klip video yang dimuatnaik KiniTV di laman Youtube, kedengaran Ruslan berkata orang yang mempersendakan Islam dan Sultan Selangor adalah parasit yang perlu dipancung dan beliau rela mati syahid kerananya.
 
Ancaman Ruslan itu dibuat semasa perhimpunan berhampiran Istana Selangor pada Isnin mengundang bantahan termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa undang-undang Majlis Konsultasi Perpaduan Negara Timbalan Pengerusi Lim Chee Wee.
 
Menurut Chee Wee, kenyataan Ruslan ini adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kaum dan Agama Benci Jenayah salah satu daripada tiga RUU baru yang dicadangkan untuk menggantikan Akta Hasutan.
 
Jadi bagaimana anda ingin menjelaskan, Ruslan? - V Shuman

Huh.....Perabihkan Boreh Jor....!

DAP dakwa penyertaan MCA dalam Kabinet tidak bawa perbezaan 
Published: 26 June 2014 - MI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) ketika mengumumkan penyertaan pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam Kabinet, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.

DAP menyifatkan penyertaan MCA dan Gerakan ke dalam Kabinet tidak memberi sebarang makna kepada masyarakat Cina di negara ini kerana parti itu gagal menyuarakan hasrat mereka.
“Apa bezanya Kabinet yang ada wakil MCA dan Kabinet yang tiada wakil MCA," kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng sebagaimana dilaporkan oleh Roketkini.
Lim dalam kenyatannya hari ini berkata, sama ada wujud atau tidak wakil MCA dalam barisan Kabinet, tidak ada perbezaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman penyusunan semula Kabinet semalam dengan memasukkan pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam Kabinetnya.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai menteri pengangkutan, menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sementara Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Najib turut melantik Naib Presiden MCA Senator Lee Chee Leong menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Chua Tee Yong menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Sebelum ini, bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan berkata, parti itu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian parti itu yang lemah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Namun, pada Februari 2014 selepas pelantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai presiden MCA dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM), parti itu mengintai peluang untuk mendapat semula jawatan di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
Ahli Parlimen DAP itu berkata, tidak ada sebarang hasil kerja yang boleh dibanggakan, malah tanpa sebarang petunjuk prestasi bagi mengabsahkan pelantikan lima pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam Kabinet.
“Kabinet kerajaan minoriti Barisan Nasional terpaksa disusun semula. Selepas hanya setahun, Malaysia kembali ke petak mula,” katanya.
Beliau berkata, penyusunan semula Kabinet itu hanya untuk ‘memberi muka’ kepada MCA dan Gerakan yang gagal kekal relevan pada PRU lalu.
Lim sebelum ini pernah meminta pemimpin MCA yang begitu aktif di media sosial, terutama presidennya untuk menawarkan lima janji kepada masyarakat Cina sebagai hujah penyertaan parti itu ke dalam Kabinet.
“Permintaan ini tidak dijawab. Minggu lalu saya bertanya lagi dan kali ini saya kurangkan kepada tiga janji sahaja. Ini pun tidak dijawab. MCA kekal membisu.
“Apa janji MCA yang tidak boleh diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina tanpa MCA?” soal Lim.
Sehubungan itu, katanya, pada hari bersejarah MCA menyertai semula Kabinet, beliau sekali lagi meminta parti itu untuk menawarkan satu saja janji lagi kepada masyarakat Cina di Malaysia.
“Saya secara spesifik menyebut ‘masyarakat Cina’ kerana kali terakhir saya periksa, MCA itu maksudnya Malaysian Chinese Association.
“Semua orang tahu MCA sebuah parti Cina yang ditolak masyarakat Cina dan tidak berfungsi sepanjang setahun lalu,” katanya. – 26 Jun, 2014.

Tak Mahu Kecoh Atau Takut Hospital?

Rela 'Simpan' Ketumbuhan Buah Zakar Sebesar Bola Sebab Tak Mahu Kecoh
mStar - Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 10:54 PM
Ketumbuhan buah zakar Bob Day sebesar bola dengan berat 4 kilogram. Foto Mercury

SEORANG datuk tidak mempedulikan ketumbuhan pada buah zakarnya yang membesar sehingga saiz bola seberat empat kilogram (kg) hanya kerana tidak mahu 'perkara itu' menjadi kecoh.
Bob Day yang merupakan penjual daging bagaimanapun hanya mendapatkan bantuan selepas anak-anaknya menyedari terdapat ketumbuhan membonjol di sebalik seluarnya dan menasihatinya supaya berjumpa dengan doktor.
Selepas pemeriksaan doktor itu, Day yang menghidap penyakit kanser mendapat tahu ketumbuhan itu seberat empat kg.
"Anda dapat melihat 'ketumbuhan' itu di sebalik seluar saya. Ia semakin membesar,  tetapi saya tidak mempedulikannya kerana tidak mahu bikin kecoh.
"Saya tidak rasa sakit kerana jika tidak saya mungkin sudah pergi berjumpa doktor lebih awal. Saya masih boleh menanam pokok dan melakukan semua perkara seperti biasa," katanya.
Day yang berasal dari Liverpool  itu dipujuk anak perempuannya, Jennifer dan anak lelakinya, Stephen supaya berjumpa dengan doktor.
Sebaik sahaja ketumbuhan itu dikesan, mereka menyedari bahawa Day mengalami masalah untuk duduk.
Doktor mengesahkan bahawa ketumbuhan yang semakin membesar itu disebabkan kanser pada Krismas tahun lepas dan dia kemudian membuangnya pada Februari lalu.
Day yang berusia 83 tahun itu akhirnya dapat mengubati penyakitnya. Jennifer, 54, berkata, "Dengan saiz (ketumbuhan) sebesar itu, saya fikir mereka (doktor) akan kata, "Sudah terlambat, tiada apa yang kami boleh lakukan".
"Apabila kita fikirkan tentang kanser, kita akan fikir "cukup setakat ini" tetapi hari ini ramai yang sembuh daripada penyakit kanser," katanya.
Bob Day

Pakar bedah, Coonoor Chandrasekar melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada buah zakar Day di Hospital Diraja Liverpool.
Beliau berkata: "Jika Bob tidak membuat pemeriksaan... ketumbuhannya itu mungkin boleh menyebabkan kematian. Adalah penting untuk diperiksa awal."
"Jika anda mendapati adanya ketumbuhan, jangan takut untuk berjumpa doktor," kata Chandrasekar. - metro.co.uk

Wednesday, June 25, 2014

Wilayah Melayu Yang Hilang

Selatan Thailand: Wilayah Melayu Yang Hilang
Oleh: MOHD HAZMI BIN MOHD RUSLI
WILAYAH Satun, Trang, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla cukup sinonim dengan orang Islam di Thailand. Kesemua wilayah ini, kecuali Trang dan Pattani bersempadanan dengan Malaysia. Walaupun majoriti penduduk di wilayah-wilayah ini adalah orang Melayu-Islam, tetapi wilayah-wilayah ini bukan lagi sebahagian daripada negara kita.
Apakah benar apa yang dikatakan bahawa wilayah selatan Thailand adalah wilayah Melayu yang hilang?
Sejarah Awal
Negeri Kedah yang wujud pada hari ini merupakan sisa tinggalan daripada wilayah kerajaan Melayu yang terbentang luas di kawasan utara Semenanjung Melayu yang meliputi wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut sumber catatan sejarah, kerajaan Langkasuka adalah kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Semenanjung Melayu. Ia wujud pada kurun ketiga dengan mempunyai  pusat kekuasaan di Kedah yang kemundiannya dipindahkan ke Pattani.
Kerajaan Kedah Tua kemudiannya muncul pada kurun keenam dan berkuasa ke atas laluan kapal pedagang di kawasan utara Semenanjung Melayu. Kehebatan Kerajaan Kedah Tua ini dapat dilihat daripada tinggalan arkeologi candi-candi di Lembah Bujang yang masih wujud sehingga hari ini.
Empayar Maritim
Kurun ketujuh menyaksikan kemunculan sebuah kerajaan Melayu terhebat yang pernah muncul di Pulau Sumatera. Srivijaya adalah sebuah kerajaan Melayu Hindu-Buddha yang berjaya mencapai status ‘empayar maritim’, dengan wilayahnya meliputi sebahagian besar Pulau Sumatera, Semenanjung Malaysia dan wilayah-wilayah selatan Thailand serta sebahagian daripada Pulau Borneo.
Setelah berkuasa lebih dari lima abad, kerajaan Jawa Majapahit menggantikan kerajaan Srivijaya dengan menguasai kawasan yang dahulunya pernah menjadi milik Srivijaya, malah jajahan Majapahit adalah lebih besar daripada Srivijaya. Indonesia yang terbentuk pada hari ini adalah gambaran betapa luasnya jajahan kerajaan Nusantara ini.
Penjajahan
Berkurun lamanya orang Melayu Nusantara menguasai rantau kepulauan Melayu ini sebelum kekuasaan mereka terhakis menerusi kedatangan penjajah-penjajah Barat. Selain penjajah Barat, kerajaan-kerajaan Melayu juga terpaksa berhadapan dengan kuasa penjajah serantau iaitu Siam yang senantiasa mengambil peluang untuk meluaskan wilayah mereka ke selatan Semenanjung Melayu.
Sebagai contoh, wilayah Satun yang sekarang ini sebahagian daripada Thailand  pernah berada di bawah pengaruh kerajaan Kedah sehingga tahun 1813. Kesultanan Kelantan dan Terengganu pernah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pattani Besar sehingga dipecahkan oleh Siam pada tahun 1785.
Sempadan Malaysia-Thailand yang terbentuk pada hari ini bukanlah sempadan yang memisahkan wilayah sebenar orang-orang Melayu dan Siam. Sempadan ini telah dilukis melalui persetujuan pihak British, selaku pelindung kerajaan-kerajaan Melayu dengan pemerintah Siam, tanpa kerelaan sultan-sultan Melayu sendiri pada tahun 1909.
Bertitik-tolak dari peristiwa bersejarah ini, terpisahlah wilayah-wilayah Melayu di selatan Thailand dengan negeri-negeri serumpunnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Wilayah Setul ditukar namanya kepada Satun, Singgora menjadi Songkhla, Terang menjadi Trang, Jala menjadi Yala dan Menara menjadi Narathiwat. Wilayah-wilayah ini kemudiannya menerima perpindahan orang-orang Siam yang agak ramai untuk menyeimbangkan populasi Melayu-Muslim dengan Siam-Buddha. Satun contohnya, mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 65%.
Dasar Thesapiban
Setelah wilayah-wilayah selatan ini menjadi milik mutlak Siam pada tahun 1909, pemerintah Siam pada ketika itu mengenakan dasar Thesapiban kepada penduduk-penduduk di kawasan ini dengan harapan untuk mengasimilasikan orang-orang Melayu Muslim kepada budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha. Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Siam, Pibul Songgram yang memerintah Siam di antara tahun 1939 sehingga 1944.
Penduduk-penduduk Melayu dipaksa untuk menerima adat dan budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Bahasa Siam diajarkan di sekolah-sekolah dengan bahasa Melayu tidak diberikan perhatian langsung oleh pemertintah. Mujur sekali Dasar Thesapiban tidak memaksa orang-orang Melayu untuk meninggalkan Islam sebagai agama yang dianuti oleh mereka.
Apabila Siam menjadi Thailand pada tahun 1949, masyarakat Melayu telah dilabelkan sebagai ‘Thai-Muslim’. Jati diri masyarakat Melayu di selatan Thailand berjaya secara sedikit demi sedikit, dihakis menerusi Dasar Thesapiban ini. Kini, majoriti generasi muda Thai-Muslim di selatan Thailand tidak lagi fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa menuturkan bahasa Thai.
Masyarakat Melayu Selatan Thai Kini
Walaupun rata-rata orang Melayu-Thai di daerah Pattani, Yala dan Narathiwat masih lagi boleh bertutur di dalam bahasa Melayu dan masih lagi mengakui yang mereka itu Melayu, lain pula dengan kebanyakan masyarakat Thai-Muslim di wilayah-wilayah Satun, Trang dan Songkhla.
Mereka tidak lagi boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik walaupun mereka tampak seperti masyarakat Melayu-Islam di Kedah ataupun Kelantan. Lebih menyedihkan, hanya 9.9% daripada masyarakat Islam Satun dan Trang yang mengaku mereka itu Melayu.
Wilayah yang Hilang
Sejarah menunjukkan bahawasanya orang-orang Melayu pernah membina peradaban yang tinggi  menerusi kerajaan-kerajaan maritim yang pernah diterajui mereka. Namun, penjajahan telah menyebabkan orang-orang Melayu tertindas sehingga hilang jati diri. Masyarakat Thai-Muslim di Satun dan Trang adalah manifestasi sebuah bangsa yang telah hilang jati-diri mereka sebagai seorang Melayu. Amat mendukacitakan apabila saudara serumpun seagama kita di Satun dan Trang tidak lagi mahu mengakui diri mereka Melayu, malah lebih berbangga menjadi orang Thai.
Kesimpulan
Wilayah-wilayah Satun, Trang, Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat adalah wilayah-wilayah Melayu yang hilang dan sekarang telah menjadi hak mutlak negara Thailand. Nasib masyarakat Muslim di selatan Thailand patut dijadikan iktibar oleh kita semua. Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu perlu menanamkan rasa kasih pada bangsanya sendiri dan negara Malaysia kerana inilah negara warisan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang masih kekal bersama orang-orang Melayu.
Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph.D) adalah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang felo pasca kedoktoran kehormat di University of Wollongong, Australia

Adenan Sindir Taib Ke Ni?

Pada aku semua PM selepas Tun Husein dan menteri kabinet terkena sindiran Adenan ni!

Adenan tidak benar ahli keluarga terdekat pohon tanah, balak 
Published: 25 June 2014 - MI
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (gambar) menyatakan komitmen untuk tidak membenarkan anggota keluarga terdekatnya memohon tanah kerajaan atau konsesi pembalakan atau perkara lain yang termasuk dalam bidang kuasanya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata komitmen itu dinyatakan sebagai reaksi terhadap saranan beliau semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Adenan hari ini.
"Saya amat berbangga kerana ketua menteri secara prinsipnya bersetuju bahawa beliau tidak akan membenarkan keluarga terdekat, sama ada isteri atau anak-anaknya untuk memohon perkara-perkara yang berkaitan (dengan bidang kuasa Ketua Menteri)," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri dialog bersama ketua komuniti Cina di Kuching hari ini.
Menurut Abu Kassim beliau membuat saranan serupa kepada semua ketua menteri dan menteri besar di negara ini dalam usaha mempertingkat integriti pentadbiran kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam pertemuannya dengan Adenan itu, ketua menteri turut meminta SPRM menumpukan penguatkuasaan terhadap aktiviti tertentu yang berpotensi berlaku rasuah di Sarawak.
Sementara itu, Abu Kassmi berkata SPRM sedang memantau kegiatan "orang tengah" yang menggunakan nama ahli politik dan pegawai kanan kerajaan selain mendakwa dapat mempengaruhi keputusan mereka bagi meluluskan satu-satu permohonan.
Katanya suruhanjaya itu menerima beberapa aduan berhubung perkara tersebut yang turut membabitkan 'orang tengah' berkenaan meminta bayaran tertentu daripada mereka yang mengemukakan permohonan.
"Mereka (orang tengah) itu akan mendakwa wang yang diminta itu adalah untuk membayar pegawai-pegawai yang akan meluluskan permohonan mereka itu," katanya.
Beliau meminta sesiapa yang dihubungi oleh orang tengah seperti itu untuk membuat laporan kepada SPRM. – Bernama, 25 Jun, 2014.