Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 5, 2014

Mereka Berebutkan 'Kalimah Allah', Bukan Allah!

Peserta himpunan seperti bergaduh sesama sendiri
Keadaan di luar Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini bertukar kecoh apabila kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai NGO pro-Melayu cuba merempuh barisan anggota polis yang berkawal di pintu utama untuk masuk ke lobi bangunan mahkamah.

Sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan tersebut yang menyokong kalimah 'Allah' digunakan secara eksklusif untuk umat Islam, mula melaungkan "La ila Ha Illalah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah) dan bertakbir secara keras.
Kumpulan itu pada awalnya mula berkumpul di kawasan dataran terbuka di hadapan Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi lagi.

Sebelum kekecohan mula tercetus sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan itu dilihat menaiki tangga di hadapan kompleks Istana Kehakiman dan cuba mengasak anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk.

Kumpulan itu bagaimanapun cuba ditenangkan oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dan Penolong Setiausaha PERKASA, Norlizaizul Ismail, yang berdiri di antara kumpulan penyokong tersebut dan anggota polis.

Keadaan semakin bertambah kecoh apabila pengerusi majlis, yang meminta hadirin bertenang dan berundur ke belakang, ditarik-tarik oleh hadirin yang kelihatan semakin berang.

Sebahagian wartawan yang membuat liputan tergamam seketika kerana kumpulan tersebut kelihatannya seperti bergaduh sesama sendiri.
Punca kekecohan kemudiannya dikenal pasti apabila sebilangan hadirin yang berdiri berhampiran polis mendakwa wakil COMANGO dibenar masuk ke lobi mahkamah.

Pengerusi majlis yang memakai jubah berwarna hitam, penutup kepala bercorak batik dan berkaca mata hitam kemudiannya berjaya melepaskan diri daripada ditarik-tarik orang ramai.

Beliau kemudian dilihat menghampiri seorang pegawai polis bertugas dan meminta pasukan tersebut menahan individu tertentu dalam perhimpunan tersebut bagi menenangkan keadaan.

Pegawai polis itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan memberitahunya keadaan masih terkawal.

Keadaan kemudian beransur reda pada kira-kira jam 12 tengahari apabila hadirin mula berundur ke arah tangga di hadapan kompleks mahkamah - sumber

3 comments:

  1. Kenapa dihalang mereka nak pakai kalimah Allah..sy betul2 xfaham laa..kalau diperhatikan secara terperinci..kebaikannya akan kembali kepada islam..
    1. Apabila mereka menggunakan kalimah Allah..secara xlangsung meraka juga tidak akan menpermain2kan kalimah Allah serta menggangkat tinggi kalimah itu..xkan laa mereka mahu merendahkan2 atau menghinanya.
    2. Ini akan memudahkan ruang dakwah dan dialog yg lebih mudah apabila mereka telah mengakui Allah adalah sebenar tuhan..cuma tugas kita mengajar atau berdakwah untuk memperbetulkan pemahaman mereka tentang Allah tuhan yang 1.
    3. Kenapa risaukan umat islam akan terpesong jikalau mereka gunakan kalimah Allah didalam bible..sedangkan Al-Quran pun org islam malas nak baca..tetiba pulak mereka rajin nak baca bible.
    4. Jikalau lah ada umat islam yang boleh terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah didalam bible..bayangkan lah betapa teruknya ketidak ambilberatnya kerajaan dalam subjek matapelajaran islam disekolah2..betapa teruknya akidah umat islam dimalaysia ni sehinggakan boleh terkeliru dan terpesong akidahnya hanya dengan penggunaan kalimah Allah didalam bible..sesungguhnya aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..tp sayg umat islam diMalaysia tidak kenal siapa Allah..tidak belajarkah sifat 20..sehingga boleh terkeliru..kalau ini pun islam dimalaysia boleh terkeliru..bagaimana nak berhadapan dengan dajjal yang terang2 mengaku dia tuhan dikemudian hari..

    ReplyDelete
  2. Puak ini bukan sangat sayangkan Allah tapi lebih mementingkan identiti melayu dalam diri mereka. Oleh kerana identiti melayu pun mula ranap di bawah pemerintahan umno selama berpuluh tahun, mereka cuba kaitkan nama Allah dengan bangsa. Senarnya mereka sudah hilang kepercayaan dan jatidiri sebagai seorang muslim; yang tinggal cuma nama yang memakai "bin" dan "binti" sedangkan Hukum2 Allah dan Suruhan Rasul saw mereka pinggirkan.

    ReplyDelete

  3. Jangan mudah ambil perkara! Jika tiada ilmu jangan mudah membuat huraian dengan logik akal!


    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa