Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 13, 2015

Agak-agak siapa yang akan cabar Hadi?

Pada aku PAS sebuah parti yang berasaskan agama, Ahmad Awang yang setaraf dengan Hadi dan yang sepatutnya mencabar Hadi
Bukannya Husam

Selepas pencabar Hadi cukup pencalonan...
mk - 1:00PM - 13 Apr 2015

Selepas cukup pencalonan untuk mencabar presiden, penyokong veteran PAS Ahmad Awang dilihat terus berkempen mengangkatnya sebagai calon terbaik berdepan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen parti Islam itu Khalid Samad mengetengahkan "perbualannya" dengan seorang penyokong Ahmad selepas mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam.

Dalam pemilihan peringkat bahagian itu sebelum ini, Ahmad dan Hadi sama-sama popular di mata perwakilan apabila dipisahkan cuma enam undi.

Hadi mendapat 78 undi, manakala Ahmad memperoleh 72 undi.

"Dia (Ahmad) menyelamatkan PAS semasa PRU (pilihan raya umum) 2008 dahulu. Kalau tidak kerana ketegasan Ustaz Ahmad Awang, PAS Perak mungkin sudah bersatu dengan Umno di Perak untuk membentuk kerajaan.

"Dia mampu menyatu padukan ahli dan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita patut berikan dia peluang," tulis Khalid, memetik jawapan penyokong Ahmad itu.

Bagaimanapun Khalid, dalam perbualan yang diceritakan kembali di blognya hari ini, membantah dengan menyatakan bahawa Hadi juga bertegas dengan Umno sewaktu krisis di Perak.

Ahmad 3, Hadi 22, Husam 8

"Tidak apalah YB, mesyuarat agung tahunan kawasan pun sudah selesai. Pandangan saya begitu. Bagi saya, PAS perlukan presiden yang lebih bijak merancang dan mengatur strategi, pandai berkawan dan jujur dalam persahabatan.

"Tapi yang lebih penting lagi, sebagai ketua eksekutif, seseorang presiden mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur. Tidak dianggap 'berdosa' menyanggah pandangannya dan tidak salah membetulkan kesilapannya sekiranya tersilap," tulis Khalid, memetik jawapan anggota akar umbi PAS itu.

Ahmad selamat dengan tiga pencalonan bahagian dengan pencalonan daripada Parti Sulong, Jelebu dan Bukit Gelugor. Hadi pula mendapat sekurang-kurangnya 22 pencalonan kawasan.

Sementara itu Naib Presiden Datuk Husam Musa pula mendapat sekurang-kurangnya lapan pencalonan daripada kira-kira 30 daripada 191 bahagian yang telah bermesyuarat setakat ini.

Muktamar pemilihan PAS kali ini akan berlangsung pada Jun ini di Kuala Selangor.

Soalan Umno: Kamu barua atau broker?

Dalam tulisan di blog itu juga, Khalid berkata, berdasarkan maklum balas diterimanya, akar umbi PAS mengakui ketokohan dan kefakihan Hadi tetapi mereka perlukan pemimpin yang cekap berpolitik.

Perkara lain dibangkitkan padanya termasuk dakwaan kelemahan kepimpinan Hadi seperti kekalahan PAS di Terengganu sebelum ini, tidak terbuka pada kritikan serta kegagalan menangangi perbalahan dalaman parti dan Pakatan.

Selain itu, kata Khalid, anggota itu turut mempersoal kritikan Hadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka dalam krisis Selangor serta tindakannya melemparkan ungkapan “barua” dan “broker' kepada ahli dan pimpinan PAS tertentu.

"Saya minta maaf lagi, saya hingga hari ini tidak boleh terima. Sudahlah tu, bukti pun tidak ada. Tetapi main tuduh begitu. Terbuka pula.

“Bila saya balik dari muktamar, kawan saya dari Umno tanya saya, kamu ni barua ke broker? Geramnya saya,” katanya.

12 comments:

  1. DSTGHAHA akan kekal sebagai Presiden dan timbalan nya ialah TITM. Tiada lagi Mat Sabu. In-Sha Allah.

    ReplyDelete
  2. ai pak khalid...

    macam meluahkan apa yang terbuku di kalbu jek?

    monolog ker?

    ReplyDelete
  3. sekiranya benar apa yang dikatankan oleh anon 1.51 maka tunggulah dan lihatlah apa yang akan berlaku kepada Pas ,samaada makin kedepan atau tertungging ke jurang..kalau Pas nak cara lama sokonglah Hj hadi dan tmti.kalau nak jadikan Pas diterima oleh semua orang gantilah presiden baru .

    ReplyDelete
  4. Ustaz Ahmad Awang adalah ulamak terbaik ganti Hadi

    Jika Ustaz Ahmad tak nak , Husam pun ter baik ganti Hadi

    Di dalam PAS , anak Tadika Tahun 5 pun ter baik ganti Hadi

    Yang pasti Anak Tadika Tahun 5 tak menipu

    ReplyDelete
  5. USTAZ AHMAD AWANG.

    layak sebagai presiden kerana cara berfikir,cara mengeluarkan pendapat,insyaallah tidak memfitnah kawan lain dan insyallah tidak mnegeluarkan perkataan BARUA kepada kawan sendiri.Beginilah inditit seorang ulamak yang bijak.kita ramai2 sokong Ustaz ni

    ReplyDelete
  6. Anon 2.17 , kalau mahu Pas lg maju lantiklah LGE sbg presiden........pasti sokongan dan wang datang mencurah2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau najib sbg mursyidul am. duit gst pun mencurah

      Delete
  7. Anon 2.35 Barua tak memanggil geng depa sbg barua samalah pelacur tak panggil geng depa sbg pelacur .................. depa guna perkataan canggih yg tak memalukan dan menjatuhkan maruah depa yg mmg tercemar iaitu GRO !

    ReplyDelete
  8. Itu aje hujah puak-puak ni, barua, u-turn dan pil kuda tiada hujah yg lbh besar dari itu.....

    ReplyDelete
  9. Mmg barua pon
    Geng ug ganu semua keras kepala dan bongkak

    ReplyDelete
  10. Sebaik-baiknya pertandingan itu satu lawan satu. Jika ada lebih dari satu calon untuk bertanding dgn penyandang, sudah pasti penyandang akan menang mudah disebabkan perpecahan undian nanti.

    ReplyDelete
  11. Abe
    Calon paling sesuai utk lawan TGHH ialah Ustaz Ahmad Awang, baik dari segi ilmu maupun penglibatan di dalam PAS. Dari segi kepimpinan rasanya Ustaz AA lebih mantap.

    Selama ini puak UG mencanangkan bahawa Presiden PAS mesti ulamak sebagai justifikasi untuk memenangkan TGHH walaupun kepimpiban beliau kelaut. Dengan mencalonkan ustaz AA, juga seorang ulamak amat tepat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa