Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 9, 2008

Diekori Syaitan Sehingga Ke Gunung Berapit

Nampaknya saya terpaksa minta maaf sebab saya tidak dapat uploadkan gambar-gambar makhluk anih di Gunung Tebu sebagaimana yang saya janjikan. Gambar-gambar itu dirakam oleh Sdr. Mohd. Azmi wartawan paranormal yang mendaki bersama saya. Beliau tidak kirimkan gambar berkenaan kepada saya atas sebab yang saya faham gambar-gambar tersebut sudah menjadi hak exclusive beliau sebagai wartawan. Tidak apalah! Saya faham dan saya harap anda juga faham.

Berbalik pada janji saya mahu sambung cerita Lembaga Huduh Di Kem Mengkuang.

Setelah bermalam di Kem Mengkuang, paginya jam 8.30 kami bertolak menuju puncak Gunung Tahan. Lewat petang kami tiba di Puncak Gunung Tahan tanpa apa-apa halangan dan bermalam di situ.

Pada sebelah paginya di puncak, para peserta sempat menikmati panorama yang indah semasa matahari terbit. Pemandangan sungguh cantik pada pagi itu kerana cuaca cerah dan keadaan kabus pun tidaklah tebal sangat. Bunga-bunga renek di bawah pokok-pokok bonzai yang tumbuh bebas dengan batu-batu kapur putih serta granite yang mengeluarkan cahaya menjadi hiasan yang sungguh menakjubkan. Di tambah pula dengan burung-burung kecil terbang berkicau mencari madu bunga. Sungguh indah ciptaan mu wahai Tuhanku!

Sekitar jam 3.00 petang kami turun dari Puncak Gunung Tahan menuju ke Kem Padang. Dari puncak kami terpaksa menuruni lurah Tahan dan mendaki Gunung Berapit. Dari Gunung Berapit menuruni lembahnya dan baru sampai ke Padang/Padang Kem.

Setibanya di lembah Tahan saya terasa amat mengantuk sehingga tidak larat melangkahkan kaki. Jadi saya perlu tidur dulu sekejap. Saya minta Cikgu Ali (sekarang Pengetua SM Jengka 21 dan Tuan Saharizam (sekarang A.D.O Daerah Jeli) untuk membawa semua peserta ke Kem Padang dan saya akan tidur sekejap di sini. Waktu pada masa itu lebih kurang 4.30 petang dan hari nampak cerah. Sebelum mereka meneruskan perjalanan turun ke Kem Padang saya pesan kepada Cikgu Ali dan Tuan Saharizam sekiranya malam ini saya masih tidak sampai di Kem Padang, jangan cari saya. Saya janji pagi esok saya akan sampai ke tempat mereka bermalam di Kem Padang.

Mereka meneruskan perjalanan mendaki Gunung Berapit untuk ke Kem Padang. Saya sandarkan badan pada Back-pack dan terlena. Sungguh lena. Saya tersedar apabila terasa titisan hujan jatuh ke muka saya. Rupanya hujan turun rintik-rintik. Saya bangun, masak air dan bancuh milo cecah biskut. Sudah makan saya mulakan trekking mendaki Gunung Berapit. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Setiba di Puncak Gunung Berapit hujan cukup lebat dengan langit hitam pekat macam buntut kuali dapur kayu! Guruh berdentum dentam, kilat sabung menyabung. Saya berlari menuruni lurah Gunung Berapit dengan di terangi lampu suluh dan cahaya kilat yang terang. Untuk berlengah di puncak gunung semasa petir memang bahaya. Kita akan jadi point of contact!

Setibanya saya di satu kawasan yang akan memasuki hutan kecil dan jalan agak berlumpur, saya dapati jalan yang sedang saya lalui sudah menjadi "Air Terjun" yang sederhana. Saya heran macam mana dari trek yang kering tidak bertakung air telah menjadi air terjun. Satelah berfikir sejenak baru saya sedar rupanya makhluk di Kem Mengkuang semalam telah mengekori saya sehingga ke sini dan cuba mengenakan saya!

Saya sudah naik marah. Saya cabar supaya dia menjelma dan bertarunglah dengan saya sekiranya dia betul-betul marah dan dendam saya. Setelah saya cabar, suasana sunyi seketika dan saya memang berada di dalam keadaan siaga. Tidak ada apa yang muncul, yang kedengaran hanyalah guruh. Lebih kurang setengah jam di dalam keadaan siaga, saya berkata "Sekiranya engkau takut untuk berhadapan dengan aku, kau jangan kacau aku lagi. Kau bukalah laluan aku"

Saya menyuluh trek tadi, masih lagi air terjun. Saya pun berkata lagi "Kalau kau nak jaga air terjun kau jagalah, aku nak rehat" . Saya duduk di atas back-pack saya dan kepala saya tutup dengan plastik shade putih nipis dan saya pasangkan dapur/Stove di celah kangkang saya untuk panaskan badan kerana memang cuaca sejuk sehingga menggigil. Setelah badan panas/hilang sejuk, saya terlena sambil duduk.

Lebih kurang jam 10.00 malam tiba-tiba saya terjaga disapa oleh 2 orang keturunan Cina. Dia tanya saya kenapa tidur di sini berseorangan? dia kata ini jalan, ikutlah sama-sama turun. Saya tanya mereka berdua dari mana. Meraka kata mereka dari Puncak Tahan melalui Merapuh dan menuju ke Kem Padang. Dalam pada itu saya masih lagi mendengar deruan air terjun tetapi mereka kata ini adalah jalan. Saya minta mereka turun dulu, saya nak sambung tidur. Lagi pun saya kata lampu saya sudah kehabisan bateri. Sebenarnya saya tidak mahu saya diperdaya oleh makhluk itu. Saya tidak boleh mengalah!. Mereka turun dan saya sambung tidur.

Jam 3.30 pagi saya terjaga dan hujan sudah berhenti. Bunyi air terjun sudah tidak kedengaran lagi. Saya suluh laluan yang menjadi air terjun tadi. Saya dapati air terjun tidak ada. Yang ada hanyalah trek yang agak kering. Saya ketawa sambil berkata " Kau sudah letih yek tunggu aku tidur, kamu sudah mengalah. Sekarang aku nak jalan" Saya teruskan perjalanan dan saya tiba di Kem Padang pada jam 6.00 pagi di sambut oleh geng dengan riuh.

Sebenarnya tadi makhluk itu cuba memperdayakan saya. Bila saya dapati trek sudah jadi air terjun, saya akan mencari jalan lain. Itulah peluang dia memesungkan perjalanan saya dan sudah tentu saya akan sesat. Tetapi dia tidak berjaya, kerana manusia Allah jadikan lebih bijak dari golongan syaitan.

Saya tanya teman-teman ada tak 2 orang keturunan Cina sampai ke situ. Mereka jawab ada, hanya 10 minit sebelum saya. Jadi ke mana mereka? mereka dari jam 10.00 malam dari tempat saya berhenti dan tiba pada jam 5.50 pagi, bermakna mereka ambil masa hampir lapan jam sedangkan saya bermula pada jam hampir 4.00 pagi dan tiba di situ jam 6.00 pagi. Bermakna perjalanan saya hanya lebih sedikit dari 2 jam!

Paginya saya pergi cari 2 orang Cina tadi. Saya tanya mereka kenapa lambat. Mereka jawab " Kami ikut laluan itu juga tetapi rasanya terlampau jauh sehingga cukup letih. Entah ke mana kami dibawa"

Saya hanya senyum dan bersyukur.

13 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara,

    Hebat sungguh kisah benar Saudara ini. Saya dapat bayangkan akan keindahan alam semula jadi kurniaan Illahi yang Saudara ceritakan ini. Saudara bertuah dan inilah dia kekayaan yang sebenarnya.

    Saya katakan kekayaan kerana Saudara diberi peluang oleh Allah swt untuk menikmati sendiri kurniaanNYA. Menyaksikan betapa indahnya di puncak gunung dengan dikelilingi segala ciptaan flora dan faunanya.

    Kekayaan itu bukanlah sahaja bila dikurniakan Allah swt rumah banglo tersergam indah, kereta mewah berderet dan wang berjuta dalam bank. Ada macam macam jenis kekayaan yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit.

    Berapa kerat dari kami bloggers yang ada pengalaman macam Saudara? Dan berani juga? Rasanya dalam seratus ribu seorang pun tak berani tidur dalam hutan sorang sorang, terima kasih sahajalah!!

    Bukan tujuan saya memuji saudara, tetapi inilah hakikatnya. Manusia selalu mengukur kekayaan dari sudut kewangan semata mata. Memanglah baik kalau kita banyak wang, tapi kalau banyak wang pun nak bergerak pun tak boleh, terlantar atas katil, apa ertinya?

    Syukurlah Saudara, saudara sihat dalam usia begini masih boleh menerokai gunung ganang, satu kurnia Illahi yang tidak terhingga. Dan saudara juga beri saya semangat untuk 'berlawan' dengan syaitan. Maklumlah kita manusia ini kadang kadang lebih takut hantu dari tuhan sendiri.

    Kalau tidak keberatan, satu hari nanti berilah kami petua untuk dikongsi bersama, bagaimana hendak kuatkan SEMANGAT kita supaya kita yang kawal hantu syaitan dan tidak sebaliknya.

    Terima Kasih Saudara kerana berkongsi pengalaman yang amat berharga ini dengan kami para bloggers. Salam untuk Semua.

    ReplyDelete
  2. ramai yg takut dgn iblis ni sbb depa tak kenai diri..hakikat sebenar2nya!

    bila di pokok dipanggil padi, lepas tu jadi antah, jadi beras kemudian jadi nasi..jadi bubur..semuanya sama!! makanan kita!!

    ReplyDelete
  3. jin tak sama dengan ibli..tapi lebih kurang jeanne

    ReplyDelete
  4. menarik perjalanan di lorong itu mountdweller! dapat lihat kebesaran Dia
    makam iblis duduknya tak jauh dengan makam muhammad dan allah!
    berjiran..

    ReplyDelete
  5. Puan Melayu angkat : Saya bukanya berani. Cuma saya tidak takutkan Iblis dan Syaitan kerana Allah lebih berkuasa. Kita kenalah kenal diri, bila kenal diri kita kenal Allah Azzawajalla. Bila kenal Allah kita akan hilang diri dan hanya Allah yang wujud. Kita hanya hamba yang tiada kuasa apa-apa melainkan dengan izinNya. Kita diamanahkan untuk menjadi Khalifah di dunia, bermakna kitalah raja. Syaitan hanyalah makhluk yang lemah dan dilaknati Allah. Begitu juga dengan makhluk yang lain seperti binatang dan segalanya tidak akan dapat memudaratkan kita melainkan dengan izin Allah yang maha berkuasa. Berlindunglah kita di bawah rahmat Allah. Sekiranya terjadi apa-apa mudarat, itu bermakna kejadian itu berlaku dengan takdirNya dan hendaklah kita redho'. Itulah sandaran keberanian saya dengan izinNya.

    Tuan Ronasina : Pendapat anda adalah benar dan tidak lari dari hakikat kejadian.

    Tuan Aku Oku! : Tuan juga adalah betul. cuma Jeanne yang dimaksudkan itu saya tak boleh nak komen.

    Wak Jono : Tuan juga benar. Kita adalah di pentas yang sama. Makam Iblis memang tidak jauh dari makam Muhammad. Cuma makam Muhammad ditakdir lebih tinggi namun bergantunglah kepada kita meletakkanya.

    ReplyDelete
  6. Memang pengalaman yg hebat. Nampaknya saya perlu tambah satu lagi link di blog saya.

    P/S: cheguman@yahoo.com
    (saya tahu tuan ada konspirasi dgn Makcik utk singkirkan hantu. Boleh emailkan saya sama?)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum lagi Saudara,

    Ha ha Cheguman pun minat nak kan tips dari saudara. BILA lepas Ramadan dan telah habis sibuk Syawal, InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi pengalaman dengan alam misteri ini.

    InsyaAllah, saya akan beri email. Sekarang pun kita semua sibuk dengan Puasa, tadarus dan Tarawih. Jadi missi ini kita tanggung lepas hilang penat Syawall, jika diizinkan Allah swt. Pasti Cheguman pun setuju.

    ReplyDelete
  8. menarik pengalaman saudara.
    saya dah lama tak lalui benda benda mcm ni since saya tinggal kan dunia pendidikan.stamina pun dah kurang skrg.

    ReplyDelete
  9. komen sikit lagi.saya baru sedar saudara berasal dari kelate.

    esok asaya akan masuk hutan di kawasan jedok tanah merah dan ahad nya di jeli.

    harapnya saya mampu lagi bertrekking utk tempoh 5-8 jam.apa nak buat urusan kerja.

    ReplyDelete
  10. A'kum,

    Puan melayu angkat dan Cikgu Man :

    Insya Allah akan saya kungsi apa setakat yang saya tahu dengan izin Allah. Memang sekarang di Ramadhan ini kita sebuk dengan amalan kebajikan. Puan berikan email puan.

    Sdr matcomot :

    Saya ucapkan selamat berexplorasi dan selamat berpuasa. Walau pun masuk hutan di bulan puasa, jangan tidak puasa! Tugas dunia tetap tugas dunia, tugas akhirat memang tidak boleh diabaikan.

    ReplyDelete
  11. Saudara matcomot,

    Kalau ditakdirkan singgah di Kota Bharu setelah selesai tugas di jeli, beritahu saya. Kita boleh berbuka bersama di rumah saya. Saya dan isteri saja. Anak-anak seorang di Penang dan seorang lagi di Kota Kinabalu

    ReplyDelete
  12. testing-testing 1 2 3 ...
    this is Tuan Saharizam writing...

    hahaha!!!
    still remember all those sweet memories. waktu masih aktif dalam aktiviti mountain trekking.

    thanx a lot to Abe Din wujudkan blog nih. it brings back old memories.

    to those yang keep on reading tihs blog, do not stop. this old guy have a lot of exp to share, setengah2 tu, saya ada sekali, so ini bukan kisah rekaan ya.

    as for me Abe Din, sorry sebab dah lama tak joint the activity, sooo busy, kena jaga satu daerah sekarang nih, in fact tambah sibuk dengan kerja kedua and also struggling to complete my phd.

    maybe boleh menyumbang sikit2 utk blog nih.

    adios..

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum wbt,
    Selamat Hari Raya Tuan Rumah dan semua pembaca. Saya suka adventure..tapi kesukaran dan kerisauan terlalu byk..sampai tak berani keluar dr keselesaan.
    Cuma ining bertanya pn Tn ADO...dah tamat PhD atau belum. Apa pendorong untuk buat PhD...
    Untuk makluman, saya sedang belajar Master untuk kali yg kedua. Untuk ambil PhD...belum ada keberanian.

    Saiful.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa