Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 20, 2015

PRK Pematang Pauh: Ini kerja gila apa pulak?

Kenapa Hudud jadi hudoh?

PKR batal semua program pilihan raya di Permatang Pauh
DI GEORGE TOWN - 20 APR 2015 (52 MIN AGO)

PKR membatalkan semua programnya di Permatang Pauh hari ini yang membabitkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Penyelaras media PKR untuk pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, Mohd Hafizan Mazuki dalam kenyataan hari ini berkata pembatalan program itu termasuk kenduri rakyat dan pelancaran pusat operasi PRK di Guar Perahu atas beberapa sebab.
Walaupun tidak menyatakan sebab pembatalan, sumber parti menyebut ia ada kaitan dengan mesyuarat tergempar di Selangor yang membabitkan para pemimpin PKR dan PAS bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti menjelang PRK Permatang Pauh.
Menurut laporan semalam, Ketua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua supaya PKR supaya menarik balik kenyataannya yang menolak rang undang-undang berkaitan hudud jika mahu mendapat sokongan PAS untuk PRK Permatang Pauh.
Omar berkata PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka.
Sementara itu Timbalan Ketua AMK Khairil Anuar Kamarrudin ketika dihubungi berkata beliau telah menerima arahan daripada pemimpin pusat PKR supaya tidak mengeluar kenyataan pada masa sekarang.
"Sejak minggu lepas kami menerima arahan daripada para pemimpin pusat parti supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana terlalu banyak manipulasi terhadap situasi antara parti dan PAS," katanya.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota parlimen selepas petisyen pengampunan diraja terhadap hukuman penjara atas kesalahan meliwat yang difailkan oleh keluarganya ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hari mengundi PRK Permatang Pauh ditetapkan pada 7 Mei - sumber

17 comments:

  1. Pas......hampas, sudah 30 tahun ku pangkah Pas, kini sampai masanya aku meninggal hampas ni........

    ReplyDelete
  2. Peegi lah jauh-jauh...

    ReplyDelete
  3. anon 9.38 setuju 100%. kalu tidak kerana almarhun tgna, aku pangkah juga.... kini tidak lagi dgn banyaknya kebodohn oleh pemimpin pas dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  4. org PAS ni kebanyakan nye utk bca doa @ jd imam bole laa..lain2 bnda out laa..

    ReplyDelete
  5. pas dah tak perlukan undi kita dah.!

    ReplyDelete
  6. PAS sudah jadi sejarah........aku nak tengok setinggi mana burung terbang.Apakah sampai ke bulan ataupun.........kelauttttttttttt

    ReplyDelete
  7. Anon 938 dan 952 ........"aku ade kesah"?

    ReplyDelete
  8. Aku ni beranak atas bendera BN....sebab Anuar Ibrahim aku terbuka hati nak pangkah Pas....tapi lepas ni baik aku tak mengundi saja....hati pun tak sakit...

    ReplyDelete
  9. Menang mudah nmpak bn

    ReplyDelete
  10. Berdoalah Pas cepat join Umno.. Situasi skrg nie mcm gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  11. PAS akan terus dipimpin oleh TGHH dan TITM sebagai pembantu, mat sabu blh join DAP, Pasma akan didaftarkan sebagai parti politik untuk menerima sesiapa sahaja yang memperjuangkan sosialisma dan liberalisma seperti macai-macai kat sini.

    Berakit-rakitlah perlahan-lahan menuju ke bahtera DAP dan PKR dengan sabar dan jangan nakal-nakal.
    Jangan sekali-kali dibawa perjuangan Islam, hanya nama Islam saja yang dibenarkan. Kalau dibawa juga perjuangan Islam dibimbangi nanti dihalau oleh DAP dan PKR, tiada lagi tempat bergantung untuk Pasma.

    Kahkahkah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas skrg menganut islam versi melayu spt umno. mcm islam versi pakistan yg penuh dgn perbalahan sektarian bunuh sesama islam atas nama agama

      Delete
  12. PAS sudah jadi Parti Politik Lahanat ugut mengugut pulak

    Ini lah akibat bila pemimpin Bahalol BODOH di pilih orang orang bahalol Melayu

    Semua nya GAGAL

    ReplyDelete
  13. Bye bye pas... Selagi pas d pimpin hadi xmungkin ku undi pas... Pas dah berubah dr pas for all sekarang pas for lebai... Lebai cuma pandai mengumpat dan mengata sendiri dan anak beranak mereka belum tentu betul... Dah jd amno.. Perangai dah seteruk amno...

    ReplyDelete
  14. Ingatlah PAS tidak boleh dipercayai lagi. PAS kini memang jelas hanya menggunakan Islam untuk kepentingan dan keuntungan duniawi. Beza yang ada kini perlu dilihat parti mana yang LEBIH berprinsip dengan janji dan kata-kata mereka. Tidak berbelit-belit, tidak tikam belakang dan tidak cakap pusing-pusing guna macai-macai ahli bawahan parti. Selagi tak tangkap "red handed", semua cakap telah kononnya di spin media dan pemberita. Wahai Lebai..lebai...serbani...pintal habis.

    ReplyDelete
  15. Lebai Pas dan sewaktu dgnnya cukup ego sbb hanya layak dlm masyarakat duk jadi imam solat , baca talkin dan jadi penceramah bebas .

    Kalu setakat belajar 3 tahun kat universiti utk dpt ijazah utk jadi Ulama konon. Apa yg boleh dipelajari dgn waktu yg sesingkat ini .

    Ulama ni bukan ciduk ilmu sana sini . Bergelar ulama bukan penyokong pas yg lantik - ianya harus melalui proses ilmu yg panjang bukan sekadar Phd tetapi telah menerbitkan kitab2 yg mutabar. Bukan kitab Yassin , Tatacara Solat , Haji & Umrah dah boleh jadi ulama cara Pas.

    ReplyDelete
  16. Lebai Pas dan sewaktu dgnnya cukup ego sbb hanya layak dlm masyarakat duk jadi imam solat , baca talkin dan jadi penceramah bebas .

    Kalu setakat belajar 3 tahun kat universiti utk dpt ijazah utk jadi Ulama konon. Apa yg boleh dipelajari dgn waktu yg sesingkat ini .

    Ulama ni bukan ciduk ilmu sana sini . Bergelar ulama bukan penyokong pas yg lantik - ianya harus melalui proses ilmu yg panjang bukan sekadar Phd tetapi telah menerbitkan kitab2 yg mutabar. Bukan kitab Yassin , Tatacara Solat , Haji & Umrah dah boleh jadi ulama cara Pas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa