Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 26, 2014

"Dia Pernah Jadi Menteri, Dialah Yang Pernah Pakai Duit Rakyat,"

Seronok jugakan mendengar?
Bila geng-geng UMNO perang mulut.......silap-silap kain sendiri terselak!

Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.

Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.

Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.

Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali (kiri) menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.

"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.

"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?

"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.

Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.

"Jadi apa masalah dia hendak pertikai semua itu? Dia sebagai bekas menteri, saya malulah nak jawab tulisan-tulisan dia yang macam itu.

"Sekupang pun kita tak minta duit dia. Saya sebenarnya tak perlulah
nak menjawab dia, dia sebagai bekas menteri bolehlah dia pakai yang mewah-mewah," katanya.

Menurutnya lagi, merekamemakai persalinan songket yang ditaja dan hanya mengeluarkan belanja sekitar RM60 untuk upah jahit.

Katanya lagi, majlis pada malam itu juga tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya Umno bahagian Cheras berjaya meraih dana sebanyak RM500,000 daripada sumbangan hadirin.

"Bulan Ramadan ini kita boleh bantu ibu tunggal serta anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan dengan wang ini," katanya.

"Bagi saya, saya tak pakai duit rakyat maka orang tak boleh pertikailah.

"Dia (Zam) pernah jadi menteri, dialah yang pernah pakai duit rakyat," kata Syed Ali. - mk

3 comments:

  1. Kalau dah penyamun, apa pun dalih semuanya auta. Songket yang dipakai mungkin berharga RM1000 sehelai, tapi tambang pergi balik ke Pakistan dan shopping kat sana bersama anak menantu dan cucu2 takkan RM50 saja kot. Tak tahulah kalau Syed ni ada gerai roti canai ke atau nasi kandar?

    ReplyDelete
  2. Sapa yg percaya mulut umno bercakap itu tandanya dia 'OKU'

    ReplyDelete
  3. rocky says: yahoo melayu kaya melayu kaya.. pedulik apa dengan rakyat... pergi mampos la sapa2 yang dengki kat pemimpin yang semakin kaya.. tanam azam untuk jadi pemimpin suatu hari nanti dan sambil tu gunakan peluang belajar macam mana nak kaya tak kira sumber apa ha ha ha ha aku kaya Kassim Baba

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa