Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 16, 2013

Korban Meningkat: Saudara Kita Berterusan Dibunuh!

Malanya kita hanya mampu berdoa dan meluahkan kemarahan melalu demo serta dalam blog/fb sahaja....

Published: Jumaat Ogos 16, 2013 MYT 3:54:00 PM
Updated: Jumaat Ogos 16, 2013 MYT 3:55:35 PM

Keganasan Di Mesir, Angka Korban Meningkat 623 Orang

KAHERAH: Angka korban akibat tindakan kekerasan tentera terhadap penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi pada Rabu meningkat kepada 623 orang, Jumaat.
Menurut Kementerian Kesihatan Mesir, beribu-ribu lagi orang turut cedera dalam keganasan terburuk dalam sejarah Mesir dalam beberapa dekad itu.
Ahli keluarga mangsa kini cuba mengenal pasti beratus-ratus mayat yang dihimpunkan di sebuah masjid di Kaherah.
Bagaimanapun, penyokong Ihkwanul Muslimin berkata, angka korban adalah jauh lebih tinggi ekoran beratus-ratus lagi mayat masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, stesen televisyen tempatan yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, pasukan keselamatan akan terus menggunakan peluru hidup untuk bertindak balas ke atas sebarang serangan yang dilancarkan terhadap mereka atau bangunan kerajaan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa