Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 24, 2015

Fatwa songsang: Ini penjelasannya

Kaji mendalam 'fatwa Permatang Pauh'
mk - 1:17PM - 23 Apr 2015

Pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh seperti yang dinyatakan seorang pemimpin akar umbi PAS, perlu dikaji lebih mendalam, kata Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah itu berkata sesuatu hukum agama tidak boleh dijatuhkan dengan mudah tanpa penerangan terperinci kerana akan mengelirukan masyarakat, lapor Sinar Harian hari ini.

"Sememangnya akan jatuh haram menyokong calon yang menolak perlaksanaan hudud secara ingkar dalam keadaan dia menyakini hukum itu dari Allah.

"Jika seseorang itu menolak asas hudud seperti potong tangan untuk mencuri, itu bahagian asas hukum yang tidak boleh ditolak.

“Namun jika yang ditolak adalah hukum ranting seperti jumlah yang dicuri atau lain-lain kaedah sabitan bersifat jihad (proses penyelidikan), bagi saya itu belum boleh dianggap tolak hudud serta jadi haram menyokong calon terbabit," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Ketua Urusan Ulama kawasan itu Badrul Abdul Rahman dilapor berkata bahawa ‘haram mengundi calon tolak hudud’.

Hal demikian mengundang kenyataan tegas anggota Majlis Syura PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa pemimpin semua peringkat tidak mencetuskan kontroversi sebaliknya merujuk Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS berkaitan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Zaharuddin berkata hukum haram tidak boleh dijatuhkan jika calon menolak hudud kerana tidak yakin dengan rang undang-undang hudud yang dibuat dalam bentuk kontemporari oleh PAS atau masalah kredibiliti parti itu untuk melaksanakan hudud.

"Maknanya sesiapa yang tidak menolak hudud tidak perlu risau," Dr Zaharuddin dilaporkan sebagai berkata.

10 comments:

  1. Biasa le ularmak... Dia nya bukan ulamak... Sedap keluar kot mulut sedap kluar fatwa dan sedap kafir kan orang.. Last last sekarang boleh pula berkawan dgn yg dikafirkan serta berkawan dgn penyangak dan penyamun....

    ReplyDelete
  2. Ingat ustaz pas tu maksum ke,,.. Depa tu pun boleh busuk ati dan cemburu dgn kluarga nuar dan juga ada hati nak jd pemimpin walaupun memg xlayak sbb jenis ulamak tp bukannya umarak...

    ReplyDelete
  3. Itulah padahnye kalo jadi barua Umno...semua org berdosa..dia saje yg maksum...

    ReplyDelete
  4. Pangkat ulamak ini patut diberi penarifan semula mengikut perubahan zaman. Kita perlu perkenalkan kelulusan asas sebelum sesaorang itu boleh diterima sebagai ulamak. Kalau sekadar lepasan university dinegara arab sahaja ia bukanlah satu lesen menjadikan sesaorang itu ulamak.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sapa ikut amno ... Sapa kawan amno... Skrg geng ularmak pas le yg terhegeh berkawan dgn amno sbb nakkan jadi enteri nak projek utk para anak dan menantu... Cuba cari anak sapa tu ... Menantu sapa tu...

    ReplyDelete
  7. Sapa ikut amno ... Sapa kawan amno... Skrg geng ularmak pas le yg terhegeh berkawan dgn amno sbb nakkan jadi enteri nak projek utk para anak dan menantu... Cuba cari anak sapa tu ... Menantu sapa tu...

    ReplyDelete
  8. Kenapa kena ikut cakap nuar je.. nuar bkn presiden kita.. x de fatwa pun x pe.. sukahati kite lah nk antar jentera ke idak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka hati la nak hadir mesyuarat ke tidak -- hadi. mcm ni rupanya perangai presideng pas dan pengikut taksubnya. i rest my case

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa