Sunday, April 9, 2017
KENYATAAN PENUH Anwar Ibrahim Berkenaan RUU355
Usul yang di bawa oleh Yang Berhormat Marang di bawah Peraturan Mesyuarat Parlimen No 49(1) untuk kebenaran mencadang satu Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355
Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 bermula dengan polemik hangat mengenai pelaksanaan hukum hudud dan perundangan Islam. Maka, pembentangan YB Dato’ Seri Ustaz Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) dan YB Datuk Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Baru) membantu meredakan sambil memberikan pencerahan.
YB Dato' Seri Ustaz Abdul Hadi dan YB Datuk Takiyuddin menerangkan di Parlimen bahawa RUU Pindaan kepada Akta 355 ( “RUU 355”) bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua.
Yang dikesalkan ialah kesempatan untuk berbahas dinafikan oleh Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Mulia kerana menangguhkan sidang pada jam 4 petang. Ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam. Saya percaya Ustaz Hadi tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan. Kegagalan Speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan.
Saya ulangi kenyataan bertarikh 23hb November 2016 oleh Presiden KEADILAN tahun lalu, pertama, untuk menghormati hak YB Marang membentang usulnya; dan kedua, untuk mendapatkan jawapan tegas daripada Perdana Menteri samada kerajaan sedia membentuk satu Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti Rang Undang-Undang pindaan tersebut yang dicadang oleh YB Marang.
Setelah menunggu dua tahun, Perdana Menteri Dato' Sri Najib telah menyatakan kerajaan tidak akan mengambilalih RUU tersebut dan membentangnya seperti dicadang atau dengan pindaan atau perubahan, jika ada.
Peraturan mesyuarat Parlimen No 49 yang terpakai kepada Rang Undang-Undang Persendirian menghendaki kerajaan melalui peraturan 49(2), selepas usul untuk kebenaran dilulus melalui peraturan 49(1), untuk mengambil alih, meneliti dan menyediakan laporan berkenaan rang yang dicadangkan, untuk dibentang semula ke Parlimen; dan nampaknya, kerajaan telah awal-awal menolak tanggungjawab tersebut. Pada peringkat penelitian dan penyediaan laporan tersebut, satu Jawatankuasa Pilihan boleh ditubuhkan oleh Parlimen untuk melaksanakan tugas itu.
KEADILAN telah menyatakan kerelaan menyertai Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti, secara menyeluruh, pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan termasuk yang berikut: keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara termasuk tahap hukuman, program latihan yang perlu serta infrastruktur yang lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian. Maknanya, usul Jawatankuasa PIlihan lebih luas dan mencakupi, dan tidak hanya terbatas kepada tahap hukuman.
Satu aspek kontroversi dan membimbangkan dalam RUU 355 adalah hukuman yang jauh lebih tinggi daripada yang sedia ada dan perlu penelitian dan pemerincian.
Pendekatan ini lebih bermakna dan terjamin keberkesanannya, dan akan membuka peluang untuk memberikan penjelasan kepada rakyat termasuk bukan Islam.
Anwar Ibrahim
Sabtu, 8hb April 2017
- sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa