Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 20, 2015

Nahas Heli: Siasatan jadi semakin tidak terkawal

Siasatan nahas helikopter jadi semakin tidak terkawal
10:30AM Apr 20 2015
oleh Mariam Mokhtar

SUARA LANTANG: Nahas helikopter 4 April lalu yang mengorbankan enam nyawa membangkitkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Cuaca dan helikopter berada dalam keadaan baik dan seperti tiada apa yang di luar jangka.
Siasatan awal menunjukkan beberapa kontradiksi: Seorang saksi mendakwa melihat letupan, namun pihak berkuasa berkata kotak hitam tidak menunjukkan demikian. Seorang penyiasat mengesyaki letupan, namun mayat mangsa tidak menunjukkan tanda itu. Seorang saksi melihat ia menjunam, tetapi data tidak dapat mengesahkannya.
Adakah semua yang berlaku di Malaysia memang bersifat kontradik, atau penyiasatan yang dilakukan tidak bermutu? Ada lagikah yang tertanya-tanya mengapa kita sukar mempercayai laporan rasmi.
Nahas itu membunuh teman rapat dan orang yang paling dipercayai Perdana Menteri, Ahli Parlimen Temerloh Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya Mohd Razkan Seran, Ketua Setiausaha Sulit PM Azlin Alias, usahawan Robert Tan, juruterbang Kapten Clifford Fournier Jr. dan Aidana Baizieva.
Pertamanya, seorang saksi mata mendakwa melihat berlaku letupan, sebelum helikopoter itu terhempas ke ladang getah. Dakwaan itu segera dinafikan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, pada masa sama Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat berhenti membuat spekulasi. Pastinya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sedang memantau laman Twitter, bersedia dengan gari.
Kedua, siapakah Aidana Baizieva? Selepas pelbagai spekulasi dan kekeliruan, beliau akhirnya dikenalpasti sebagai warga Kyrgystan, namun tiada siapa yang dapat menjawab mengapa beliau ada di dalam helikopter itu.
Ada yang berkata mendiang adalah rakan juruterbang, ada juga mengatakan beliau adalah pembantu juruterbang. Selama beberapa hari mayatnya tidak dituntut. Kontroversi bertambah apabila ada yang mengatakan gambar yang disiarkan bukanlah dirinya, namun perempuan lain. Tiada satu dakwaan yang dapat disahkan.
Ketiga, data daripada perakam suara kokpit (VR) menunjukkan penumpang “rancak berbual” ketika perjalanan, namun bertukar diam beberapa minit sebelum nahas berlaku. Yang kedengaran hanyalah bunyi pernafasan.
Sumber mengatakan, “Namun tidak perlu ada sebarang spekulasi tentang perkara ini, kerana ada banyak sebab mengapa mereka menjadi diam, termasuklah keletihan”.
Jadi, mengapa tiba-tiba suasana bertukar senyap buat beberapa minit?
Keempat, data CVR mencadangkan yang kedua-dua Fournier dan Baizieva secara aktif mengendalikan helikopter itu.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Azharuddin Abdul Rahman berkata, peraturan dan undang-undang penerbangan menghalang pelajar penerbangan daripada menjadi pembantu juruterbang atau juruterbang itu sendiri, kecuali jika individu terbabit memiliki lesen. Selain itu tiada penumpang yang dibenarkan ketika latihan penerbangan, katanya lagi.
Di Malaysia, undang-undang longgar dan penguatkuasaan pula buruk. Menyerahkan kawalan sebuah peralatan yang amat kompleks kepada orang yang tidak berpengalaman adalah perkara biasa. Ia berlaku di darat – trak, teksi dan kenderaan lain. Orang memandu tanpa permit, menggunakan kereta yang tiada insuran, dan sesetengah “datin” juga tidak berusaha pun untuk “membeli” lesen. Semuanya tiada masalah walaupun mereka berisiko membahayakan nyawa orang lain. Kecuali selepas kemalangan benar-benar berlaku.
Kelima, selepas perhubungan terputus, penyiasat mengesyaki berlakunya letupan sebelum helikopter terhempas. Sumber mengatakan, “berdasarkan siasatan di tempat nahas, penyiasat menyimpulkan bahawa sebahagian komponen helikopter terpelanting akibat letupan.
“Penyiasatan dan data yang diperolehi setakat ini masih tidak dapat menentukan sama ada ia terjunam atau berputar ketika jatuh.”
Keenam, seorang juruterbang pesawat ringan Kapten Lee memberitahu Astro Awani bahawa beliau bertukar maklumat penerbangan dengan Fournier. Beliau melihat sebuah helikopter dengan logo IGB pada jam 5 petang. Namun ketika beliau melihat ke arahnya semula tiga minit kemudian, yang ada hanyalah asap dan helikopter sudah pun terjunam.
Beliau tidak perasan sama ada berlaku letupan di udara, namun melihat asap hitam sebelum ia terjunam.
Justeru, adakah Kapten Lee benar-benar melihat helikopter itu jatuh secara menjunam?
Ketujuh, ada sumber menyatakan, bedah siasat menunjukkan kecederaan yang dialami mangsa memang konsisten dengan nahas udara dan tiada yang di luar kebiasaan,.
Katanya, “Tiada objek luar pada mayat (termasuk serpihan daripada bom) yang dapat menunjukkan ada letupan ketika helikopter di udara. Jika berlaku letupan, hasil pemeriksaan mayat pasti berbeza.”
Kelapan, Baizieva dilaporkan mengambil kelas penerbangan daripada Fournier. Harapnya ia tidak menjadi permulaan untuk meletakkan kesalahan manusia sebagai punca insiden ini, sebagai jalan mudah menutup sebab yang lebih jahat. Perempuan itu mudah untuk dijadikan “kambing hitam”, walaupun beliau tidak bersalah.
Kesembilan, keadaan cuaca adalah baik, begitu juga dengan keadaan helikopter. Kawan kepada Fournier menyifatkan beliau adalah seorang juruterbang yang berhemah, dan sudah memandu helikopter sejak 2002.
Fournier tentunya menyalahi undang-undang jika beliau membenarkan Baizieva mengendalikan kawalan. Barangkali, Baizieva diperangkap untuk menjadi kambing hitam.
Kesepuluh, Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka tidak menolak “masalah teknikal”, “kecuaian” atau “sabotaj” sebagai punca nahas.
Rakyat Malaysia berharap dapat melihat lebih banyak maklumat dibongkar oleh penyiasat bebas. Mereka sudah bosan mendengar kenyataan dan analisis yang saling bertentangan. Selepas tiga nahas udara dalam tempoh yang singkat, lakukanlah perkara yang betul untuk kes ini.
 Mariam Mokhtar adalah “seorang rakyat Malaysia yang berani berkata benar”. 

# Maaflah saya baru pulang dari Kuala Terengganu. Jadi tengahari ini baru  ada ruang update blog

3 comments:

  1. bila sistem dah mengamalkan pembohongan sebagai satu cara.. maka bila kena batang hidung sendiri dan bila berlaku sesuatu hal yg memerlukan ketepatan laporan dan yg berintegriti.. maka akan jadi masalah seperti ini...seribu macam pertikaian akan timbul... inilah balasan atau hasil dari apa yg diperbuat selama ini...

    "apabila bohong itu jadi amalan"...

    ReplyDelete
  2. Ada BON BON ikut dari hutan rimba Pekan

    Hutan memang ada Hantu pon

    Apa pon semua sudah KIOK

    Semua tengah tidor rehat saja

    ReplyDelete
  3. Pada hari kejadian mungkin ada pemburu burung telah melastik burung dan batu lastik terlajak lalu terkena kipas kemudi di ekor pesawat. Disebabkan GST, ramai juga orang yang bercucuk tanam, memancing dan termasuklah juga berburu. Oleh itu, kemalangan helikopter tersebut bukanlah disebabkan oleh mana-mana penumpangnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa