Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 5, 2014

Kalau Betul Teruklah Kita......

Dikemaskini


SUARA LANTANG: Laporan DefenseNews yang bertajuk “Cash-Strapped Malaysia Looks To Lease Fighters (Malaysia kini kesempitan wang dan mahu menyewa jet pejuang)” menarik perhatian seorang wartawan muda yang bakal meninggalkan HCK media.
Saya berbual dengannya pada pagi 24 Januari dan beliau begitu gembira berada di dunia kewartawanan.
Beliau bagaimanapun hairan dengan berita yang disiarkan DefenseNews itu. Saya pula telah hampir 35 tahun di bidang ini. Tetapi saya kagum bagaimana wartawan muda boleh tertarik membaca tentang kisah pertahanan.
Kisah tersebut selalunya berkisar tentang pembelian senjata secara sah tentunya, dan laporan sentiasa terhad kepada apa yang dibenarkan didedahkan pegawai pertahanan negara sahaja.
Apa agaknya cerita yang menarik perhatiannya?
Perkataan “Kesempitan Wang” dan “Menyewa”. Yang pertama menjelaskan bahawa perjanjian begitu tidak lagi mendatangkan untung lumayan dan yang kedua menimbulkan persoalan tentang “sewaan bagi pertahanan”.
Ke mana perginya peluang membuat jutaan ringgit hasil “komisyen” kepada “orang tengah atau perunding” bagi Malaysia, yang selama ini menjadi amalan di negara ini?
Sebelum ini, Malaysia membeli dua buah kapal selam Scorpene buatan Peranchis dengan harga RM3.68 billion. Kedua-duanya gagal menyelam, selepas penghantaran dibuat.
Berapa jumlah yang dibayar kepada perunding, Abdul Razak Baginda? RM534.75 million.
Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan (Kementah) menafikan membayar Abdul Razak komisyen.
Kenyataannya kepada media cetak menjelaskan bahawa syarikat milik Abdul Razak, Perimekar diberi kontrak menyokong servis serta koordinasi pembelian Scorpene bagi tempoh enam tahun.
Kerajaan Peranchis telah melantik dua hakim bagi menyiasat dakwaan bayaran haram sebagai komisyen yang dibuat pegawai atasan Malaysia dan Peranchis di dalam pembelian kapal-kapal selam itu.
Satu lagi perjanjian kontroversi melibatkan 18 buah pesawat pejuang Sukhoi SU30MKM. Ian menyebabkan Kementah terpaksa memberi penjelasan panjang pada 2003.
Ia berkata, pembelian jet pejuang tersebut tidak melibatkan kerajaan kerana perjanjian dibuat syarikat Russia Rosoboron-export serta syarikat tempatan.
“Pembelian itu dibuat secara langsung dengan Rosoboronexport. Ini selari dengan dasar kerajaan Russia dan negara-negara lain bagi memantau pembelian senjata dari syarikat di negara mereka. Langkah ini menyekat senjata tersebut daripada jatuh ke tangan penjahat,” katanya.
Laporan DefenseNews pada 14 Februari itu berkata, syarikat pertahanan di Eropah dan Amerika Syarikat menawarkan sewaan bagi Malaysia yang ingin menukar pesawat pejuang MiG-29 yang ada sekarang.
Laporan itu memetik seorang eksekutif industri yang berkata, Malaysia menukar cadangan daripada membeli kepada menyewa kerana isu berhubung kemampuan.
Kerajaan Malaysia tidak meneruskan rancangan pembelian kerana sebab-sebab politik dan kewangan. Kini, Boeing, BAE Systems dan Saab perlu menghantar cadangan sewaan bagi memberi pilihan perjanjian yang lebih selesa.
Mungkin Dassault Aviation dan Sukhoi, yang berada di dalam senarai pendek asal juga bakal melakukan perkara yang sama.
“Kerajaan Malaysia sedar perlunya solusi yang lebih baik serta mampu dilaksanakan. Kami difahamkan semua pesaing meletakkan tawaran bagi sewaan. Program ini lebih kepada kemampuan,” ujar Alan Garwood, pengarah pembangunan perniagaan kumpulan BAE.
Sehingga kini, Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) berhasrat membeli jet pejuang baru bagi menggantikan 18 jet pejuang MiG-29 yang hanya dapat berkhidmat sehingga tahun hadapan.
Tetapi kewangan Malaysia di bawah tekanan, dan sukar bagi perjanjian berbilion ringgit (dollar) begitu dilakukan. Pentadbiran negara juga perlu memotong subsidi bagi keperluan harian rakyatnya termasuk bagi minyak petrol dan bahan makanan.
Eksekutif industri mempersoalkan samada Malaysia mempunyai iltizam politik bagi mengambil tawaran sewaan tersebut.
“Hujah politik berkisar tentang kos sara hidup, jadi kita tertanya-tanya samada ia masa yang sesuai bagi melabur di dalam peralatan pertahanan,” katanya.
Laporan tersebut turut memberi gambaran bahawa kehadiran Boeing di Malaysia bakal memberi kelebihan di dalam perjanjian itu. Namun, lawatan Presiden Barack Obama yang dijangka tidak lama lagi mungkin turut menyumbang kepada keputusan akhir.
Soalnya: “Adakah peralatan A.S. merupakan pilihan politik yang tepat?”
Itu bukan soalan yang mahu dijawab Malaysia.
Adakah kerajaan kekurangan dana untuk membeli peralatan pertahanan secukupnya sehingga hanya mampu membuat sewaan sahaja?
Ng Kee Seng percaya Tuhan hanya membantu mereka yang membantu diri sendiri. Di dalam demokrasi sihat, semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan di bidang politik serta pembangunan negara.

6 comments:

  1. I got this web page from my buddy who informed me on the topic of this site and at the moment this time I am browsing this site and
    reading very informative posts at this time.

    Feel free to visit my page Watch The Wolf of Wall Street online free no download

    ReplyDelete
  2. เป็น เวลาที่จะทำให้ ไม่กี่ บาง แผนการสำหรับ อนาคต ระยะยาว
    และ เป็น มัน ถึงเวลาที่จะ มีความสุข ฉันได้ อ่าน เรียนรู้ นี้
    โพสต์ และถ้าผม อาจ แนะนำ บางอย่าง ที่น่าสนใจ ความสนใจ ปัญหา หรือ เคล็ดลับ บางที บางที คุณ อาจ สามารถ เขียน ถัดไป
    เกี่ยวกับ บทความนี้ ฉัน ต้องการที่จะ ต้องการ มากขึ้น สิ่งที่ ประมาณ
    มัน

    Have a look at my blog post :: ความคิดเห็นของฉัน ที่นี่

    ReplyDelete
  3. ฉัน ไม่ งดเว้น จาก การแสดงความคิดเห็น ล้ำ ดี
    เขียน !

    Review my weblog :: บาคาร่า ที่ไหนดี

    ReplyDelete
  4. Excellent post however I was wondering if you could write a litte more on this topic?
    I'd be very grateful if you could elaborate a little bit further.
    Many thanks!

    My web page ... کارت شارژ تاليا; http://hamrah24.tk/taliya-recharge.html,

    ReplyDelete
  5. If you are going for most excellent contents like
    me, only go to see this website every day since it presents
    quality contents, thanks

    Here is my website: garcinia cambogia

    ReplyDelete
  6. It's truly very complex in this full of activity life to listen news
    on TV, therefore I just use web for that reason, and take
    the latest news.

    My web blog ... casino in thailand

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa