Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 23, 2015

Lantaklah wahai Hadi......

Hadi enggan jawab undi siapa di Pmtg Pauh
mk - 5:19PM - 22 Apr 2015

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya keberatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PKR di Permatang Pauh.

Beliau hari ini mengelak apabila diajukan soalan tentang siapakah yang patut diundi di Permatang Pauh.

Dalam forum “Bicara Minda Hudud dari Kaca Mata Hadi” anjuranSinar Harian hari ini, Hadi diajukan soalan sama sebanyak dua kali oleh hadirin.
Ketika sesi soal jawab, seorang hadirin bertanya kepada Ahli Parlimen Marang itu siapakah yang patut di undi pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Soalan itu ditimbulkan memandangkan PKR secara terbuka menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Bagaimanapun Hadi hanya mejawab: "Yang tanya itu tak undi (di) Permatang Pauh, jadi tak payah jawablah."

Kemudian, seorang lagi hadirin yang tampil memperkenalkan dirinya sebagai pengundi Permatang Pauh dan bertanyakan soalan sama.

Namun, Hadi sekali lagi mengelak untuk menjawab soalan itu.

"Mengundi lambat lagi. Saya tak boleh jawab lagi soalan itu.

"(Ini) kerana undi boleh dibeli pada bila-bila masa," katanya sambil ketawa.

Hormat PAS kawasan

Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”, Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam Pakatan.

Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu.
"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja.

“Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.

Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata:

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh."

Laporan akhbar hari ini melaporkan, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman sebagai berkata “haram mengundi calon tolak hudud”.

Sementara itu, ditanya mengenai kawasan yang ingin "menggulingkannya" sebagai presiden pada pemilihan PAS, Hadi hanya berkata:

"Masih banyak lagi kawasan yang menyokong saya.”

Nada beza Tuan Ibrahim

Sementara itu, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan nada berbeza dalam kenyataannya hari ini.
Tidak seperti Hadi, beliau yang yang bertanggungjawab memimpin jentera PAS dalam pilihan raya kecil Rompin, menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada PRK di Permatang Pauh.

“Undi PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh, Tolak GST (Cukai Barangandan Perkhidmatan), tolak Umno-BN!” katanya.

Ulama terkemuka itu turut menggesa supaya “perbezaan kecil” sesama sendiri diketepikan demi berdepan cabaran lebih besar, iaitu “ kezaliman Umno-BN”.

“Utamakanlah perjuangan bersama kita yang jauh lebih besar demi dan untuk masa depan rakyat Malaysia,” kata Tuan Ibrahim (atas).

15 comments:

  1. Tak kira la orang lain nak kata apa pun tapi bagi saya tingkah laku hj hadi macam orang nyanyuk. Cakap ikut sedap mulut. Tak menggambarkan beliau sebagai orang ulamak. Cakap main lepas. Tak berpegang pada janji. Tak terima pandangan kawan dalam jemaah walaupun yg setaraf dengan dia.

    ReplyDelete
  2. TGHA masih menunggu calon PKR, belum tahu siapa calon, maka belum pasti lagi calon ni tolak EKJS II, tunggu pencalonan dulu.

    ReplyDelete
  3. Ulamak Syok Sendiri ini ada Sifat Dengki sama Anwar Ibrahim & Keluarga

    Sifat Hasad Dengki orang melayu tonggi di kira biasa saja

    Tapi bila ulamak macam Hafi patut tahu nak hidup bagai ullamak , bukan bagai Mamak

    Sikap sebenar Hadi di tunjuk umum oleh Allah SWT bukti Hadi hanya lah anak nelayan angan angan jadi ulamak dengan cara tipu jaja jaja agama tuk buat ke untongan waktu hidup di dunia

    Alamat baik sekali jika Hadi ini taubat dan henti tipu daya orang orang Melayu yang rata rata bahalol se waktu dengan Hadi

    Buar lah Anwar Ibrahim bangun kan bangsa nya yang GAGAL seperti Hadi

    ReplyDelete
  4. PKR tak perlu risau kerenah mereka, PKR cukup kukuh di Permatang Pauh....tak perlu pertolongan PAS....kita lihat sejauh mana kekuatan PKR.....

    ReplyDelete
  5. DAH TUA DAH,...
    DAH TAK LARAT DAH...
    NAK AMBIL TAHU HAL2MACAM TU PUN SUSAH...
    NAK JAWAP SOALAN2 PUN SUSAH...
    SBB MEMANG TAK MAHU AMBIL TAHU..

    APA PUNYA PRESIDEN LA MACAM NI....

    KALAU DAH TAK MAMPU...BAGI PADA ORANG YG LEBIH MUDA ...YG SERIOUS DALAM MENJALANKAN TUGAS PRESIDEN...BERWAWASAN...

    ReplyDelete
  6. Hadi Awang ni, sebelah kakinya telah berada di luar PR kemungkinan besarnya dalam UMNO. Tinggal lagi satu saja kakinya yg masih di dalam zon PR, itupun dalam keadaan hendak diangkatnya.

    ReplyDelete
  7. Dah berbelit lidah macam umno,sungguh tak sangka, krajaan perpaduwang eloknya muslim professional tidak lagi bersama pas biarlah yg berjubah saja kerana tidak tercela iman kita tidak bersama pas kalau beginilah sifatnya.

    ReplyDelete
  8. dah tak pandai berpolitik ust hadi ni.

    ReplyDelete
  9. Maaflah .aku tak tahu mengapa bila tenguk gambar Hj hadi sakit hati aku.orang tanya soalan lain dia jawab lain.Tanya ulamak permatang pauh pula,apa hukum adun dan ahli parlimen di Selangor yang makan gaji dan elaun kerana berkongsi kerajaan dengan kumpulan yang tolak hudud.halal ke.

    ReplyDelete
  10. bila d tanya perjuangan pas tak akan jadi mcm taliban atau IS..nk bejuang dlm politik...tak menang pun tak pa ke putrajaya...janji redha Allah...lebih kurang mcm jabatan agama kedah la mcm tu...atau jakim ka...dei parpu! yenna seyeree...!

    ReplyDelete
  11. titm dah tak wala pada presideng mung ke?

    AKU KALAU ADA KUASA AKU PECAT!!!

    nati kena pecat dgn nik amar...

    ReplyDelete
  12. janganlayan Haji Hadi ni. Harap PKR dan DAP jangan minta PAS masuk campur sebarang kempen.Tanpa PAS tak boleh menang ke.Belum cuba belum tahu.

    ReplyDelete
  13. aku ada nasehat utk kawan2..nak dgr xpe x dgr pun xpe..
    kamu semua lihat ye..
    pas suruh jgn menyokong pkr yg menentang hudud pas..tapi pas masih berkawan dgn pkr dalam 1 gabungan pakatan...mereka ini masih berkawan..dan mereka ini masih 1 gabungan..
    sudah la begitu,tanpa segan silu mereka saling main tarik tali depan kamu semua seolah2 kamu semua ni lembu..
    rasanya jepp sepahtu pun x mampu buat lawak sebegini..
    nasehat aku utk kawan2, berenti la dr terlalu berfikir2/obses/terlalu mengambil berat pasal manusia2 politik(sekular demokrasi)ni x kira parti ape pun..
    jika tak mahu berenti..ia akan membuang masa tenaga dan emosi..
    insyaAllah..
    wallahuaklam..

    ReplyDelete
  14. Mengapa ya Muka Muka orang orang PAS tidak nampak muka orang cerdik mahu pun ber Akal ???

    Cuba lihat gambar mereka ???

    Semua nya Melayu dan nampak BODOH saja

    Di Permatang Pauh pun Orang Orang Melayu tak boleh bersatu ke arah Calon Bijak dan Bersih ???

    Apa kah orang orang PAS se memang nya Dunggu Buta Tuli ????

    Orang orang Melayu tu semua nya pon

    ReplyDelete
  15. Sejak tahun 80 an kita katakan bahawa ulama boleh memerintah & jadi pimpinan.Segala harapan telah hancur dg perangai beberapa orang yg mengaku ulama.Bukan mudah utk kita kembali memberi yakin pd pengundi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa