Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 5, 2014

Demo 'Bangkitkan' Kerajaan Negeri Kelantan

Pada aku ini bukan demo bantah tapi demo kejutkan Kerajaan Kelantan dari lena
Lena dengan kuasa dan lena dengan kedudukan.....
Demo bantah k'jaan Kelantan esok
Sekumpulan aktivis pro Pakatan Rakyat akan mengadakan demonstrasi terhadap kerajaan negeri Kelantan bawah pentadbiran baru yang didakwa tidak efektif dan membazir wang rakyat.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Aktivis Setia Kelantan (SETIA) akan berhimpun di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) pada jam 9 pagi esok sempena persidangan DUN.

“Lawatan ke luar negara (oleh) kelompok tertentu dalam kerajaan negeri Kelantan yang terlalu kerap, kurang bermanfaat dan membazirkan wang rakyat dalam keadaan negeri Kelantan kekurangan sumber kewangan,” menurut kenyataan SETIA.

Mereka juga membangkitkan kegagalan projek-projek terbengkalai yang melibatkan rakyat seperti, projek di Stadium Bukit Merbau, Lebuh Raya Rakyat dan Perumahan Rakyat Pasir Mas.

SETIA turut membangkitkan dakwaan krisis dalaman PAS-PKR di Kelantan serta pemecatan kakitangan kerajaan dan syarikat kerajaan negeri (GLS) yang didakwa dibuat sesuka hati.

Dalam kenyataan hari ini, SETIA turut menolak dakwaan pro-BN atau Umno.

Malah, menurut kenyataan itu lagi, mereka sebenarnya dibarisi oleh majoriti ahli parti-parti dalam Pakatan.

SETIA juga menjelaskan mengambil tindakan itu kerana tidak mahu imej kerajaan negeri yang terbina selepas lebih 20 tahun pemerintahan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat (kiri) tidak tercalar.

"Aktivis Setia Kelantan berpendirian bahawa, untuk membina sebuah kerajaan yang mantap dan berkredibiliti, teguran demi teguran harus dibuat bagi mengelakkan dari pihak musuh mengambil kesempatan di akhir masa ketika tiba pilihan raya," kata kenyataan itu. - sumber

1 comment:

  1. Adakah ini merupakan "the beginning of the end"? Kejatuhan Andalusia; Kejatuhan Empire Islam India;.... Jangan salahkan Pas, tapi salahkan perangai pemimpin2 yang leka dengan kedudukan dan kuasa. Innalillah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa