Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 19, 2013

Maklumat terbaru kes Puteri Diana

  • Keadaan kereta dinaiki Diana dan Dodi yang remuk sejurus kemalangan di Paris

LONDON - UNITED KINGDOM, 19 Ogos 2013 - Pihak berkuasa Britain, kelmarin, memulakan siasatan terbaru selepas dilapor menerima maklumat berhubung kematian Puteri Diana dan teman lelakinya Dodi al-Fayed, 16 tahun lalu.

"Setakat ini, pegawai yang terlibat sedang menilai sama ada maklumat tersebut relevan untuk disiasat," kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan (Scotland Yard).

Bagaimanapun, Scotland Yard masih enggan mengeluarkan butiran lanjut mengenai kesahihan siasatan dan hanya memaklumkan bahawa penilaian akan dilakukan oleh barisan pegawai jenayah khas serta unit operasi.

Memetik laporan AP, pasukan keselamatan bagaimanapun menegaskan, keputusan kes terdahulu tidak akan diubah.

Dalam 2008, juri Britain memutuskan Princess of Wales dan Dodi terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terbabas berikutan mengelak dikejar paparazzi serta pemandu yang mabuk. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa