SPRM tahan exco Johor berhubung skandal tanah
mk - Hari ini, 1:05 tengahari
Exco kerajaan negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi, hari ini ditahan ketika menghadirkan diri untuk soal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat di Johor Baharu, pagi tadi berhubung skandal tanah.
Portal The Star Online memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang kebetulan berada di ibu pejabat akhbar itu di Petaling Jaya sebagai mengesahkan penahanan berkenaan.
Abdul Latif adalah exco atau pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Johor dan memilih untuk bercuti sementara menunggu siasatan kes itu.
Pada 25 Februari lalu, anak exco itu dan pegawai khas beliau ditahan oleh SPRM dalam satu serbuan.
Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.
Pada 28 Februari pula, SPRM turut menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai penahanan itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin berkata beliau menyerahkannya kepada SPRM.
“Saya ialah, kita bersimpati tapi saya percaya kita serah kepada SPRM supaya kita dapat capai
keadilan dalam soal ini (rasuah dan penyelewengan hartanah).
“Itu komen saya,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menghadiri sidang DUN di Kota Iskandar, Johor Baharu, pagi ini.
Mengenai soalan lain jika penahanan itu akan memberi kesan kepada Umno Johor, beliau berakata: "Tak perlu tanya... baru sahaja kan?”
Khaled, apabila diminta mengulas mengenai penahanan seorang Ketua Pemuda Umno bahagian Johor, berkata ia tidak berkaitan.
Semalam, seorang ketua Pemuda Umno bahagian di Johor ditahan reman bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun bermula semalam sehingga Jumaat.
Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.
* Boss pada exco boleh cuci tangan gitu jer ke?

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa