Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 14, 2017

Hak milik kekal: Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka tetapi gagal sebaliknya orang asing boleh dapat secara kekal.

Syarat hak milik kekal tanah Forest City bertentangan undang-undang, kata Tun M
14 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Tun Dr Mahathir melawat sendiri Forest City baru-baru ini dan menunjukkan papan tanda hak milik kekal ke atas tanah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak sewajarnya membatalkan syarat “Freehold” ke atas tanah di forest City kerana ia bertentangan dengan dasar negara yang menetapkan semua hak milik tanah baru mestilah "leasehold" – 30, 66, 90 atau 99 tahun.
Mahathir Mohamad

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal sebaliknya orang asing boleh dapat secara kekal.

"Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang kepada tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan “Hartanah Hak Milik Kekal”.

"Tetapi Najib telah mendakwa dengan marah bahawa tanah yang dijual kepada syarikat negara Cina ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Mungkin Najib tidak tahu. Mungkin tidak lihat papan tanda.

"Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat tanah kita (kita orang Malaysia). Tetapi papan tanda kata lain" tulis Dr Mahathir di blognya, mengulas mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Beliau mempersoal sama ada Forest City akan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru atau mempunyai dewan bandaraya sendiri memandangkan hampir 90 peraus penduduknya terdiri daripada warga asing.

"Forest City ini akan diduduki hampir 90% orang asing. Apakah ia akan ditadbir oleh Dewan Bandaraya J.B atau akan punyai dewan bandar sendiri. Apakah bahasa rasminya? Wallahu Wa’allam!

"700,000 penduduknya berhak keluar masuk ke mana-mana di Malaysia, mungkin membeli harta di lain-lain tempat, mungkin juga mengadakan bisnes.

"Mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi warganegara Malaysia dengan hak mengundi. Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.

"Sesungguhnya Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka sudah 700,000 kerakyatan telah diberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. Dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum," sindirnya.

Menurut Dr Mahathir, beliau difahamkan seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90% dari bank Malaysia.

"Orang Malaysia akan disoal panjang jikalau meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum dilulus. Ini adalah oleh kerana Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram," katanya.

Difahamkan, kebanyakan pelanggan datang dari negara Cina menggunakan penerbangan khas dari beberapa bandar Cina ke Senai, Johor.

Walaupun rakyat Malaysia boleh membeli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara Cina.

Penghuni Forest City boleh tinggal secara lebih kurang kekal di Forest City. Tidak ada syarat melarang mereka dari menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekian lama.

Oleh kerana Forest City ini adalah dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia. Tetapi mereka perlu visa jika ingin ke Singapura.

Forest City ini pula diberi status bebas cukai. Status bebas cukai Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan Kerajaan. Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.

"Ya. Memang hebat Forest City ini. Tetapi hari ini dilapor bahawa pengeluaran wang dari negara Cina tidak akan dibenar lagi. Apakah ini akan menghalang rakyat Cina dari membeli flat mewah di Forest City.

"Saya diberitahu bahawa flat di Forest City boleh didapati percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di negara China. Tidak akan ada bayaran yang perlu dibuat di Malaysia. Syarikat Forest City tidak perlu bayar apa-apa cukai di Malaysia kerana tidak mendapat apa-apa keuntungan di sini," jelasnya.

1 comment:

  1. Haram jadah penguasa-penguasa melayu! yang hanya mementing tembolok sendiri habis tanah air dijualkan kepada warga asing...penguasa tamak dan bodoh ini siang-malam hanya memikirkan sebanyak mana habuan harta yg dapat dipungut tanpa anak nasib anak bangsa sendiri....sungguh sedih bila ada yg tamak dan bodoh ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa