Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 26, 2014

Muhammad Firdaus Dullah: Cerita Kawan Kepada Emaknya - Dikatakan kisah benar!

Pada akulah.....seperit mana dan sesempit mana hidup ibunya
Adakah itu mewajarkan seorang anak OKU ditinggalkan sendirian di dalam bilik yang dipenuhi najis dan tanah dengan pakaian yang tidak layak dibuat penyapu kaki sekalipun!

Kalau tengok pada pendapatan ibunya di sini tak munasabah untuk membeli baju terpakai RM5.00 pun tak mampu, lagi pun diberitakan yang ibunya mempunyai suami yang baru. 

Apakah fungsi suaminya itu di dalam rumah tangga mereka?

Di bawah adalah  berita yang aku dapat dari fb bini aku
Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah
~~~~~~~
Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwadiberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama  Tak rugi pun kita, lagi untung ada 

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
 — withZulhilmi Yusof.

15 comments:

  1. Terima kasih atas pencerahan yang dibuat mengenai ibu Firdaus. Masyarakat patut merasa malu kerana membiarkan mereka melarat, bukan memcerca.Bolehkah diujudkan satu akaun bank atas nama ibu Firdaus supaya masyarakat yang perihatin boleh menyumbang. Kita tak mahu menyumbang kepada tabung yang diujudkan oleh Shahrizat kerana tak mahu jadi seperti tabung Jantungku dulu.Duit berjuta lesap dan ghaib sampai hari ini.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedihnya betapa miskinnya dia....siasatlah perkara sebenar yang berlaku dan bantulah mereka agar mereka pulih dari kemiskinan.,..

    ReplyDelete
  3. Pigi dah.Ini semua poyo.Pembohong dan tak masuk akal.
    Kalau nak backing si ibu pun biarlah masuk akal. Bayangkan sampai kurus kering, nampak tulang, tak terurus.Pakaian pun sampai reput.Takkan siibu langsung tak prihatin semua.Makan minum budak tu, pakaian, mandi dan kekemasan.
    Kalau anak OKU itu nampak berisi sedikit dan ada pakaian yang agak lengkap walaupun nampak kotor boleh diterima akal tapi sampai reput baju dan kurus kering.come on lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..klu d bgi mkn smingu skli pn rsa nya x bgitu truk. X kn kain bju lma x bolh minta kwn ofis. Klu mlu ktakan utk d sedekah org..ada kmungkinan dia di abaikan secara total..

      Delete
  4. Dengan Nama Allah SWT
    Betul Allah beri kita dua pasang mata dan dua pasang telinga untuk kita lihat dan dengar dua pihak baik kondisi penghidupan si ibu mahupun kondisi penghidupan si anak . Jika si ibu mampu berpakaian untuk menutup aurat baik semasa bekerja mahupun penghidupan sehariannya . Tak kan lah si anak pula tak mampu untuk menutup aurat ??? Baiklah jika memang si ibu tak mampu untuk menjaga anak anak yg oku , kenapa si ibu tidak ada akal untuk menyerah anak anak oku nya di JKM ??? Bicara biarlah berasas .

    ReplyDelete
  5. Bullcrap! Mane ade ibu semiskin mane pon yg akan membiarkan anaknya dlm keadaan berlumuran najis dan kencing sendiri & tidak terurus sebegitu rupa. Tambahan pula anak itu paling memerlukan bantuan. Tak kan lah di-mandi kan pon tak boleh? Tak masok akal sama sekali.

    ReplyDelete
  6. Penulis keliru tentang isu yg diperkatakan oleh keyboard warriors. Isunya disini ialah pengabaian bukan penderaan. Dimanakah tanggungjawab seorang ibu/penjaga? Fitrah manusia, apabila keburukan dibongkar pelbagai alasan keluar.

    ReplyDelete
  7. nak backing si Lola pun biar berpada , jangan buat lawak basi , orang ada mata dan akal menilai segala yg berlaku ..

    tak mampu beli baju anak tapi baju si ibu kalah artis, tudung bling bling , mekap tebal seinci ..ada duit pula beli mekap !

    gaji Rm 1549 , tak mampu beli baju dan sisir rambut anak ? baju rm 5 melambak ...

    melihat keadaan , anak tu dah berminggu ..berhari2 tak dimandikan, tak makan, baju tu dah berbulan tak ganti, rebut mengalahkan kain lap kaki , tengok perut si anak tu dah kecut macam kundur layu, tinggal kulit dengan tulang je ada, entah dah berapa lama budak tu tak jumpa air ..sadis sungguh !

    tak payah la mengarut nak jadi hero backing si Lola tu, kesalahan dan kesilapan tetap pada emaknya, kemudian jiran2 yang ada sekeliling kenapa tak ambil usaha ? kenapa tak jengah ..tak jenguk budak tu?

    poyo !

    ReplyDelete
  8. Dari mula berita ini tersiar diriu tak percaya langsung akan berita ini, biasalah zaman ini yg penuh penipuan , bila kena pada yg hidup susah miskin hina kamu semua lempar fitnah tanpa usul periksa. Tapi kalau kena pada sikaya yg berhormat kamu semua bela walaupun jelas mereka lakukan kesalahan lebih lebih bangsa melayu. Fikirlah dgn waras dan bertindak dgn adil. Ya Allah kamu permudahkan keluarga puan lola dlm mengharungi hidup yg penuh ranjau dan duri didunia yg fana ini. Amin.

    ReplyDelete
  9. humban saja laa si lola tu dalam penjara,.., penjara laa tempat sebaik baiknya si lola tu munasabah diri..

    ReplyDelete
  10. Kalau betul susah, si mak tu sepatutnya dah kurus kering juga tapi mak sihat segar bugar. Kata arwah Mak Enon,'Hai dunia..dunia.. apa nak jadi dengan dunia sekarang..

    ReplyDelete
  11. Alasan yang langsung tidak masuk akal tidak wajar tinggalkan anak OKU sendirian dengan keadaan langsung tidak terurus sedih sungguh bajupun boleh reput pada badan sampainya hatimu wahai ibu

    ReplyDelete
  12. Kenapa nak mempertahankan si ibu yg mampu bergaya dengan make-up yg cantik serta berpakaian cantik dan mampu mempunyai smartphone kalau tak pun set komputer yg ada talian internet untuk ber FB tapi anak dibiarkan seperti pelarian Somalia. Anak yg terbiar tak dipertahankan, janganlah cuba menjadi pembela yg tak kena tempat, kalau benar sayangkan anak kenapa dibiarkan anak yg sebelumnya sempurna menjadi kurus kering dan hidup berlumuran najis? Tak payah lah nak jadi pembela si ibu yg lebih jijik dari binatang, binatang pun lebih tahu menjaga anaknya. Jangan cuba butakan masyarkat yg sebenarnya kamu sipenulis cerita yg lebih buta dari mata sampai kehati.

    ReplyDelete
  13. Di atas bumi allah bolehlah kamu mengelak atau sebaliknya tetapi allah mengetahui apa yg kamu lakukan maka allah gerakkan hati manusia lain utk membongkar di atas sifat kamu maka terbongkar....lah

    ReplyDelete
  14. Entah2 pompuan ni x balik ke rumah pun. Tgk kondisi rumah... mmg manusia biase takkan tinggal. This kid is abandoned 4 a very long period. Thank god... bring the man in...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa