‘Jamal, kita jumpa di mahkamah’ –Teresa Kok
Pada 31 Mac 2017
KUALA LUMPUR, 31 MAC: Segala fitnah jahat Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos kononnya sebanyak RM2 juta di bawah program Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) diselewengkan adalah taktik kotor menjelang pilihanraya untuk menjatuhkan reputasi DAP.
Ekoran fitnah itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini diserbu beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Serbuan itu berhubung dakwaan penyelewengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah program YAWAS.
Menurut Teresa, pihaknya tidak gentar kerana telah mengikuti segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
“Berdasarkan laporan media, Jamal menuduh saya mengeluarkan sebanyak RM2 juta dari akaun bank SMUE. Ini lawak mengarut!
“Adakah dia fikir pegawai kerajaan Selangor terlalu bodoh untuk benarkan saya buat demikian?” soalnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Kata Teresa, peguamnya Sankara Nair telah pun mengeluarkan surat tuntutan kepada Jamal Yunos dua minggu lalu tetapi tidak dibalas.
“Jadi, Jamal, kita jumpa di mahkamah!” tegas Teresa.
SMUE merupakan skim khairat kematian yang disediakan kerajaan Selangor.
Teresa berkata, pejabatnya telah pun membuat pengagihan bantuan itu sebanyak RM2,500 kepada waris ahli keluarga yang meninggal dunia.
“Tuduhan jahat Jamal Yunos jelas merupakan taktik kotor untuk memfitnah saya dan rakan-rakan yang lain menjelang Pilihan Raya Umum ke 14,” katanya lagi. - sumber

Saman jangan tak saman.......
ReplyDelete