Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin Malaysia
Kemenangan DAP, PAS dan PKR melalui penipuan
Gesa pihak PDRM ambil tindakan terhadap Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli
SENTUL: Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao telah membuat aduan polis terhadap Lim Kit Siang setelah beliau gagal menunjukkan sebarang bukti selepas diberikan tempoh tujuh hari apabila beliau mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan berasuah.
“Sejak tahun 1969, Lim Kit Siang sering melaung-laungkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan berasuah. Mana buktinya? Kalau beliau gagal membuktikan, ini bermakna Lim Kit Siang dan DAP telah memfitnah kerajaan BN.
“Saya minta pihak polis siasat dan ambil tindakan terhadap Lim Kit Siang, yang mana beliau selama ini sering menghasut minda rakyat. Saya harap budaya ini dapat dihentikan selamanya kerana budaya menghasut dan memfitnah hanya akan menambahkan api kemarahan rakyat terhadap kerajaan.”
Menurut beliau, kemenangan DAP, PAS dan PKR adalah di atas dasar penipuan, pembohongan dan memesongkan fakta.
“ Mereka menipu rakyat dengan bermacam-macam fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan. Contoh seperti kes kapal selam Scorpene, Lynas, mana buktinya wahai pembangkang sekalian? Sudah-sudahlah menyemarakkan api kemarahan rakyat. Cukuplah dengan tohmahan dan fitnah melalui media sosial dan sebagainya.
“Saya harap pihak polis tangkap Lim Kit Siang dan soal-siasat beliau, tanya apa bukti beliau yang sering laungkan kerajaan BN adalah kerajaan berasuah. Bukan sahaja Lim Kit Siang, malah saudara Rafizi Ramli juga mendakwa anak Rosmah membeli kondominium, mana buktinya wahai Rafizi,” kata Ramesh yang berharap pihak PDRM mengambil tindakan terhadap dua individu ini secepat mungkin
Ada juga pengampu yg bangsat dan bodoh seperti ini, kenapa tak tanya pertubuhan kajian rasuah antarabangsa yg meletakan Malaysia dlm rangking negara yg mengamal rasuah terburuk berbanding Singapura. Nak tunjuk sokongan pun jangan sampai diri jadi bodoh mcm lembu.
ReplyDeleteHaaa....ramesh nie boleh dilantik sebagai menteri banner.amacam ramesh ada mau ka.
ReplyDeleteManusia bangsat yang minta kerja kat kerajaan BN.
ReplyDelete