Pada aku Dr. Afif melihat dari pandangan undang-undang kerana mangsa adalah seorang anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang
Dan penyerang adalah penjenayah yang tidak terikat dengan penguatkuasaan undang-undang dan memang tidak menghiraukan undang-undang.
Cuma silapnya beliau tidak mengucapkan takziah kepada keluarga dan rasa kesal di atas kematian mangsa
Jadi persepsinya ialah beliau dilihat tidak peka dan tidak sensitif
Exco PKR Pulau Pinang dikecam tidak sensitif terhadap anggota polis terbunuh
OLEH LOOI SUE-CHERN
Seorang ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Pulau Pinang hari ini dituduh tidak sensitif terhadap keluarga anggota polis Koperal Raja Aizam Raja Mohd, yang dipercayai dibunuh selepas satu pergelutan ketika bertugas semalam.
Dalam komennya di Twitter, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin (gambar) menulis:
"Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah."
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim menyifatkan komen seperti itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang exco kerajaan negeri dan juga saudara seagama.
"Kita perlu lebih sensitif dalam mengeluarkan kenyataan apabila ia melibatkan hati dan perasaan seorang wanita yang baru menjadi balu dan ketiga-tiga anak allahyarham," kata Rafizal dalam satu kenyataan.
"Dr Afif perlu memohon maaf kepada keluarga mangsa, kami amat pasti keluarga mangsa cukup terguris dengan kenyataan beliau. Janganlah menambah kedukaan mereka dengan membuat kenyataan sebegini."
Raja Aizam, 53, dan rakan setugasnya Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, dipercayai diserang sekumpulan warga asing ketika melakukan rondaan di Taman Sentosa, Klang, awal pagi semalam.
Raja Aizam yang cedera di kepala meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, manakala Aidil mengalami kecederaan di muka.
Sebelum kejadian itu, mereka dipercayai memberhentikan kenderaan polis untuk memeriksa sekumpulan warga asing di tepi jalan raya.
Rafizal berkata Dr Afif cuba menonjolkan dirinya sebagai "pejuang" menjelang pemilihan PKR yang akan datang, dalam usaha "bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi" dalam pemilihan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK).
"Malangnya kenyataan yang tidak sensitif langsung tidak perlu digunakan sebagai platform untuk meraih sokongan menjelang pemilihan AMK dalam sedikit masa lagi," tambahnya.
Sementara itu, Presiden Kumpulan Sensible, Ethical Malaysian United Team (Semut) Datuk Huan Cheng Guan berkata, persatuan tersebut akan menganjurkan orang ramai membuat laporan polis terhadap Dr Afif di Balai Polis Seberang Jaya esok, kerana menghina polis.
Komen Twritter Dr Afif itu mengundang lebih 100 komen balas. Dr Afif bagaimana pun terus mengkritik polis dalam komen Twitter menjawab pengkritiknya.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Dr Afif berkata beliau tidak berniat menghina mana-mana pihak dan bersimpati dengan keluarga anggota polis yang terkorban ketika menjalankan tugas.
"Tweet saya bersifat umum. Saya tidak merujuk kepada insiden tertentu," katanya, sambil menambah beliau tidak mengaitkan komennya kepada kejadian di Klang semalam.
"Apabila saya menghantar tweet tersebut, saya melihat isu itu secara lebih umum (berkenaan polis). Ia adalah pendapat saya mengenai institusi polis keseluruhannya," katanya. – 5 Mac, 2014.
Siap lah engkau Dr....Geng Mamak Penang sedang panas engin tu...
ReplyDelete