Karpal Singh (gambar), peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, ketua pembangkang itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang.
"Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Selasa," katanya kepada pemberita di mahkamah hari ini.
Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.
Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampel DNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.
Anwar dituduh meliwat Saiful di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 28 Jan tahun ini, PKR menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.
Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.
Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai.
Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.
Sementara itu, ketika menyuarakan pendapat serupa, peguam R Sivarasa berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Anwar, yang disabitkan kesalahan, bertanding pada PRK itu dan tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan Selasa ini. – Bernama, 7 Mac, 2014.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1429765233928561&set=a.1378275505744201.1073741827.100006852934522&type=1&theater
ReplyDeleteJangan cepat patah semangat, seruan untuk umat islam di Malaysia khususnya dan antarabangsa amnya supaya anjurkan ibadat solat hajat mega mohon kpd Allah timpakan pembalasan dgn segera kpd mereka yg melakukan kezaliman itu. Janji Allah adalah benar dan tetap benar, tiada halangan doa pihak yg dizalimi untuk dikabulkanNya. Satu fakta iaitu seseorang yg pernah melakukan kezaliman tidak berapa lama dulu, kini sedang menanggung derita akibat pembalasan dari Allah. Bagi penganut agama lain, biarlah mereka lakukan mengikut kepercayaan mereka, Allah yg satu itu maha mendengar serta maha adil.
ReplyDelete