Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 16, 2017

Polimik Bai'ah dan sumpah Taklik PAS

*POLIMIK BAI'AH DAN SUMPAH TAKLIK TALAK TIGA PAS KELANTAN*

Bai'ah dan sumpah talak tiga oleh calon calon pilihanraya Pas Kelantan yg bertanding dalam PRU 2008 adalah benar dan ada sengoti yang dibuat atas maslahat di ketika itu.

Semua pimpinan utama Pas waktu itu termasuk atgna, tghh, hj hasim Jasin, Nik Zawawi dll telah menafikan kewujudan  bai'ah dan sumpah tersebut  atas maslahat tertentu yang mudharatnya lebih besar jika didedahkan.

Bai'ah dan Sumpah taklik talak tiga hanya ditimbulkan semula oleh beberapa orang pimpinan bawahan Pas utk mencari populariti peribadi, kemudian berubah menjadi pelunas dendam politik akibat drp kejahilan tentang hukum syarak.

Ulama sepakat mengatakan bai'ah dan sumpah boleh ditarik balik atau dibatalkan bila ada keperluan syarie atau pelaksanaannya boleh menimbulkan mudharat yang lebih besar, namun keluasan hukum ini telah dipersempitkan demi kepentingan politik Pas.

Hukum taklik talak tiga adalah sesuatu yang khilaf dikalangan ulama, bahkan hampir keseluruhan dunia Islam hari ini menolak cerai secara taklik yang digantung kepada sesuatu yang akan datang, namun hukum ini sengaja dipersempitkan untuk menegakkan kehendak politik dan kepentingan Pas lebih utama berbanding maqasid syariah.

*FB USTAZ CHE IBRAHIM MOHAMED*
Naib Pengerusi AMANAH Kelantan
Kota Bharu, Kelantan
13 Mac 2017

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa