Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

Suhakam: Zahid bohong atau salah maklumat?

Atau jenis politik munafiq, bohong dan putar belit untuk mewajarkan tindakan?

Suhakam: Tidak Zahid, kami tak bersetuju dengan Pota
mk - 9:53AM - 17 Apr 2015

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyangkal dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa suruhanjaya itu bersetuju dengan Akta Pencegahan Keganasan.
 
Sebaliknya, jelas Suhakam, ia menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri pada 12 Mac supaya ia diberi peluang untuk memberi nasihat tentang bagaimana rang undang-undang itu boleh diperbaiki dari segi hak asasi manusia.
 
Dalam satu kenyataan semalam, suruhanjaya itu sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak dibawa berunding mengenai perundangan tersebut.
 
Menurutnya, ia telah mengeluarkan satu kenyataan yang melahirkan rasa kesal selepas rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas.
 
Suruhanjaya itu, tambahnya, telah menyatakan rasa kesalnya bahawa Pota telah diluluskan walaupun terdapat keraguan dalam beberapa peruntukannya.
 
Pota, katanya, yang membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun atas kehendak sebuah lembaga pencegahan keganasan, mempunyai isu-isu yang serius dan memerlukan pengawasan yang sewajarnya.
 
Suruhanjaya itu juga, tegasnya, menggesa kerajaan supaya komited kepada obligasinya terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan menyemak semula rang undang-undang itu melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Katanya, suruhanjaya itu menyokong langkah-langkah perundangan untuk menentang segala bentuk keganasan, tetapi menegaskan bahawa undang-undang itu mestilah selaras dan mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip hak asasi manusia.
 
Suruhanjaya itu juga, katanya, telah dan konsisten dalam gesaannya bahawa melindungi hak asasi manusia dan keselamatan awam, mestilah saling melengkapi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa