Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 23, 2015

Ini dia pemilik Heli yang nahas tu!

Milik siapa pun bukan jadi masalah.......kalau dah ditakdirkan terhempas......walau milik siapa pun akan terhempas juga

Anak TKM Sarawak, Gerald Jabu, pemilik bersama firma helikopter yang terhempas
09:30PM Apr 22 2015
oleh Jimmy Adit

KOMEN:   Gerald Rentap Rabu ialah pengarah dan pemilik saham Solaire Sdn Berhad (Solaire), syarikat pemilik helikopter malang yang terhempas pada 4 April dan membunuh tetamu-tetamu yang baru pulang daripada kenduri anak perempuan Perdana Menteri Najib Razak,  adalah khabar yang punya nilai berita.
Ia bernilai berita kerana Gerald ialah pemilik separuh daripada Solaire; separuh lagi pemilik saham ialah juruterbang helikopter itu, warga Amerika Clifford Fournier.
Dengan kematian Fournier, pengarah dan pemilik 50 peratus saham Gerald akan menjadi pemain utama Solaire dalam penyiasatan tragedi yang telah membunuh enam orang yang sedang berjalan- mantan menteri dan teman rapat Najib, Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Kedah Robert Tan, setiausaha sulit di Jabatan Perdana Menteri, Azlin Alias,  Aidana Baizeva, pengawal peribadi Raskan dan Fournier.
Siapakah sebenarnya Gerald Rentap?
Dia ialah anak lelaki Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang sudah lama berkhidmat iaitu Alfred Jabu Numpang. Numpang dalam bahasa inggeris bermaksud untuk menumpang atau penumpang.
Di Sarawak, Jabu, Timbalan Ketua Menteri sepanjang pemerintahan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, bukanlah penumpang biasa. Dia seorang yang sangat setia.
Jabu ialah orang nombor dua yang sempurna dan dikatakan telah dianugerahi dengan pelbagai kelebihan politik dan perniagaan.
Dipercayai yang Gerald juga mewarisi semua ini. Tidaklah mengejutkan, bukan?
Google tentang Gerald, dan anda dapat melihat yang lelaki berusia lingkungan 40-an ini telah mencipta nama dalam dunia perniagaan.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada La Trobe University, Melbourne, Australia, Gerald berkhidmat sebagai wakil pengedar berlesen (Pelaburan Korporat) di Sarawak Sekuriti Sdn Bhd pada 1993 sehingga 1995; merupakan pengurus projek dan perunding untuk Sarawak Capital Sdn Bhd daripada tahun 1995 sehingga 1996; mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam pembangunan tanah dan hartanah, kewangan dan keselamatan korporat, pengurusan projek dan logistic; dan merupakan pengarah bukan eksekutif.
Buat masa kini dia merupakan pengarah eksekutif Utahol Management Sdn Bhd dan wakil lantikan PHSB.
Dia memegang banyak lagi jawatan, dan ini tidak berapa disukai oleh pihak tertentu, termasuklah pihak pembangkang, yang pada satu ketika pernah mengancam untuk menyiasat semua pertikaian mengenai perolehan tanah dan salah guna kuasa yang menganugerahkan pajakan gadaian kepada tanah adat bumiputera (NCR) kepada kroni-kroni dan ahli keluarga pemimpin Barisan Nasional.
“Sudah pasti, siasatan ini termasuklah pajakan gadaian tanah NCR yang telah diberikan kepada Alfred Jabu, ahli keluarga dan kroninya,” Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian dipetik berkata demikian pada tahun 2012.
Sebuah laporan berita juga menyebut yang mengikut Laporan Survey dan Tanah 2005, Gerald, yang merupakan pemilik Utahol Sdn Bhd, telah diberikan pajakan gadaian (PL) untuk tapak penanaman kelapa sawit di atas tanah NCR seluas 6,900 hektar.
Syarikat sepupunya yang juga merupakan wakil rakyat Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Durafarm Sdn Bhd telah diberikan PL untuk tanah kelapa sawit seluas 3,665 hektar di Batu Api, Betong dan 1,581.8 hektar di Tunjung Bijat, Simanggang.
Henry Jantum, rakan rapat Jabu, juga diberikan PL untuk penanaman kelapa sawit seluas 2,873 hektar di kawasan Batang Lupar dan Batang Layar di Betong.
Selain itu, syarikat Jantum juga telah diberikan pajakan untuk penanaman kelapa sawit seluas 2,127 hektar di Tanjut Bijat, Simanggang, di bawah nama Everherald Sdn Bhd dan 2,000 hektar lagi di Betong dan Simanggang untuk pertanian campuran.
“Apabila kami membentuk kerajaan kelak, kami akan menubuhkan suruhanjaya tanah untuk menyiasat semua pertikaian tanah ini dan mengambil langkah sewajarnya sekiranya didapati tanah-tanah ini di ambil daripada rakyat menggunakan cara yang tidak jujur.
“ Salah satu tugas suruhanjaya adalah untuk menyiasat sama ada terdapat pelanggaran undang-undang negara dan salah guna kuasa ke atas pemilikan tanah ini atau kepada pengeluaran PL ke atas tanah NCR yang dilakukan kerajaan sekarang.
“Ini ialah perkara yang perlu dilakukan kerana cara yang tidak jujur dan salah guna kuasa ialah satu jenayah dan mengkhianati  kepercayaan rakyat,” kata Baru, seorang peguam terkenal dalam isu tanah NCR.
Malangnya, Pakatan Rakyat atau PKR masih belum memerintah, jadi Jabu dan anak lelakinya Gerald terus mengembangkan empayar perniagaan serta meluaskan pengaruh politik mereka.
Kita tahu kini, langit pun milik mereka, walaupun kita tidak perlu terkejut kerana menjadi penumpang seseorang pastinya akan diberikan pelbagai ganjaran.
Mereka yang waras tidak akan berpuas hati menjadi orang nombor dua sekiranya ganjaran yang diterima tidak sehebat mereka yang nombor satu.
Maka, Gerald, berada dalam kelompok anak-anak lelaki ahli politik seperti Sulaiman Taib Mahmud, Mirzan Mahathir dan anak lelaki tiri Najib, Riza Aziz.
(Berita ini pertama kali di siarkan dalam Sarawak Report)

1 comment:

  1. Mak Bapak jadi Lahanat Bangsa baru anak anak dapat kadi kaya ber gaya budak budak lagi


    Kesian lah pada Rakyat yang bodoh sangat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa