Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 1, 2017

Inilah nasib mutakhir Hadi dan RUU355nya

TPM 'tidak yakin' pindaan RUU 355 dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini
Hafiz MarzukhiAstro Awani |  April 01, 2017 14:54 MYT
TPM 'tidak yakin' pindaan RUU 355 dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini
Menurut TPM Ahmad Zahid, RUU 355 akan dibentangkan anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail
SUBANG JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak yakin pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

"Sidang Parlimen dijadualkan berakhir pada 6 April. Saya rasa ia tidak akan dibentangkan.

"Namun, itu yang saya rasa. Keputusannya terletak pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang kemungkinan pindaan RUU 355 dibentangkan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Subang Jaya pada Sabtu.

Pada Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan secara konsensus untuk tidak membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa