Dr Subramaniam mendapat majoriti 1,217
Sape yang tak tahu mengira sebenarnya tak tahulah.....
MIC telah meminta Merdeka Centre, yang bertindak sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, supaya lebih bertanggungjawab dan tepat dengan kajian mengenai trend mengundi.Sape yang tak tahu mengira sebenarnya tak tahulah.....
MIC minta Merdeka Centre lebih bertanggungjawab
Timbalan presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendakwa bahawa kajian yang dijalankan oleh pusat banci dan kajiselidik pendapat itu adalah cacat dan bertujuan untuk mewujudkan tanggapan yang salah kepada orang awam.
Beliau mendakwa Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli juga turut 'termakan' dengan hasil dapatan oleh pusat tersebut.
"Analisis baru-baru ini yang dijalankan oleh Merdeka Centre, yang pertama kali muncul dalam portal berita (The Malaysian Insider), adalah satu pembohongan," kata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, dalam kenyataan semalam.
Kajian Merdeka Centre itu menunjukkan dua Menteri Kabinet dari MIC itu, - Dr Subramaniam (Segamat, Johor) dan Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands, Pahang) mungkin kalah kerusi Parlimen masing-masing pada PRU13 tanpa undi awal dan undi pos.
Palanivel, yang juga presiden MIC, merupakan menteri sumber asli dan alam sekitar.
Laporan itu turut menyatakan beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan juga jatuh kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) memenangi 22 kerusi Parlimen di situ dengan bantuan tambahan undi awal dan undi pos.
Mengenai kerusi Parlimen Segamat, Dr Subramaniam berkata jumlah pengundi pada PRU13 di kawasan itu adalah seramai 47,009 orang dan jumlah yanag keluar mengundi adalah seramai 39,807 pengundi (84.9 peratus), salah satu jumlah paling tinggi dalam sejarah.
Katanya beliau memperoleh 20,037 undi untuk menewaskan calon PKR, Datuk Chua Jui Meng dengan majoriti 1,217 undi.
"Pecahan jumlah undi yang saya perolehi ialah 99.26 peratus undi biasa dan baki 0.74 peratus adalah gabungan undi awal dan undi pos...jadi dengan majoriti 1,217 undi, buatlah perkiraan anda.
"Amat jelas BN memenangi kerusi Parlimen Segamat dengan majoriti selesa dengan pengundi biasa dan bukan kerana pengundi awal atau undi pos seperti didakwa oleh Merdeka Centre," katanya.
Sebagai pusat kajiselidik, Dr Subramaniam berharap Merdeka Centre akan lebih berhati-hati untuk tidak menerbitkan angka-angka yang tidak kukuh, hanya semata-mata untuk memperdayakan rakyat. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa