Kejamnya dinasti Kim...
WARTAWAN SINAR HARIAN - 10 MAC 2017
SELEPAS tamatnya Perang Korea 64 tahun lalu, Korea Utara dipimpin oleh dinasti Kim yang terkenal dengan polisi tutup pintu dan berahsia dari dunia.
Hingga ke hari ini, Pyongyang bersama 24.9 juta penduduknya masih tersangkut dalam terowong masa.
Rejim Kim terkenal dengan sifat kejam dan kuku besi. Mereka sanggup bunuh rakyatnya hanya kerana kesalahan menonton drama Korea Selatan.
Seorang demi seorang dari mereka akan dibunuh bila didapati melakukan kesalahan tidak taat kepada pemimpin tertinggi.
Dinasti Kim akan memastikan takhta mereka tidak terancam sama sekali.
Itulah yang berlaku kepada abang tiri Jong-un, iaitu Kim Jong-nam yang dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu.
Namun, adakah Pyongyang hanya mensasarkan Jong-nam sahaja? Adakah anaknya Kim Han-sol turut diburu dan dibunuh juga?
Ikuti kupasan Dinasti Kim yang pelik ini. Dapatkan naskhah Sinar Harian anda esok.
Han-sol, sasaran seterusnya?
WARTAWAN SINAR HARIAN - 11 MAC 2017
KIM Han-sol, anak kepada abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam mungkin menjadi sasaran bunuh seterusnya.
Bekas diplomat Korea Utara, Thae Yong-ho berkata, di sebalik apa yang berlaku, ada keinginan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mahu mengukuhkan legasinya.
“Jong-nam dilihat menjadi penghalang terbesar Jong-un dalam usaha mengekalkan kuasanya bagi tempoh yang lama di Korea Utara, yang mana rakyatnya dipengaruhi budaya confucius. “Penerimaan Jong-nam untuk ditemu bual media asing menambah kemungkinan kehadirannya diketahui di Korea Utara dan ini membebankan Kim Jong-un,” katanya yang dipetik daripada laporan berita Jepun dan disiarkan di laman portal Yonhap News Agensi.
Yong-ho berkata demikian merujuk kepada kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.
Tambahnya, Han-sol, 22, dikatakan sebagai ‘manusia’ yang tidak boleh diterima daripada perspektif Jong-un.
“Kita tidak boleh menjangkakan (tunggu dan lihat) bagaimana beliau akan meneruskan survival hidupnya,” katanya.
Yong-ho membuat kenyataan itu sehari selepas kemunculan video Han-sol di YouTube. Ia merupakan kemunculan pertama ahli keluarga Jong-nam selepas kematiannya.
Sebelum ini, media tempatan dan asing melaporkan kononnya Han-sol hadir ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk menyerahkan sampel DNA atau membuat pengecaman mayatnya.
Namun, laporan itu dinafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, tiada seorang waris mendiang berbuat demikian.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa