Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 23, 2015

Malang bagi PAS kerana ramai berotak tumpul dah masuk perangkap!

Percaturan demi menghancurkan PAS
mk - 11:12AM - 23 Apr 2015

Suasana sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya.

Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke depan.

Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini.

Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India.

Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan Pakatan dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Umno kecewa

Perkembangan dan pencapaian PAS sangat menyakiti Umno, sebab itulah sejak pasca 2008 lagi, Umno cuba melemahkan kebangkitan PAS. Taktik Umno menggunakan umpan “perpaduan Melayu” bagi melemahkan kemaraan PAS.

Usaha sejak 2008 tanpa henti kononnya Melayu perlu bersatu-padu dan mengharapkan PAS dan Umno dapat melakukannya. Digerakkan slogan palsu ini bukan kerana Melayu perlu bersatu tetapi supaya PAS menjadi lemah dan memecahbelahkan kekuatan Pakatan.

Slogan “perpaduan Melayu” naik satu tahap lagi dengan mempertaruhkan Islam sebagai umpan untuk PAS. Maka bermulalah episod isu Islam untuk menggoda PAS supaya PAS dipisahkan dari Pakatan. Mereka membawa isu sentimen Islam dengan mempromosikan PKR sebagai liberal Islamnya manakala DAP adalah anti-Islam.

Serangan media ini bermula sejak 2008 hingga kini namun PAS tidak berganjak menyatakan komitmen kepada PR. Isu perpaduan Melayu dan Islam hanyalah usha untuk melemahkan kemaraan PAS dan tanda kekecewaan Umno, tidak lebih dan tidak kurang.

Usaha pecah saf PAS

Salah satu taktik Umno melemahkan PAS ialah menyokong dari dalam PAS mereka yang sedia mengambil jalur keras untuk membawa Islam.

Hujah yang selama ini dibawa oleh ISMA dan PERKASA sudah menyusup dalam PAS kononnya untuk memelihara dasar parti, Pakatan tidak menguntungkan Islam dan mara ke Putrajaya hanya untuk memenuhi kehendak Anwar dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

Begitu juga  isu keputusan Tahaluf Siyasi PAS dituntut beberapa kali oleh Multaqa Ulama PAS untuk dibuat penilaian semula walaupun PAS berpegang dengan tahalufnya.

Percaturan kali ini bukan aturan dan aturcara yang ditetapkan oleh PAS dalam mencari penyelesaian. Kalau hendak dikatakan PAS tidak pernah berkonflik itu satu pembohongan tetapi PAS ada caranya sendiri.

Namun kali ini ‘orang luar’ yang mencaturkan PAS dan penyelesaiannya adalah mengikut skrip yang tamat ceritanya ialah “lemahkan PAS dan kemudian hancurkannya!”

Membentuk kelompok

Walaupun selama ini isu kelompok memang tidak dapat dielakkan dalam PAS tetapi ia hanya perbezaan pendapat yang masih di bawah kawalan. Namun semenjak kebelakangan ini usaha memecahkan lebih berstruktur dan canggih.

Taktik musuh PAS cuba membahagikan dua kelompok antara yang mempertahankan keberlangsungan Pakatan yang mereka gelar “Anwarinas” dan kelompok yang kononnya mempertahankan dasar PAS iaitu “ulama”.

Umno tahu selagi kelompok yang mahu melihat PAS maju ke depan melalui Pakatan menguasai parti maka amat sukar strategi Umno melemahkan PAS dari dalam.
 
Taktik pecah seterusnya ialah menanamkan kebencian kepada kelompok yang mahu bersama Pakatan dengan tohmahan dan fitnah seolah kelompok ini lebih pentingkan kuasa dan sedia menggadaikan perjuangan PAS demi bersama Pakatan.

Kelompok ini difitnah sebagai mengamal Islam liberal, tunduk kepada Lim Guan Eng dan menjadi barua kepada parti lain malah hilang wala’ kepada parti.

Taktik ini berjaya didoktrinkan sehingga perpecahan dalam PAS bukan lagi perbezaan pendapat biasa tetapi perpecahan yang menguntungkan strategi musuh yang sudah merekrut unsur dalam PAS sendiri.

Alat paling berkesan ialah sosial media yang menjadi rujukan utama doktrin pemisahan kelompok oleh musuh. Anasir dalam PAS digunakan untuk mengapikan lagi kebencian sehinggakan tidak ada lagi perasaan hormat menghormati malah ramai yang menjadi mangsa doktrin ini tanpa disedari.

Grand Design dan End Game

Trend memisahkan kelompok dalam PAS ini sejak 2008 adalah untuk membina momentum bagi Mesyuarat Agung Tahunan parti di mana ia adalah usaha penghapusan satu kelompok dalam PAS untuk membuka jalan supaya PAS akan lebih mesra Umno dan seterusnya meninggalkan PR.

Ini adalah “Grand Design” dan “End Game” yang ingin dicapai oleh elemen Umno dalam PAS. Para konspirator melontarkan isu hudud, isu persempadanan semula dan isu anti Islam sebagai umpan menarik PAS lebih jauh ke dalam perangkap jahat mereka.

Pencapaian objektif strategi mereka ialah pecahkan PAS supaya PAS tiada lagi dalam Pakatan dan kerana itu lebih mudah untuk Umno menguasai PAS dan sekaligus melemahkan PAS yang sudah jauh ke hadapan kini.

Seruan saya

Mari kita secara jujur dan ikhlas serta dengan mendapat petunjuk Allah untuk berfikir sejenak kegilaan apakah yang telah menimpa PAS hari ini.

Ulama, wala’ dan dasar parti cuba dipertaruhkan bagi tujuan kelompok kecil yang bekerja untuk tuan-tuan besar di luar PAS yang mahu melihat PAS lemah dan kemuncaknya hancur.

Ketahuilah bahawa ia bukan soal ada “Anwarinas”, “liberal”, “anti hudud” atau “broker dan barua” dalam PAS seperti yang cuba dimomok-momokkan, ia adalah tentang satu konspirasi jahat dan para konspirator ada di kalangan ahli PAS dan pimpinan PAS sendiri di semua sektor parti.

Tentera setia mereka ialah di kalangan facebookers hantu, bloggers upahan dan pengadu domba yang cap jarinya menyertai PAS belum pun kering lagi.

Pesan saya, jaga dan selamatkanlah PAS dari para konspirator dan PAS pada saat ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan kembali kepada landasan perjuangan yang betul, berhemah dan berperinsip.

Lebih utama PAS memerlukan ahlinya yang bijak membaca gerak geri para konspirator, umpama pepatah, “sekilas ikan di air sudah kutahu jantan betina”.

18 comments:

  1. PAS jenama politik GAGAL dan BODOH

    Salah orang orang PAS jugak

    Pemimpin BODOH di angkat jadi Ketua

    Perkara asas imi pon tidak ikut Ajaran Nabi SAW

    Di sangka Nelayan Daratan lebih bikak dari Doktor

    Bodoh saja , Arwah Nik Aziz dan Arwah Fadhil Noor pon dah tak boleh tolong dah

    Arwah Tunku kalau hidup balik pon akan kata orang orang PAS bodoh baghal

    Semua orang orang Melayu tu pulak bodoh kan diri sendiri

    Monyet pon pandai panjat Kelspa tak akan terjun Laut jala ikan macam Orang PAS

    ReplyDelete
  2. INILAH NATIJAHNYA BILA BERKAWAN DGN ANWAR.SYABAS,TAHNIAH HANCUR JAMAAH ISLAM.QADA'N QADAR.

    ReplyDelete
  3. Apa boleh buat dosa besaq kalu tak wala pd tuang presideng

    ReplyDelete
  4. Salam admin'apo kono dgn hang.agknya hang menulis sambil tido.hang cakap pas satu kursi kt Penang dpt exco bandingkn kt Johor 4 kursi tapi hanya layak pembangkang.tahukah KD kt Selangor bukan hanya exco tp mb umno sanggup membantu tapi malang Pas tolak disebabkan apa kerana tiada kecerdikan dikalangan barisan adun.

    ReplyDelete
  5. Jangan hina abg hadi... Dia ulama tersohor dunia... Disegani oleh para cendikiawan Islam seluruh dunia... Cakap je nama abg hadi ulama mana yang tak kenal dengan beliau??? Kalau tak ada abg adi siapa nak pimpin jemaah PAS...??? Siapa nak usulkan isu Hudud di Parlimen??? Abg hadi ni seorang yang bijak sebab dia mengamalkan petua "MAKAN SEMUT" setiap hari... Maka dengan itu bukan hanya para agamawan yang mengenali beliau, malah cipan, tapir dan tenuk pun kenal dan menyanjungi abg hadi... Kah kah kah... :-)

    ReplyDelete
  6. Admin...ko nak apa sebenarnya. Kalau PR dapat putrajaya...Islam boleh naik ke. Islam dihormati ke. Melayu dihormati ke. Kuasa raja-raja dihormati ke.

    Umno mungkin tak cenderung pada Islam, mungkin tak cenderung pada melayu dan mungkin tak cenderung pada raja melayu.
    Tapi ko ingat DAP lebih baik ambil tempat umno ke. DAP nak bela Islam ke. Melayu ke. Raja melayu ke.
    Hina lagi itu yang aku jangka kan.

    Lebih baik jadi pembangkang yang sihat daripada ikut arahan kafir sama2 menentang Islam.




    ReplyDelete
  7. Perpecahan dalam PR itu yang amat2 dinantikan oleh puak2 gerombolan. PAS jadi lemah apabila diumpankan dengan Hudud biar pun ramai tahu bahawa Umno hanya berbuat demikian demi memecahkan PAS dari pakatan dan sekarang terbukti dan kita lihat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti. Apa yang pasti setakat ini Hudud belum pun berjaya di bawa ke parlimen dan macam dulu juga tetapi PAS sesama sendiri telah berantakan dan PAS dengan rakan pakatan juga bergaduh. PRU 14 nanti kalau pastinya BN akan menang besar. PAS, PKR dan DAP jadi macam dulu-dulu juga hidup segan mati tak mahu. Yang rugi adalah rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi GST dsbnya. Apapun tahniahlah Umno kerana kebijaksanaan anda telah berjaya meruntuhkan PR.

    ReplyDelete
  8. Sama je pkr dgn umno ............. sama2 bercita2 menghancurkan Pas. Kalau dulu geng2 pro umno dah disingkirkan dpd Pas.........kini tiba giliran geng pro PKR pula utk disingkirkan pada muktamar jun ni .................. puak2 ni perasan sbg geng erdogan konon tapi hakikatnya adalah atartuk !

    ReplyDelete
  9. Aku dah kata kalau otak tumpul hujah pun tumpul. Kalau tanak kat DAP dan PKR kenapa tak berambus terus dan masuk bawah ketiak UMNO? kenapa terhegeh-hegeh dok kata 'kita tetap dengan PR'? Tiba masanya tikam belakang.

    Betapa besarnya kuasa bila jadi kerajaan pusat pun tak faham.....tak payah berhujahlah wei!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih kih.. nok wat guano abe!!!

      Delete
  10. Aku nak tanya kamu melayu yg semuanya bodoh apa bezanya cina dap mca dan gerakan. Jawab le puak umno pas . Ada beza ke atau kamu yg membeza bezakan.

    ReplyDelete
  11. Para ulamak Pas jak adi tu kluar pr... Kata nak bersama tp dok buat benda yg xsepakat... Perjuangan nak bantu rakyat pun xkemana... Amno jg yg berjaya... Gerenti amno xkan bantu utk bawa hudud sbb geng amno kan perompak.. Logik ke perompak nak bantu tegakkan keadilan.. Mimpi aja le....

    ReplyDelete
  12. ooi anon 4:26pm. aku pun melayu juga lah. tp aku berlepas diri dr puak2 bodoh wal bangang.

    mca = diterajui oleh cina dan ahli semua cina.

    gerakan = diterajui oleh cina dan ahli semua cina.

    dap = diterajui oleh cina tapi ada melayu spt diyana hehehehee...

    pkr = diterajui oleh melayu tapi ada cina spt eliz wong... hehehehe..

    umno = diterajui oleh bugis tapi ada arab, mamak, iban, benggali, kadazan dll.. hehehehe....

    pas = diterajui oleh oo lump muck yoo jee tapi ada jebon, anwarinas, erdogan, barua, broker, babi, anjing, pengkhianat, parasit.. hehehehe...

    itulah bezanya parti2 tsb.

    ReplyDelete
  13. Apa lah anon Apr23 4 07PM merapu

    Nampak sangat anon tak yakin pada kemampuan PAS Jika PR tawan Putrajaya PAS lah yang jaga melayu dan Raja Raja apa pulak DAP Kita nak PAS yang ganti UMNO

    Kita tak nak ke lihat Sultan Sultan kita macam Sultan Kelantan Tapi bila pemimpin PAS menunjukkan sikap macam UMNO Sultan pun tak ada arah nak jadi macam Sultan Kelantan Susah payah Sultan Kelantan nak bantu PAS dalam berdakwah di kalangan Istana akhirnya pemimpin PAS sendiri yang rosakkan

    Percaya lah ramai orang Islam dan orang UMNO masuk PAS selepas PR berjaya tawan Putrajaya seperti admin kata Betapa besar kuasa bila jadi kerajaan pusat Sedangkan Anwar difitnah berduyun duyun tinggalkan UMNO

    Malangnya individu dalam PAS tolak tuah semata mata tidak mahu melihat Anwar jadi PM Kalau sabar dan rancangan dengan bijak tak mustahil pemimpi PAS yang akan jadi PM Berapa lama lah Anwar boleh jadi PM selepas pru 14 Ya mungkin Anwar ada penganti dari PKR tapi peluang PAS bukan sedikit Dan kalau PAS keluar dari PR masa itu kita pun tak galat malah PAS lebih kuat Sebab calun PM penganti Anwar pun mesti ada kekuatan ilmu Islam nya selain professional PAS ketika itu ada kedua duanya

    Jadi mana cara yang menguntungkan PAS Selama lama nya jadi budak suruhan UMNO atau berusaha untuk memengang tampuk kuasa melalui PR

    ReplyDelete
  14. Pecayo bona kau dgn Dap alahai kok jd Temasek eeh silap Singa fool...

    ReplyDelete
  15. Persoalannya KETIKA INI umno menunjukkan sikap nak laksana hudud bkn dap bukan pkr.. so pas kena memilih2 sikit bab 'sahabat' sebelum sampai ajal 'sahabat' tuh.. nk pilih sahabat yg sihat walafiat mmg ditentangnyalah hudud tuh..

    Haram undi calon tolak hudud !!!

    ReplyDelete
  16. Hanya muslihat UMNO sokong hudud Kelantan Jika PAS ada sikit kebijaksanaan PAS patut perangkap UMNO di Rompin dengan mencabar UMNO buat hudud di Pahang Kalau Hj Hadi nak tenguk apa itu ikhlas

    ReplyDelete
  17. Q: Siapa dia Hadi Awang?

    A: Hadi Awang dahulunya adalah salah seorang pemimpin PAS yg pernah mengeluarkan kenyataan lebih dikenali sebagai 'Amanat Hadi Awang', kini memegang jawatan sebagai Presiden PAS dan dia sendiri pula melanggar amanat yg pernah beliau sendiri lafazkan satu ketika dulu.

    Kesimpulan: Kluk klek kluk klek kluk klek kuk klek.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa