Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 16, 2013

Nyata Peluru Gagal Mengekang Kemaraan Mereka!

Published: Jumaat Ogos 16, 2013 MYT 11:06:00 AM
Updated: Jumaat Ogos 16, 2013 MYT 11:12:47 AM

Penyokong Morsi Berarak Bantah Pembunuhan Hampir 600 Orang Di Kaherah
Dua lelaki meratapi pemergian ahli keluarga mereka yang maut 
dalam tragedi berdarah itu

KAHERAH: Para penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi berarak di Kaherah selepas hampir 600 orang maut dalam keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir untuk mengusir kumpulan tersebut di beberapa kem bantahan di sekitar bandar-bandar utama.
"Perhimpunan Anti Rampasan Kuasa...akan berarak dari semua masjid di Kaherah dan menuju ke Dataran Ramsis selepas solat Jumaat," kata jurucakap pergerakan Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad dalam Twitternya.
Perhimpunan itu diadakan sebagai membantah keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir untuk membersihkan dua kem utama penunjuk perasaan pro-Morsi sehingga menyebabkan 578 orang terbunuh.
Ia menjadi antara tragedi berdarah terburuk di Mesir.
Sementara itu, kira-kira lapan askar dan seorang anggota polis maut di Sinai.
Seorang lagi pegawai polis dilaporkan terkorban di bandar Assiut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa