Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 5, 2014

Aik......Gesaan Geng Bontot Pun Nak Ambil Pot Ke?

Mentang-mentanglah menyentuh bini PM
Satu kumpulan yang terhakis moral buat desakan punGayung dah pun nak bersambut?
Periuk belanga sudah berhentakan?

Tak payahlah Zahid hiraukan
Penilaian Anugerah bukan kerja Zahid
Penyampaian hadiah memang kerja Zahid sebagai Menteri KDN sekiranya dijemput

Zahid tidak perlu mengundurkan diri dari kabinet
 | March 5, 2014
Zahid hanya menyampaikan hadiah dan tidak timbul isu beliau tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri.
zahid hamidiPETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail berkata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu mengundurkan diri dari kabinet ekoran menyampaikan hadiah kepada sebuah portal berita.
Katanya, anugerah itu diadakan sempena majlis jamuan Anugerah Blogger dan Media Sosial Dunia 2014 di ibu negara bersempena sambutan Minggu Media Sosial Malaysia 2014 dari 23 hingga 28 Februari lalu.
“Zahid hanya menyampaikan hadiah dan tidak timbul isu beliau tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menyampaikan penghargaan kepada portal berita tersebut,” kata beliau kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) yang mahu Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari kabinet.
“Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) Zahid Hamidi kepada portal berita tersebut,” kata Ali Tinju dalam sidang akhbar baru-baru ini.
Portal berita itu mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 pada 27 Februari lalu.
Syed Rosli kesal dengan kenyataan Ali yang menuduh prestasi Zahid amat buruk selama memegang jawatan Menteri di KDN di mana Ali Tinju sifatkan beliau membuat kerja separuh jalan dalam beberapa isu penting seperti isu kalimah Allah dan isu video Teresa Kok.
“Bagi pandangan saya, Ali Tinju mungkin tidak faham carta sesuatu kes yang hendak didakwa kerana setiap kes atau laporan dibuat pihak PDRM akan buka kertas siasatan dan akan panggil mana-mana individu yang perlu bagi merakam percakapan mereka dan apabila kertas siasatan sudah siap baru akan diserahkan pada pejabat Pendakwa Raya untuk membuat penilaian bagi pihak mereka sama ada laporan siasatan PDRM itu adalah lengkap dan cukup bukti untuk pihak Pendakwa Raya akan menyebut kes itu dimahkamah bagi pembicaraan,” jelas beliau.
Bagi beliau, isu Zahid buat kerja tidak habis sepatutnya tidak timbul kerana kuasa PDRM dan KDN ialah hanya sampai setakat laporan kertas siasatan diserahkan pada pejabat Pendakwa Raya untuk dipertimbangkan bagi pendakwaan dan PDRM mahupun tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa melainkan Pendakwa Rakya sahaja
“Isu seperti kalimah Allah dan video Teresa Kok adalah isu amat sensitif dan saya yakin pihak KDN sudah melakukan siasatan mereka,” katanya.
Katanya, Ali Tinju sepatutnya harus faham apa fungsi dan hak kuasa PDRM mahupun KDN, kerana mereka ini tiada kuasa untuk mendakwa sesiapa kecuali pihak Pendakwa Raya.
“Saya juga amat berharap Ali Tinju belajar lagi dan fahami struktur dan carta untuk mendakwa seseorang individu di mahkamah, “ katanya.
Syed Rosli menambah Zahid adalah seorang menteri yang amat tegas dan beliau yakin beliau akan dan telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan baik di KDN.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa