Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 18, 2013

Takyah Tuduh Menuduh, Rakyat Tahu Siapa Yang Lebih Hina!

Tak ker kesian
Bukti tertelanjang di depan mata
Ada hati pulak nak menuding dan berdalih!

Apa pun tak apalah selagi belum bisu dan otak masih berfungsi
Cakaplah semahunya!
Kita rakyat yang menilai......

Dr M gambarkan Karpal sebagai ahli politik hina, dedah biografi peguam itu
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
AUGUST 18, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 18, 2013 01:49 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan surat yang ditulis oleh Karpal Singh menuntut bekas perdana menteri itu memohon maaf kepada tiga bekas hakim yang dipecat sebagai menghina.
Surat pemimpin DAP itu yang ditulis pada 27 Mac 2007, kira-kira 20 tahun selepas bekas Ketua Peguam Negara Tun Salleh Abas dan enam hakim mahkamah negara sebelum berdepan dengan dua tribunal bagi salah laku penghakiman.
Ketika krisis 1988, Karpal ditahan di Kem Tahanan Kamunting dibawah undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun sekarang diganti dengan Akta Hasutan.
Karpal berkata sistem perundangan negara tidak pernah mencapai tahap perundangan terbaik di Asia.Ia merupakan sebahagian dari kisah hidup dalam buku biografi pemimpin itu bertajuk "Karpal Singh: Tiger of Jelutong."
Pemimpin itu percaya ketiga hakim itu berdepan dengan ketidakadilan apabila dipecat.
Beliau kemudiannya menelefon kembali Dr Mahathir bagi mempertimbangkan semua permohonan maaf secara peribadi pada Hakim Negara Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah dan keluarga.
Buku yang ditulis oleh wartawan New Zealand, Tim Donoghue, seperti dijangka Dr Mahathir tidak akan melakukan permohonan maaf.
Dr Mahathir berkata apapun yang dikatakan Karpal tidak mungkin percaya.
Didalam surat bertarikh 3 April, 2008 kepada Karpal, Dr Mahathir menulis ;
"Kamu semangnya penuh dengan hasad dengki dan saya tidak boleh memberi reaksi kepada mereka yang tidak boleh menerima kenyataan... Saya telah melakukan tugas saya dan tidak berhutang permintaan maaf dengan sesiapa. Saya pasti kamu menggunakan surat ini memburukkan nama saya. Itu hak kamu dan ia menjadikan kamu individu dan ahli politik paling hina."
Karpal, 73, tidak pernah mendedahkan surat ini pada umum sehinggalah saat beliau menerbitkan buku ini.
Pada tahun 1988, Salleh telah dihadapkan ke tribunal nasihat Dr Mahathir bagi alasan salah laku.
Salleh kemudiannya memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi menentang tribunal perlembagaan yang dihakimi Arwah Tun Hamid Omar.
Sementara dalam proses perbicaraan saman, Salleh memohon laporan sementara menentang tribunal tetapi dinafikan.
Bagaimanapun kelima hakim dari Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Saleh, Wan Suleiman dan Seah beralih menyokong Salleh untuk menentang tribunal.
Akibatnya kelima-lima mereka digantung dan tribunal dibentuk mengenakan mereka kembali.
Salleh, Wan Sulaiman dan Seah kemudiannya dikeluarkan dari pejabat. Tiga lagi kemudiannya dikembalikan jawatan mereka.
Buku yang mengandungi 325 muka surat akan menjadi buku yang ketiga bagi Karpal dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Karpal berkata buku itu sepatutnya sudah dilepaskan pada 1999 namun ditangguhkan ekoran kekalahan beliau dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen Jelutong pada tahun itu.
"Ketika saya kalah di kerusi parlimen, saya fikir ia bukan idea yang sesuai untuk melancarkan pada waktu itu,"katanya ketika ditemui di pejabat Kuala Lumpur.
Buku itu memaparkan perjuangan beliau dalam bidang perundangan dan politik lebih 40 tahun.
Karpal berkata buku yang diterbitkan oleh syarikat Singapura, Marshall and Cavendish, akan dilancarkan di negara ini pada bulan depan.
Beliau berkata pertemuan pertama beliau dengan Donoghue ialah di Pulau Pinang pada tahun 1987, selepas Kevin Barlow dan Geoffrey Chambers kliennya warga Australia terlepas dari tuduhan menyeludup dadah.
Donoghue ketika itu berada di Hong Kong bekerja di Syarikat New Zealand Press Association's Asia sebagai koresponden.
Donoghue juga kerap kali berkunjung ke Malaysia pada tahun 1986 hingga 1990 ketika dia membuat liputan mengenai kes penyeludupan dadah melibatkan seorang ibu warga New Zealand dan anaknya Lorraine dan Aaron Cohen di Penang.
Karpal merupakan peguam kepada pasangan anak-beranak itu yang dikena hukuman gantung bunuh yang kemudiannya dipindah ke penjara. - 18 Ogos, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa