Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 19, 2013

Gila: Adam Corrie Juga Menjadi Mangsa Fitnah Politik?

Nampaknya dunia Artis dua kali lima juga dengan dunia politik

Isnin Ogos 19, 2013
Pelakon Popular Tutup Rezeki Adam Corrie
Adam Corrie Lee Abdullah
PETALING JAYA: “Dia kawan yang busuk hati kerana nak tutup rezeki saya!” Kenyataan itu cukup menggambarkan kekecewaan hati pelakon antagonis, Adam Corrie Lee Abdullah yang sedih apabila mendakwa ‘ditikam’ kawan baik sendiri.
Adam Corrie, 45, berkata, seorang pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah telah menabur pasir dalam periuk nasinya dengan menyebarkan cerita buruk agar dia tidak diambil berlakon dalam mana-mana produksi filem menyebabkan peluangnya tertutup.
“Saya benar-benar kecewa dan sedih. Kenapakah pelakon itu sanggup berbuat demikian kepada saya? Apa salah saya? Dia lebih hebat daripada saya kerana telah menang anugerah. Kenapa hendak dengki dan busuk hati dengan saya?” ujarnya kepada mStar Online.
Adam yang juga seorang koreografer berkata, pada mulanya dia tertanya-tanya kenapakah tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan sehinggalah ada pihak memberitahu, terdapat seorang pelakon cuba mempengaruhi pengarah dan produser agar tidak mengambilnya berlakon.
Katanya, cerita berkenaan disampaikan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap pelakon berkenaan kerana cuba membawa budaya tidak baik dalam produksi.
Malah katanya, ketika nama dia dimasukkan dalam senarai bagi watak antagonis, individu tersebut berjaya meyakinkan pengarah dan pihak produksi supaya menggugurkan namanya tanpa sebab yang munasabah.
“Lebih menyedihkan pelakon itu sanggup kata ‘kenapa nak ambil Cina ni (berlakon)’ bila dia nampak nama saya. Saya memang sedih,” jelasnya.
Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan pelakon itu Corrie berkata, dia tidak pernah bermusuhan dengan individu tersebut malah mereka adalah kawan baik.
Corrie (tengah) dalam filem KL Gengster.
Katanya, pelakon itu juga tidak menunjukkan sifat membencinya malah cuba berpura-pura baik setiap kali mereka bertentang mata.
“Apabila jumpa saya, dia selalu tepuk bahu saya dan berborak macam biasa. Tapi apabila di belakang saya dia cuba buat perkara yang tak elok. Mungkin dia cemburukan saya,” katanya.
Walaupun begitu kata Corrie, dia bersyukur kerana Allah telah membuka jalan dengan memperluaskan rezekinya dalam bidang lain iaitu sering dijemput dalam majlis-majlis agama yang tidak melibatkan politik.
Corrie dijemput untuk berkongsi rahsia bagaimana hatinya terbuka iaitu untuk memeluk Islam.
“Saya dapat banyak undangan ceramah agama. Sebelum menerima pelawaan, saya akan pastikan jemputan untuk saya itu tiada kaitan dengan apa juga elemen politik,” katanya.
Pelakon ini memberitahu, hasratnya untuk berlakon tidak pernah padam dan berharap agar mana-mana produser terus memberi ruang untuknya aktif semula dalam dunia seni.
Malah dalam masa yang sama dia meminta agar mereka tidak terus terpedaya dengan kata-kata buruk individu tertentu mengenai dirinya.
“Jika ada pengarah hendak tahu sesuatu cerita yang benar mengenai saya, tanyalah saya sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang,” rayunya.
Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 telah berkahwin dengan wanita Melayu iaitu Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008.
Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina.
Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.
Pada 25 April lalu Corrie membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas

1 comment:

  1. wahai corrie !!!tidak mudah untok mendapat kemudahan dan tidak sesenang untok mendapat senang.inilah dugaan hidup,yakinlah pada kesenangan serta kemudahan allah swt.rezeki yzng mereka dapat dengan menjatuhkan orang lain adalah rezeki yang akan dihisab didepan allah swt nanti.jika mereka berasa kaya apa yang hendak dihairankan,miskin kita tak pulak kurang dari timbul rezeki yang lebih berkatnya.inshaallah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa