Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 18, 2013

Lagi Kes Tembak!

Ahad Ogos 18, 2013
Pekerja Bengkel Warga India Parah Ditikam & Ditembak Di Tampoi
JOHOR BARU: Seorang pekerja bengkel kenderaan warga India parah selepas ditetak dan ditembak sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Johor, Tampoi di sini tengah malam Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam apabila mangsa yang berusia 30-an berada di luar pekarangan kediaman majikannya sebelum dia tiba-tiba diserang suspek yang bersenjatakan parang dan senjata api.
"Beliau yang cedera ditetak cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun seorang daripada suspek sempat melepaskan dua das tembakan sebaik sahaja mangsa berjaya masuk ke dalam kediaman berkenaan," katanya kepada pemberita, Sabtu.
Beliau berkata majikan mangsa, yang ketika itu berada dalam bilik, bergegas ke luar rumah sebaik mendengar bunyi tembakan dan menemui mangsa terbaring di ruang tamu rumahnya.
Suspek pula dipercayai melarikan diri sejurus selepas itu.
Beh berkata polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu dan menemui dua kelongsong peluru serta beberapa kesan cap jari di pagar rumah berkenaan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an manakala dua lagi masih diburu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa