Tertindas dan dizalimi sesama kita
Bila pertolongan dihulur oleh musuh Islam
Pastinya ada 'Udang di dalam Mee'
Tengoklah apa dah jadi dengan Iraq, Libya dan Afghanistan?
Amerika, Syria di ambang perang
2013/08/28
Pemberontak melancarkan serangan balas terhadap tentera rejim
ketika bertempur di Khanasser, kelmarin. - Foto AFP
Amman: Diplomat Amerika dan sekutunya sudah memaklumkan kepada pemberontak Syria bahawa Kuasa Barat boleh menyerang negara itu dalam tempoh beberapa hari saja lagi.
Beberapa sumber yang menghadiri mesyuarat antara pemimpin pembangkang Syria dengan diplomat dari Washington serta kerajaan negara lain di Istanbul semalam berkata pemberontak diberitahu bahawa mereka boleh menjangka tindakan ketenteraan dan diminta bersedia untuk rundingan damai.
Pembangkang dimaklumkan bahawa tindakan untuk menghalang rejim Assad daripada terus menggunakan senjata kimia akan dilakukan seawal beberapa hari lagi dan mereka dikehendaki bersedia untuk mengadakan rundingan damai di Geneva, kata sumber itu.
Sumber itu juga menyatakan Presiden Pakatan Kebangsaan Syria Ahmad Jarba menemui wakil daripada 11 negara yang menyokong pemberontak termasuk duta Amerika ke Syria, Robert Ford di Istanbul.
Serangan gas beracun
Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel, berkata tentera Amerika di wilayah itu sudah bersedia untuk menjalankan tugas ketika Washington bersama sekutunya di Eropah dan Asia Barat menyediakan rancangan untuk menghukum Presiden Bashar al-Assad didakwa melancarkan serangan gas beracun yang mengorbankan lebih 1,000 orang minggu lalu.
Pemeriksa dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata mereka menemui bukti bahawa rejim Assad bertanggungjawab dalam serangan senjata kimia membabitkan gas saraf ke atas rakyatnya.
Bagaimanapun tentangan daripada Russia dan China menyukarkan usaha untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa, pemimpin Barat mungkin menangguhkan rancangan itu.
Perdana Menteri Britain David Cameron memanggil satu mesyuarat tergempar parlimen untuk membincangkan mengenai isu Syria esok.
Beliau bersama Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Perancis Francois Hollande berdepan persoalan sukar mengenai sejauh mana batas campur tangan, kemungkinan besar serangan udara akan berakhir dan sama ada mereka bersedia menyerahkan kuasa kepada pemisah Islam yang anti Barat jika Assad digulingkan.
Pasaran saham merudum
Sementara itu di Asia, pasaran saham merudum manakala harga minyak meningkat awal semalam disebabkan kebimbangan berlaku satu lagi peningkatan dalam perang di Syria yang sudah menjangkau 29 bulan.
Bercakap di Washington dan sekutunya bersedia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Syria, Setiausaha Negara Amerika, John Kerry, menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad cuba menyembunyikan sesuatu. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa