Hazlan Zakaria - 08:30PM Mac 05 2014
KOMEN: Walaupun belum mengumumkan “Jihad”, kemungkinan pertubuhan NGO yang mengaku mempertahankan Islam serta kalimah Allah daripada serangan serta cercaaan sesiapa sahaja, bakal mendakwa berjihad di atas nama Tuhan.
Contohnya, kumpulan yang mengaku mempertahankan “Allah” daripada digunakan orang bukan Islam, termasuk peserta perhimpunan di Putrajaya pagi tadi ketika menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan The Herald yang dilarang menggunakannya.
Walaupun tindakan mereka agak janggal, termasuk menyembelih ayam sebagai tanda bantahan, beberapa persoalan jelas timbul.
Di dalam Islam, niat yang baik merupakan asas segala perbuatan, sambil perilaku serta kaedah yang tidak elok tidak wajar dilakukan.
Tindakan kurang sopan peserta perhimpunan yang mendakwa mempertahankan nama Islam telah dilihat mengheret nama baik agama bersamanya.
Persoalan utama: Adalah ia dilakukan bagi Allah, sepertimana niat Jihad sebenarnya? Atau adakah ia dilakukan bagi Melayu, kerana itulah yang dilaungkan mereka?
Jihad berasal daripada perkataan Arab yang diterjemahkan sebagai “perjuangan”, dan di dalam konteks Islam, perjuangan ke jalan Allah atau bagi tujuan Islam.
Sarjana Islam menjelaskan, perjuangan ini mestilah hanya bagi Allah dan bukan untuk tujuan lain.
Pelbagai kumpulan Islam bagaimanapun menunjukkan ciri-ciri Ketuanan Melayu di dalam tindakan mereka. Ada juga yang meminta insentif daripada pihak yang memegang kuasa bagi melaksanakan sesuatu “tugasan”.
Niat mereka menjadi tanda-tanya.
Lebih menghairankan, mereka bercambah seperti cendawan setelah hujan selepas penampilan abang sulung mereka, Pertubuhan Perkasa.
Ramai yang berpendapat mereka ditaja Umno, yang gemar membaling batu tetapi memilh untuk menyembunyikan tangannya.
Kumpulan-kumpulan ini juga dilihat mempertahankan pemimpin Umno dan Raja-Raja yang tidak boleh sesekali disoal atau dipertikai. Bahkan ada juga yang bersedia mempertahankan isteri pemimpin negara.
Di dalam Islam, tiada sesiapa yang mulia kecuali dinamakan Allah sepertimana Nabi Muhammad (saw) dinamakanNya.
Anehnya, pelindung ultra bagi agama ini seperti pensyarah Ridhuan Tee Abdullah mendakwa perjuangan mempertahankan Melayu sinonim dengan mempertahankan Islam.
Kecenderungan meletakkan Melayu selari dengan Islam berpunca dari peruntukan perlembangaan yang mentafsirkan Melayu bukan dari segi genetik tetapi daripada segi amalan.
Kesimpulannya, orang Melayu merupakan seseorang yang bertutur Bahasa Melayu, mempraktikkan adat resam Melayu dan mengaku dirinya Melayu.
Peruntukan ini dilaungkan apabila “pejuang-pejuang agama dan bangsa” ini mendakwa “Melayu adalah Islam” dan “Islam adalah Melayu”.
Frasa yang tidak semestinya betul. Adat resam dan budaya Melayu mungkin tidak selari dengan Islam dan terdapat sebilangan orang Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam.
Yang lebih penting di dalam Islam ialah, tiada bangsa atau darjat yang melebihi segalanya, kerana kita semua sama di sisi Yang Esa. Hanya amalan kita yang menjadi ukuran.
Bagi Jihad atau perjuangan Islam di Malaysia, persoalannya ialah samada ia dilakukan untuk Allah atau Melayu, dan ini wajar kita semua pertimbangkan.
Kita perlu membezakan di antara kumpulan yang memperjuangkan ketuanan sesuatu bangsa di sebalik laungan mempertahankan Allah dengan kumpulan yang benar-benar berjuang di jalan Allah.
Malaysia bakal berdepan kemusnahan atau kemakmuran sekiranya kita diheret ke arah konflik antara agama, di kala pihak yang berkuasa seakan membenarkan provokasi oleh pihak-pihak yang ditajanya di dalam usaha mengekalkan kedudukan di tampuk kekuasaan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa