Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 12, 2014

MH370: Rakyat Diminta Terus Positif

Ahli geostrategi UTM minta rakyat terus positif dalam pencarian MH370
The Malaysian Insider – 23 minutes ago
Ahli Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan meminta rakyat Malaysia terutamanya keluarga pesawat MH370 terus bertenang dan tetap positif menanti pencarian pesawat itu.
Beliau berkata, sekiranya pesawat berkenaan terhempas di lautan, penumpang yang terselamat masih mampu bertahan sehingga dua bulan dengan pelbagai kemudahan keselamatan dan makanan pesawat berkenaan.
"Kalau penumpang MH370 ini berada di Dingi kecemasan (bot penyelamat) yang mempunyai segala keperluan seperti ves, khemah dan makanan, mereka boleh bertahan lebih daripada sebulan ataupun dua bulan," katanya selepas menjadi tetamu program bual bicara BernamaTV, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, faktor yang menyebabkan kehilangan pesawat tersebut mungkin disebabkan pesawat berkenaan terbang rendah sehingga radar tidak dapat mencerap.
Pada Sabtu lalu, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. - Bernama, 11 Mac, 2014.

1 comment:

  1. Persoalan utamanya, di manakan pesawat itu sekarang ini? Yg lain2 tu boleh simpan saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa