Tapi nampaknya kali giliran dia pula kena 'gomo'
Itrulah dia kehidupan
Semasa di atas jangan sekali-kali 'berak' di atas kepala yang di bawah!
Panggil Cina pendatang, MCA buat laporan polis ke atas Papa Gomo
OLEH DIYANA IBRAHIM
AUGUST 14, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 14, 2013 11:12 PM
Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.
Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.
"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat," katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.
Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini.
Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat.
Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.
Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.
Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. – 14 Ogos, 2013.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa