Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

“Geng Juhala” mengerumuni serban?

Musuh dalam PAS ditaja?
 | April 17, 2015
Khalid Samad gelar kumpulan yang pro ulamak dalam Pas sebagai “Geng Juhala”.
khalid-samad
PETALING JAYA: Perang dingin dalam PAS semakin terserlah menjelang muktamar dan pemilihan parti itu yang dijadual diadakan pada Jun ini.
Selepas digelar parasit dalam PAS oleh kumpulan pro ulamak, salah seorang pemimpin yang didakwa liberal telah menyerang balik kumpulan itu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kumpulan yang menggelarkan diri mereka pro ulamak dalam PAS lebih sesuai dipanggil sebagai “Geng Juhala”.
Katanya, gelaran itu kerana sikap jahil mereka yang melabelkan pihak lain dalam parti itu sebagai parasit dalam PAS.
“Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon ‘ulamak’ dalam muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulamak ini bukan jenis yang ‘bisu’, tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong,” tulis Khalid dalam blognya.
Beliau memberi respon terhadap sebuah buku yang menyenaraikan lapan pemimpin termasuk dirinya sebagai parasit dalam PAS yang dipercayai ditulis oleh penyokong pro ulamak.
Khalid berkata, selain digelar parasit dalam PAS, kumpulan lapan pemimpin itu sebelum ini telah dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘Jebon’, ‘Anwarinas’, ‘anti-ulama’, ‘anti-hudud’, ‘liberal’, dan ‘sekular’.
“Dan apa sahaja (gelaran) yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini,” tulis Khalid dalam blognya,
Katanya, gelaran parasit itu asalnya digunakan oleh Datuk Dr Hassan Ali untuk melabelkan kumpulan yang menentang rancangannya untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/Barisan Nasional pada 2008 dengan dirinya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Dia berkata, mungkin juga pihak yang menggunakan gelaran parasit itu merupakan ‘tukang tiru’ Zulkifli Nordin yang mencipta gelaran Anwarinas dalam PAS.
“Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah,” katanya yang sangsi mana datangnya wang untuk mencetak buku itu.

7 comments:

  1. Hassan Ali ini sebenarnya berperangai macam beruk kena belacan. Ada berani berdebat dengan Khalid Samad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dia macam beruk....tak caya tengok lubang hidung dia masa tengah mengumpat orang.... .kembang kempis macam hidung gorilla.....

      Delete
  2. Paling dilaknat Allah adalah peadu domba macam Kai. Ingat lah dosa ingat lag mati. Ini tak, tak ingat langdung amal bail amalan jahat. Laknat Allah atas kau laknat Allah atas Kau. Mula dari malam ni aku akan baca kunut nazillah selama 40 malam atas kau

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah...kalid samad selok kera....betul ke mung parasit?

    ReplyDelete
  4. Mu tu anonmouse 6.51 sedap cakkap.sedap kata orang kera,mu belajar dari tok guru mu ke? sebab tok guru mu pernah kata kat orang BARUA,jadi mu ni sama je dengan tok guru mu.pakai serban,paai jubah tapi hati macm setang terengganu.benci sungguh aku dengan Pas terengganu ni,

    ReplyDelete
  5. Anon 6:49 PM

    Siapa yang takut mung nak baca Qunut nazillah 1000 kali pun? Najib yang arah bunuh Al-Tunya pun berani sumpah kat Masjid yang beliau tak kenal Al-Tunya......Masih sihat dan galak menipu dan menindas rakyat pulak tu? Aku dok baca wirid sehari 750 kali pun, kena GST juga, kena tipu dengan kerajaan najib juga...

    ReplyDelete
  6. Makin banyak kita bertelagah makin jelas kejahilan kita................ya Tuhan selamatkan kami dpd kejahilan dan tipu daya dunia ! Cukuplah kematian itu sbg peringatan kpd kita semua !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa