Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 13, 2013

Tahniah: Di Dalam Gawat Berjuang, Mereka Masih Sempat Bina Masjid!

40 pasangan kahwin di tengah himpunan Pro-Morsi
Harakahdaily 13 Ogs 2013
(Antara pasangan yang memilih berkahwin di tengah-tengah 
himpunan Pro-Morsi di Medan Raba'ah)

MESIR: Dataran Raba'ah Adawiyah yang menjadi pusat kepada himpunan pro-Morsi dan legitimasi Mesir telah menyaksikan sekurang-kurangnya 40 pasangan mempelai mengadakan masjlis ijab kabul mereka di tengah-tengah medan ini sejak rampasan kuasa berlaku.

Biarpun bagi sesetengah orang mengaggapnya pelik, namun bagi salah satu pasangan, Atif dan Sara Saad, ianya menjadi kebanggaan dan sejarah manis dalam hidup mereka berdua.

Atif dan Sara yang selamat diijab kabul di tengah-tengah himpunan ini beberapa hari lalu dalam keadaan keliling medan Raba'ah dikepung pihak tentera yang bersedia menggempur peserta himpunan bila-bila masa untuk menyuraikan mereka.

Bagaimanapun mereka mendakwa, sangat bersyukur malah teruja dengan sambutan yang diberikan oleh ratusan ribu penyokong legitimasi yang sudah berkampung di situ lebih sebulan lalu.

"Beribu-ribu di sini telah menghadiri majlis perkahwinan kami. Kita tidak boleh menganjurkan perkahwinan dengan penyertaan seramai ini walaupun kita mahu melakukannya. 

"Kanak-kanak kecil cuba untuk memberi gula-gula dan mainan milik mereka kepada isteri saya sebagai hadiah perkahwinan. Di mana lagi dalam dunia ini suasana bahagia seperti ini dapat kita temui, " kata Atif dipetik Anadolu Agency.

Dalam majlis perkahwinan di sini, pengantin akan berjalan di tengah-tengan medan Raba'ah di mana mereka menerima hadiah daripada beribu-ribu penunjuk perasaan, yang terus duduk di dataran. 

Pada masa sama pengantin perempuan membawa gambar Presiden Mohamed Morsi dan pengantin lelaki menjerit slogan anti-rampasan kuasa.

Majlis makan malam perkahwinan pula disediakan oleh tukang masak di dapur dataran itu.

Dalam perkembangan sama, pentas Raba'ah juga turut mengumumkan ratusan lagi permohonan diterima untuk mengadakan majlis perkahwinan di medan ini dan satu majlis perkahwinan besar-besaran kan diadakan dalam masa terdekat

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa