Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 11, 2014

MH370: Polis Kelantan Terima Empat Laporan

POLIS KELANTAN TERIMA EMPAT LAPORAN MENGENAI KEHILANGAN PESAWAT MAS
Bernama Media – 39 minutes ago

KOTA BAHARU, 11 Mac (Bernama) -- Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.
"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.
Jalaluddin bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kesemua laporan polis itu untuk siasatan lanjut kepada Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kelantan Saudi Yusof di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi.
-- LAGI
MAS-HILANG (POLIS) 2 KOTA BAHARU
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Sementara itu, Ketua-Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Mohad Khazin Hamzah meminta nelayan yang melihat objek ganjil di kawasan perairan negara, supaya terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
Sehingga kini terdapat sebanyak 1,788 bot nelayan kelas C dan C2 dari kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa