Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 21, 2015

Kesian Mukhriz (4)

'Mukhriz pilih yang mana, Najib atau ayahnya?' - Pendakwah bebas

Wan Syamsul AmlyAstro Awani |Kemas kini: April 20, 2015
(Diterbitkan pada: April 20, 2015 19:04 MYT)
'Mukhriz pilih yang mana, Najib atau ayahnya?' - Pendakwah bebas
Pertalian darah di antara Mukhriz (gambar) dan Dr Mahathir menjadi asas kukuh sokongan kepada seorang bapa yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dilihat perlu memberi lebih sokongan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu perselisihan dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md Saleh Ahmad berkata pertalian darah di antara Mukhriz dan Dr Mahathir menjadi asas kukuh sokongan kepada seorang bapa yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

"Kita tidak boleh menghalang sokongan seorang anak kepada bapa dan itu semangat yang harus Mukhriz tunjukkan.

"Ikut mana pun, Mukhriz akan menyokong bapanya. Selama ini dia sudah menunjukkan rasa hormat kepada pandangan bapanya.

"Walaupun saya bukan menyebelahi mana-mana pihak, namun ketaatan Mukhriz tidak akan membenarkan sesiapa menjatuhkan Dr Mahathir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Saleh berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Mukhriz yang hanya akan menyatakan pendirian rasmi UMNO Kedah tentang sokongan terhadap kepimpinan Najib pada 24 April selepas bermesyuarat dengan pemimpin UMNO negeri di ibu negara.

Bagaimanapun Khamis lepas, ketiga-tiga sayap UMNO Kedah, selepas bertemu dengan Mukhriz, meminta Menteri Besar membatalkan hasratnya itu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan pentadbiran negeri.

Dalam pada itu, kata Md Saleh, sehingga kini masih tidak ada pihak yang nampak Mukhriz memberi sokongan kepada Najib secara berterus terang.

"Walaupun sebagai pemimpin UMNO Kedah, dia tidak tunjuk sokongan kepada Najib dengan terang.

"Walau apa situasi sokongan Mukhriz tetap kepada Dr Mahathir, itu jelas dari segi perasaannya," ujarnya.

Namun begitu jelasnya, sokongan Mukhriz juga boleh ditafsir dalam aspek memihak kepada Najib.

"Dari segi mentaati pemimpin jelas sebagai seorang rakyat dan pengikut jemaah dia akan menghormati pemimpin selain perlu mengenepikan sentimen bapa dan anak.

"Mengikut sistem demokrasi dan hubungan di antara pengikut dengan pemimpin maka sepatutnya Mukhriz akan menyokong kepimpinan Najib atas sifat kelompok UMNO itu sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamad berkata, Mukhriz perlu bersikap profesional dan tampil menyatakan kesetiaannya kepada Najib sebagaimana yang dinyatakannya sebelum ini.

Sikap diam diri Mukhriz dilihat semakin meruncing apabila 69 daripada 86 Ketua UMNO Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada menyokong penuh kenyataan ADUNnya, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahu Mukhriz melepaskan jawatan sekiranya tidak menyokong terhadap kepimpinan Najib.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan Mukhriz tidak perlu dipaksa untuk menyatakan sokongannya terhadap Najib selain berkata Menteri Besar Kedah itu merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman.

1 comment:

  1. Mukriz ini Orang Kaya

    Orang Kaya boleh pilih apa apa yang di suka dan tak sakit kepala

    Awak Ulamak kena nasihat Rakyat dan ajar orang orang Melayu yang juta juta masih miskin papa kedana selalu sakit kepala tak ada duit kena belajar nak pilih yang mana tuk jadi peminpin

    Yang Kaya Bijak ke Atau yang miskin Bahalol

    Yang menipu semua nya tak ada duit dan bila dapat kuasa dan duit , mula jadi macam Monyet dapat Bunga


    Tengok Hadi , tengok Yaakob , tengok Amar semua perangai macam Monyet

    Mukriz yang Kaya di pening kan

    Bahalol jugak bila dah jadi Ulsmak


    Ikut lah jejak Ulamak Yusof Qardhawi , jangan Ulamak Syok Sendiri dengan Kopiah Jubah Serban

    Nasib baik takde Keldai dan Unta di Malaysia , kalau ada setiap ceramah di bawa Unta Keldai , anak bini kat rumah makan kangkong

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa