Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 13, 2013

Terang-Terang Keluarga Sanjeevan Meragui Polis Negeri Sembilan

Apa maknanya yang dimaksudkan 'conflict of interest' yang dikatakan oleh ayah Sanjeevan?

Published: Selasa Ogos 13, 2013 MYT 4:00:00 PM
Bapa Sanjeevan Mahu Kes Tembak Anaknya Dikendalikan Di Bukit Aman
KUALA LUMPUR: Bapa kepada Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan mahu siasatan mengenai kes tembak anaknya segera dikendalikan oleh Bukit Aman dan bukannya polis Negeri Sembilan ekoran bimbang wujudnya konflik berkepentingan.
P. Ramakrishnan, yang ditemani penasihat MyWatch S. Gobi Krishnan, membuat permintaan itu di balai polis Travers di Kuala Lumpur.
"Bapa Sanjeevan itu membuat permintaan itu kerana Sanjeevan telah membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis (di Negeri Sembilan) dan akan wujud konflik berkepentingan sekiranya polis negeri mengendalikan penyiasatan.
"Beliau juga bimbang tentang keselamatan anaknya," kata Gobi kepada pemberita pada Selasa.
Mereka juga sedang berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Ditanya mengenai keadaan Sanjeevan itu, Gobi berkata, anaknya masih dalam keadaan koma yang dibantu oleh alat bantuan pernafasan.
"Doktor telah menasihatkan bahawa pembedahan tidak penting sekarang. Peluru itu tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan pada keadaammua sekarang dan pembedahan mungkin lebih berisiko.
"Apa yang penting adalah beliau dapat bernafas dengan sendiri," katanya, sambil menambah bahawa Sanjeevan tidak boleh bercakap apabila beliau sedar semula seketika.
Ketika diminta mengulas mengenai keadaan anaknya, Ramakrishnan berkata, Sanjeevan masih dalam keadaan kritikal.
"Saya datang untuk membuat laporan polis kerana saya bimbang tentang keselamatan anak saya tetapi saya tidak boleh berkata lebih daripada itu. Saya yakin bahawa pihak polis dapat menyelesaikan kes itu," kata Ramakrishnan.
Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal pada 27 Julai lalu di lampu isyarat di Bahau, Negeri Sembilan.
Satu peluru mengenai paru-parunya, menyebabkan jangkitan sehingga menangguhkan pembedahan untuk membuang peluru berkenaan.
Beliau kini berada di Hospital Serdang di bawah kawalan polis.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa