Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 15, 2013

Rupanya Subramaniamlah Yang Tak Tahu Mengira!

Merdeka Center pertahan Subramaniam menang undi pos dan undi awal
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
AUGUST 15, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 15, 2013 05:08 PM
Badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research hari ini menegakkan dakwaan undi pos dan undi awal yang memberi kemenangan kepada Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar).
Pengarahnya, Ibrahim Sufian, menjelaskan majoriti undi pengundi biasa kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ( PRU13 ) lalu di Segamat hanya 658 undi.
Katanya, pengundi pos yang mengundi BN berjumlah 293 undi manakala pengundi awal seramai 309 orang yang menjadikan jumlah kedua-duanya ialah sebanyak 603 undi.
"Perlu diketahui undi yang ditolak di kawasan parlimen Segamat berjumlah 950 undi iaitu 70 dari pengundi pos dan tujuh dari pengundi awal. Undi yang tidak dikembalikan pula berjumlah 88 undi iaitu pengundi pos berada pada kumpulan terbesar mewakili 75 undi dan pengundi biasa seramai 13 orang.Beliau menjelaskan jumlah undi biasa yang diterima oleh BN sebanyak 19,435 manakala PKR mendapat 18,777 undi.
"Jika dihimpunkan jumlah undi yang ditolak dan tidak dikembalikan berjumlah 1,038. Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan pengundi awal dan pengundi pos seramai 603 orang inilah yang membantu BN mencapai kemenangan di Segamat untuk menambah bilangan pengundi biasa seramai 19,435 orang," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Ibrahim, tanpa bantuan pengundi pos dan pengundi awal, BN berkemungkinan mengalami kekalahan atas faktor jumlah undi rosak lebih besar daripada jumlah majoriti pengundi biasa kepada BN.
Subramaniam semalam menolak hasil kajian Merdeka Center yang mendedahkan BN akan tewas di kerusi parlimen Segamat tanpa bantuan undian awal dan undi pos pada PRU13 lalu.
Beliau menjelaskan BN menang selesa di Segamat dengan pengundi biasa menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 99.26% manakala pengundi awal dan pengundi pos hanya menyumbang 347 undi atau 0.74% yang diperoleh BN.
Katanya, Merdeka Center harus menjelaskan bagaimana pengundi pos dan pengundi awal mampu merubah keputusan pilihan raya parlimen Segamat jika kumpulan pengundi berkenaan hanya menyumbang 347 undi daripada 20,037 undi yang diperoleh BN – 15 Ogos, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa