Kalau tidak takkan MAS, IGP dan KP DCA tampil membuat penafian
Kenapa di saat ni harus menuding jari?
Menuduh tidak akan menyelesaikan masalah, berikan sokongan!
Kenapa di saat ni harus menuding jari?
Menuduh tidak akan menyelesaikan masalah, berikan sokongan!
MAS nafi punggah masuk bagasi empat penumpang tidak naik MH370
Malaysia Airlines (MAS) menafikan memunggah masuk bagasi empat penumpang yang tidak menaiki penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
Syarikat penerbangan negara itu berkata, isu pemunggahan tidak timbul memandangkan empat penumpang tersebut tidak berada dalam pesawat.
"Malaysia Airlines mahu menjelaskan terdapat empat penumpang yang menempah tiket sah perjalanan ke MH370, 8 Mac 2014 tetapi tidak naik ke dalam pesawat.
"Oleh sedemikian, isu pemunggahan bagasi tidak mempunyai pemilik tidak timbul kerana keempat-empat penumpang tidak masuk ke dalam pesawat. Oleh itu, dakwaan tersebut tidak benar," kata MAS dalam satu kenyataan petang ni.
Kenyataan MAS tersebut dikeluarkan bagi menafikan dakwaan mengenai lima penumpang yang mendaftar masuk awal tapi tidak naik ke dalam pesawat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, semua penumpang yang menempah penerbangan berada dalam pesawat.
"Tiada penumpang yang mendaftar naik untuk penerbangan gagal menaiki pesawat," katanya.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebelum ini memberitahu media penumpang tersebut mendaftar masuk ke dalam penerbangan tetapi tidak naik pesawat.
Azharuddin berkata, bagasi kelima-lima bagasi penumpang dipunggah keluar sebelum berlepas sebagai mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.
Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari keempat masih gagal menemui petunjuk baru.
Beberapa negara juga turut menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi tanda tanya. - 11 Mac, 2014. - sumber
bila bercakap orang dengar betul tak betul yang pasti orang dah dengar bila jadi bualan mula nak jadi tak ketahuwan
ReplyDeletemanusia dan kehidupan