Kami tiba di Puncak Gunung Ayam sekitar jam 6.00 petang. Kami berkhemah dan masak sementara menunggu hari malam. Di sebelah malamnya selepas isyak saya mengambil masa peserta untuk sesi penerangan tentang "penjagaan alam sekitar/conservation dan keselamatan di hutan". Peserta kali terdiri daripada pelajar-pelajar sebuah sekolah elit di Kota Bharu. Sekitar jam 12 malam sebelum tidur saya berpesan supaya semua kena bangun sembahyang subuh walau cuaca amat sejuk.
Pagi esoknya bila masuk waktu subuh saya terdengar suara azan yang sungguh merdu. Saya cuba mencari arah suara berkenaan tetapi gagal mengesannya. Mungkin di situ ada terdapat perkampungan Bunian Islam. Nak katakan manusia, jaraknya terlalu jauh dari kampung. Memang tidak ada perkampungan manusia biasa. Saya solat dan ada juga yang ponteng.
Paginya selepas sarapan pagi ala kadar, bersiap dan memulakan perjalan turun. Saya minta teman saya arwah Cikgu Azizi mengepalai peserta turun dan saya akan ekori dari belakang. Cikgu Azizi gagal mengesan jalan turun dan dia panggil saya. Yang peliknya saya sendiri pun keliru. Tidak tahu mana satu denai untuk turun. Ikut satu denai, salah. Patah balik. Ikut denai lain pula salah juga dan patah balik lagi. Di akhirnya saya arahkan semua berhenti dan rehat. Saya naik semula ke puncak berseorangan.
Setiba di puncak saya termenung dengan bertenggek di atas satu batu besar sambil berfikir dan mencari-cari arah turun. Tiba-tiba saya terfikir yang pagi tadi ada yang ponteng sembahyang subuh. Mungkin makhluk baik di sini marah. Saya baca surah alfatihah sambil mohon pertolongan dari sesiapa yang boleh tolong. Sedang asyik saya termangu, saya terdengar satu suara yang lembut"Kau pergilah ke kiri sikit. Ini tidak asyik termenung" Saya pun beredar ke arah kiri saya. Saya berjalan tak sampai pun 20 meter, saya sudah menemui jalan untuk turun. Saya pasti. Saya pergi dapatkan group dan arah naik semula untuk mengikuti denai yang jumpa tadi. Kami pun turun. Saya sendiri pula mengepalai peserta turun.
Lebih kurang 3 jam berjalan, tiba-tiba seekor harimau belang melompat dari semak sebelah kanan saya dan menyorok di sebalik satu batang balak tumbang di kiri saya dalam jarak tidak sampai 5 meter di hadapan saya. Saya berhenti dan saya tahu harimau itu masih di situ. Peserta lain di belakang saya dalam jarak 10 meter, mereka tidak nampak apa yang saya nampak. Ada juga baiknya, kalau tidak kacau saya nanti bila dia orang terkejut dan sudah pasti takut dan lari bertempiaran tanpa kawalan.
Saya serba salah, macam mana nak buat ni. Akhirnya saya nekad tidak akan berganjak dan saya bersuara"Hai rimau, kamu diamlah di situ dulu. Biarkan budak-budak ni jalan. Lepas tu bolehlah kamu beredar" Saya dapati harimau itu memang terdiam di situ. Saya juga berdiri tunggu di situ sehinggalah semua peserta lepas. Tapi bau hapaknya dapat juga dikesan oleh peserta dan mereka sibuk menaya siapa yang bawa belacan. Saya tidak layan dan suruh beredar cepat. Saya arahkan supaya menuggu saya di seberang sebatang sungai kecil di lurah bukit itu.
Setelah semua peserta dan pengiring lepas dari tempat itu, saya pun berkata kat harimau " Kau boleh pergi sekarang, semua orang sudah lepas". Dan seperti mendengar arahan, harimau itu melompat ke semak di sebelah kiri dan menghilang. Saya terfikir adakah betul kata orang tua-tua yang harimau dan gajah faham cakap kita. Wallahu aklam.
Bila harimau itu beredar saya pun turun mendapatkan peserta yang lain dan berehat. Semasa berehat di anak sungai itulah saya terjumpa Cendawan Susu Harimau. Saya ambil dan bahagikan secebis seorang kepada semua pembantu saya. Sepanjang pengalaman saya mendaki dan meredah rimba tidak pernah pun saya menemui Cendawan Susu Harimau. Selapas rehat dan minum kami turun ke Stong Resort.
Di ekspedisi kali ini 4 perkara aneh berlaku :
1. Dengar suara azan subuh (siapa yang azan)
2. Suara yang menunjuk arah (suara siapa)
3. Harimau yang mendengar kata (betul ke itu memang harimau)
4. Menemui Cendawan Susu Harimau (kebetulan atau hadiah)
Tidak siapa yang tahu termasuklah saya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Salam saudara,
ReplyDeleteAndainya saya yang nampak harimau itu, rasanya mau terkencing di situ juga. Hebat pengelaman saudara.
Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Salam buat keluarga.
Salam takzim
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteSaya kagum dengan satu lagi cerita di pergunungan ini.
Lepas Raya nanti, bila ada masa lapang dan Kalau Saudara ada gambar Cendawan susu Harimau itu tolonglah blogkan, saya percaya ramai yang nak juga tengok macam mana rupanya.
Ya saya percaya Azan yang didengari itu adalah dari perkampungan Bunian Islam. SubhanaAllah!
Orang tua tua dulu pun kata Harimau dan Gajah faham kata kata kita. Ialah Saudara, kata kata yang baik. Harimau itu pun keliru agaknya apa nak buat masa itu.
Terima Kasih berkongsi cerita ini. Banyak yang kamu pelajari.
Saya juga memohon maaf jika ada apa terkasar dari segi bahasa yang tidak saya sedari. Selamat Menyambut Aidil Fitri buat Saudara seisi keluaraga.
Sama sama kita SEMUA hati-hati di jalan raya. Kita tidak mahu jadi sebahagian dari angka statistik!!!
Ada kemungkinan salah seorang pelajar tu bangun awal pagi dan azan?
ReplyDeleteSubhannallah....
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, Maaf Zahir Bathin!!!
Assalamualaikum Sekali lagi Saudara,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Saudara sekeluarga juga. Tentu suasana Raya telah mula lebih 'terasa' dengan sudah pulangnya Along dan adiknya.
Berkenaan dengan gambar Cendawan itu, tidak mengapalah, sudah tidak ada rezeki. InsyaAllah, lain kali mungkin akan terjumpa lagi. Kalau sempat boleh diambil gambarnya.
Saudara pandai buat Lemang rupanya..kami beli sahaja. Itu pun suami amat cerewet sebab memang suka sangat pada Lemang.
Selamat Hari Raya AidilFitri sekali lagi, Maaf Zahir Batin buat saudara seisi Keluarga.
Salam saudara mountdweller..
ReplyDeleteSelamat menyambut bulan Syawal dan selamat berhari raya bersama keluarga..
Eid Mubarrak & Maaf Zahir dan Batin
selamat raya
ReplyDeleteSalam Tuan..
ReplyDeleteMenarik cerita tuan.Banyak pengalaman tuan.Saya jugak berminat utk masuk hutan dan kembara dlm hutan..mcm mana saya boleh utk join group tuan kembara..
Hamba Fakir.
ReplyDeleteKalau tuan berminat, sila sertakan aktif email tuan. Bila ada program saya akan muklum. email kami: kescop@yahoo.com.