Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 23, 2008

Orang Tua Di Gunung Stong

Aku telah bosan. Bosan dan sudah naik menyampah dengan orang-orang politik. Gawat, kecuh tidak kian sudah. Entah bila akan berakhir agaknya. Entah bila pula banduan-banduan di penjara dunia politik akan bebas. Bebas untuk memikir dan bekerja untuk kepentingan rakyat dan negara. Sedar tidak sedar mereka merengkuk di dalam penjara buatan sendiri dan mereka yang melontarkan diri mereka kedalamnya! "Penjara Dunia Politik". Mereka bergaduh sesama sendiri, mereka bertekak sesama mereka. Mereka balun membalun sesama meraka. Mereka tuduh menuduh sesama mereka. Agaknya bila runtuh bumi yang tercinta ini, barulah mereka menengadah ke langit dan menyesali tindak tanduk mereka.

Sedarkah mereka yang rakyat memilih mereka. Rakyat mengundi mereka untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita memilih mereka untuk membela nasib kita. Kemakmuran tanah air kita. Membela kedaulatan Negara kita. Tetapi tidak, mereka tidak habis-habis berjuang untuk kuasa dan periuk nasi mereka. Bertelagah mempertahankan orang-orang mereka.

Dan sekiranya mereka berperang sesama sendiri tidak kunjung tamat, maka bilakah masanya untuk mereka memikirkan kita, memikirkan pentadbiaran negara kita, memikirkan untuk memakmurkan negara kita? Bukankah itu pecah amanah namanya? Tidak bertanggung jawab maknanya?

Aku sudah pekak mendegar hujah mereka, aku sudah tidak ingat lagi janji mereka, aku sudah muak menonton lakonan mereka. Aku sudah jijik mendengar pandangan mereka. Sedar tidak sedar mereka sedang memperbodohkan diri mereka sendiri. Alangkah baiknya sekiranya pihak Pembangkang bekerjasama dengan parti Pemerintah berfikir dan bekerja kearah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat? Entahlah, lantak kamu lah Labi......

Kita tinggalkan mereka sekarang. Jom kita pergi ke gunung bersama aku. Kali ini aku nak bercerita tentang pertemuanku dengan seorang orang tua di Gunung Stong, Kelantan.

Suatu hari beberapa tahun yang lalu, kami bertiga berkhemah di Jeawang Jungle yang terletak di permulaan Air Terjun Gunung Stong yang jarak perjalanan treking dari Kg. Jelawang mendaki Gunung Stong lebih kurang 2 ke 3 jam. Dari Jelawang Jungle ke Puncak Gunung Stong pula lebih kurang 2 ke 3 jam pula. Bersama saya ialah Tuan Saharizam dan Mohd. Shah. Setalah satu malam di sini, petang esoknya kami mendaki ke puncak Stong.

Kami mendaki tanpa membawa apa-apa bekalan dan lampu suluh juga tertinggal. Kami melalui trek balak tinggal, merentasi Sungai Rantai dan melewati Gua Stong untuk ke puncak, treknya memang mencanak hanya sedikit saja terdapat tempat-tempat yang landai. Setibanya di satu permatang lebih kurang 40 minit dari puncak saya terasa amat mengantuk. Saya minta dua orang lagi rakan saya meneruskan perjalanan ke puncak sementara saya nak tidur. Saya minta bila mereka turun nanti kejutkan saya. Mereka meneruskan perjalanan ke puncak dan saya sandarkan badan ke satu banir pokok dan lena.

Saya terjaga, dan hari sudah gelap, hampir maghrib tetapi saya tidak dikejutkan oleh dua rakan tadi. Saya sangka mereka sengaja tinggalkan saya untuk melawaklah konon. Bergurau! Memang gurau geng-geng gunung ni gila-gila. Oleh kerana hari sudah gelap tanpa lampu dan sangkaan saya dua kawan tadi sudah tinggalkan saya, saya turun dengan berjalan cepat dan kadang-kadang berlari.

Di pertengahan jalan saya terserempak dengan seorang lelaki tua yang memakai kain pelikat lusuh dan bersemutal (lilit kain di kepala longat Kelantan) sedang mendaki menghala ke puncak. Saya beri salam dan bertanya " Pak Cik nak ke mana?" Dia kata "Oh.. Pak Cik nak pulang ke atas, anak dari mana?" Saya jawab "Saya dari puncak dan nak balik ke kem di Jelawang Jungle"
"Anak jalanlah baik-baik, hari dah gelap" Saya ucapkan terima kasih dan toleh ke hadapan. Sekejap saya pusing belakang dan orang tua itu sudah hilang dari pandangan saya. Baru saya terfikir, orang tua ni nak balik ke atas tetapi di atas mana ada kampung atau orang tinggal. Sah dia ni bukan orang. Perkara ni rasanya Wak Jono boleh jawab kot?. Saya terus berlari turun.

Hampir jam 8.00 malam saya tiba di kem tetapi saya dapati dua orang rakan tadi tiada di situ. Saya jadi keliru. Adakah dia orang tersesat atau memang belum turun lagi? Saya menunggu. hampir jam 10.00 malam mereka sampai di kem dan memarahi saya meninggalkan mereka. Saya kata saya ingatkan mereka yang tingglkan saya. Rupa-rupanya bila mereka sampai di puncak, mereka juga mengantuk dan tertidur. Bila terjaga hari sudah gelap. Mereka turunlah tanpa lampu.

Di perjalanan mereka turun, mereka diekori oleh satu lembaga berbulu. Sekali tengok macam orang, sekali tengok macam mawas. Bila mereka berlari, lembaga itu ikut berlari. Bila mereka berjalan lembaga itu ikut berjalan. Jadi mereka berjalan buat macam tidak ada apa-apa.

Setiba di satu Beta Balak Lama (tempat longgokan balak yang sudah dipotong) mereka berjumpa dengan satu kumpulan pendaki dari Gua Musang yang membuat kem di situ. Kebetulan yang menjadi Trekker kumpulan ini kami kenal. Mereka berhenti dan bersembang sekejap sementara lambaga itu masih berdiri tidak jauh dari mereka.

Selepas bersembang dan bertanya khabar dua orang kawan saya tadi hendak memulakan perjalanan turun ke kem. Tuan Saharizam (Tuan : gelaran salah satu keturunan Raja di Kelantan) berkata kepada lembaga itu "Kamu tunggulah kawan-kawan aku ni di sini, kami nak turun ke bawah sekejap" Lembaga itu pun tunggulah di situ dan mereka turun. terlepaslah mereka dari diekori oleh lembaga tadi. Tapi entah apalah pula yang berlaku kepada kumpulan yang mendirikan kem di situ pada malam itu tak tahulah. Itulah cerita mereka.

15 comments:

  1. Seriau!

    Bunian atau apa tu Tuan? Saya kurang nak percaya (waktu siang) tetapi mulai percaya ketika malam mula menjelma.

    Sya 'kurang jantan' untuk mengalami pengalaman-penbgalaman seperti itu.

    Nama sahaja Harimau, masuk hutan pun tak pernah.Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Tak patut sungguh 'Tuan' tu... Kesian kat geng yg 'kena tunggu' tu.

    Rimau ni buat malu Demang je...

    ReplyDelete
  3. salam Tok Rimau dan Demang,

    Saya pun tidak pasti makhluk bunian atau jembalang. Tapi salam saya dia jawab! Bunian kot? Tapi yang ikut geng tu sudah pastinya jembalang atau jin.

    Sebenarnya Demang, mereka tidaklah tunggu. mereka hanya lalu di tempat saya tertidur. Bila mereka tengok saya sudah tak ada. Mereka terus turun. Cuma mereka marah sebab saya tinggalkan mereka. Salah faham sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saudara,

    Saya tak tahu nak kata apa tapi syukur Saudara mahu berkongsi dengan kami semua akan pengalaman sebegini.

    Ada saya dengar bahawa dalam hutan itu 'dunianya' lain dan kerap kali kita keliru dengan denai denai dan suasana di sana sebab semua pemandangan hampir sama sebab itu kena orang yang 'ahli' juga jika hendak jungle trekking atau apa pun.

    Berapa lama agaknya, maksud saya telah berapa tahun Saudara ada pengalaman jungle trekking dan adakah Along dan adiknya pernah ikut bersama? Adakah minat mereka juga sama dengan saudara?

    Saya rasa 'semangat' mesti kental kalau hendak merendah hutan selain kuat dari segi pisikal.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  5. Mountdweller..
    Org bunian kot..hanya org yang bersih hatinya yang dapat berjumpa..Tiba2 seram2 ubi lak rasa..isk isk..

    Eid Mubarrak!!!

    ReplyDelete
  6. Puan melayuangkat,

    Salam untuk puan dan kekawan maya semua.

    memang along dan adik sentiasa ikut saya kalau mereka cuti. nanti saya ceritakan kisah along turun gunung berseorangan ketika maghrib. masa itu along di dalam darjah empat. along juga pernah naik gunung berseorangan ketika berumur 7 tahun.

    Maafkan saya puan, saya bukan nak bangga tetapi kerana puan tanya saya terpaksalah beritahu. saya berpengalaman tentang trekking dan gunung ini sudah lebih 30 tahun. nak kata masak tu tak lah juga, mungkin separuh masak kut?

    memang kalau kita kurang pengalaman memang kita boleh tersesat. sebenarnya ilmu gunung dan hutan ni perlu belajar dan berguru.

    aku oku, kulup sakah dan wak jono,

    saya tidak mahu katakan bukan lisut, mungkin ya dan mungkin tidak. dunia Allah memang luas dan serba boleh jadi di atas kehendakNya.

    Selamat beribadat di bulan ramadhan dan selamat Hari Raya aidul fitri. maaf zahir batin.

    nampaknya malam ini saya terpaksa bertarawih tengah malam berseorangan kerana tamu baru balik. tak dapat ke masjid. dalam bab ini rasanya wak jono lebih memahami!

    ReplyDelete
  7. Sdr. Mogen,

    Saya rasa pun mungkin bunian atau lisut yang diceritkan oleh wak jono.

    Allah maha arif.

    Salam dan selamat menyambut aidil fitri. maaf kalau ada terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  8. salam...
    saya merancang nak naik gunung stong semenjak tahun 1995 lagi.sampai sekarang blm tercapai...di are na berblogging terjumpa saudara.timbul kembali minat lama yang saya dah tinggal hampir 6 tahun.iaitu mendaki gunung

    ReplyDelete
  9. Salam lagi Saudara,

    Saya memang menanti jawapan saudara mengenai pengalaman Saudara dan anak anak jika turut serta di hutan.

    Ya Allah Saudara, Pengalaman saudara selama berpuluh tahun jungle trekking tidak boleh 'lepas' begitu sahaja.

    Pengalaman begini sebaiknya dibukukan untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.
    Terlalu banyak yang mesti dikongsikan. Kalaulah pihak TV3 tahu hal ini mesti mereka akan buat dokumentri pengalaman benar dari Saudara. Apatah lagi Along dan Adik pun boleh memberi pandangan dari pengalaman masing masing.

    Apa apa pun saya berharap sesuatu yang baik begini dapat dimanfaatkan ceritanya buat semua. Bukan apa Saudara, ramai lagi di luar sana macam masih tak percaya wujudnya kisah makhluk makhluk Allah swt selain kita di belentara.

    Pernah dulu saya terbaca diakhbar, bagaimana sekumpulan pelajar dari Singapura hilang di sebuah Gunung di Johor.

    Lepas lebih seminggu baru mereka ditemui dan mereka menceritakan bagaimana mereka nampak para penyelamat tapi para penyelamat tidak nampak mereka dan mereka juga nampak macam macam jenis jin yang benar benar menyeramkan di sana.

    Saya doakan Saudara akan terus dapat menggunakan pengalaman ini untuk kebaikan semua sekarang dan sampai bila bila, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. mungkin yang berbulu itu bigfoot. evolusinya terbantut tapi hati ikhlas untuk menolong! best cerita ni!!!!

    ReplyDelete
  11. salam tuan..

    pertama kali singgah di disini, terbaca komen tuan di blog makcik melayuangkat.

    pada hemat saya(dh mcm tok nujum), ia memang mawas! di kg saya bersepah cerita pasal mawas nih.tak tahulah betul ke tak. bapa saya juga pernah terserempak dahulu..Wallahua'lam..

    ehm..tuan nih ada pengalaman luas di dunia 'belantara'..saya sokong jika di titipkan pengalaman berharga tu..boleh dijadikan pedoman kerana kerja saya juga ada kalanya masuk ke hutan juga..

    selamat menjalani ibadah puasa..

    TQ

    ReplyDelete
  12. salam...

    this is Tuan Saharizam writing.....
    another true story by mount....

    anyway, tu another kerja gila yang myself n mount buat.

    deamg,
    sebenarnya saya suruh tunggu pun saya dah tau makhluk yang mengikut tu akan balik ke temapt asal dia lepas pada tu..

    adios..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa