Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 23, 2015

Najib tidak utamakan parti?

Saya Tak Minta Najib Berundur - Nur Jazlan
Oleh: AKIL YUNUS

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur daripada memegang jawatan itu.
Beliau yang memperjelaskan mengenai kenyataan di blognya nurjazlan.net pada Rabu berkata, Perdana Menteri perlu segera menjawab kritikan dan dakwaan yang dilontarkan kepadanya atau ia boleh menjejaskan Umno dalam jangka panjang.
"Jika beliau tunggu penggal penuh parlimen (sehingga 2018) untuk menjawab, ia akan menjadi masa yang lama. Beliau seharusnya melihat kepentingan parti secara keseluruhan," kata Nur Jazlan kepada pemberita selepas menghadiri Asean Peoples's Forum pada Rabu.
Ahli Parlimen Pulai itu yang bercakap demi parti berkata, para pemimpin Umno yang lain akan bersetuju dengan pandangannya sekiranya mereka amat menyayangi parti.
Jika mereka hanya mempertahankan pemimpin parti semata-mata, mereka tidak melakukannya demi parti.
"Tiada sebab untuk Najib berundur kerana parti masih memerlukan sokongan beliau. Tetapi berapa lama Umno akan menyokong beliau?" soalnya.
Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, temuramah khas Perdana Menteri di TV3 baru-baru ini sedikit-sebanyak menjawab kritikan dan spekulasi mengenai beberapa isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dab Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Ia sudah tentu tidak puaskan hati (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Hanya sekali rakyat berpuas hati dengan jawapan-jawapan itu, isu tersebut akan terhenti," tambahnya.
Dalam kenyataan di blognya, Nur Jazlan menulis bahawa Najib perlu bertindak segera untuk memperjelaskan kebimbangan terhadap 1MDB, yang kini menjejaskan Umno secara keseluruhan.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat bukan menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional, sebaliknya unsur dalaman Umno sendiri.
"Perdana Menteri boleh memilih jalan singkat untuk membubarkan Parlimen dan membuat ‘snap election’ bagi mencuci persepsi negatif terhadap diri beliau dan keluarga dengan mendapatkan mandat yang baru," kata Nur Jazlan di blognya. 
# Betul........di masa ini amat sesuai diadakan PRU mengejut untuk dapatkan mandat baru sebab keadaan PR (PAS,DAP dan PKR) dalam keadaan haru biru dan manalah tahu PAS akan keluar dari kandang PR dan menyeberang ke kandang BN. 

1 comment:

  1. Nur Jazlan ini pandai macam Nizar

    Mak Cina dan bapak Arwah Mohamad Rahmat

    Atok Mak nya towkay Low Yat Federal Hotel

    Ini cucu Bilionaire lah


    Dia tahu Lahanat Mat Mongol enjoy sakan duit Rakyat tuk sendiri bini amak2 saja

    Memang Jenama RAZAK kira Lahanat zaman Tunku dulu lagi

    Nur Jazlan sindir saja , kalau Lahanat tu Lelaki elok saja pencen


    Kalau Lahanat tu Bacul macam Bapak dia , habis kesian lah orang orang Melayu

    Nur Jazlan ini masih sayang bangsa Bapak nya Melayu walau Jawa sekali pon

    Apa pon ini semua Politik tapi jauh bijak dari politik Monyet PAS dan Hadi nya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa