Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 17, 2008

Satu Peristiwa Lalu

Di suatu pagi pada tahun 1978, masa itu saya masih bujang dan saya berada di pejabat. Saya terima satu panggilan telefon dari Balai Polis Kota Bahru. Sipemanggil memperkenalkan diri sebagai ASP Kahar dari Bukit Aman, Cawangan politik. Beliau minta saya hadir ke Balai sekarang juga. Beliau bari dua pilihan, sama ada saya datang sendiri atau pihak Polis datang "jemput". Saya bertanya sebab apa? Beliau jawab kita akan "bincang" di sini (Balai Polis). Saya jawab ok, saya akan datang tak payah dijemput nanti malu saya kepada semua rakan pejabat kerana kereta polis akan menarik perhatian! Kalau saya pergi sendiri tidak akan siapa pun tahu kecuali Pengarah saya. Itu pun saya kata kat pengarah yang saya ada urusan penting di Balai Polis.

Setiba di Balai saya memperkenalkan diri. Saya disambut oleh 3 orang anggota polis yang berpakaian awam. Salah seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai ASP kahar dan beliau memperkenalkan saya kepada 2 orang lagi rakannya yang juga ASP tetapi saya sudah lupa nama-nama mereka.

Saya diiringi ke dalam sebuah bilik tertutup dengan lampu yang terpasang dan ada 2 unit aircond yang sedia terpasang. ASP Kahar tanya saya sudahkah saya bersarapan pagi? saya kata sudah. Saya bertanya kenapa saya diarah datang? mereka kata mereka menerima arahan untuk menyoal siasat saya bersabit dengan "komplot menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan". Di masa itu Allahyarham Tun Hussein yang menjadi PM. Beliau menyambung katanya saya sepatutnya ditangkap untuk soal siasat tetapi beliau memilih untuk memanggil saja saya suapaya lebih tenang dan rasa selesa. Saya ucapkan terima kasih dan saya kata ok, tuan-tuan boleh memulakan sesi soal siasat sekarang, saya sudah sedia.

Soalan pertama adalah berkenaan diri saya, ibu bapa, akademik, kegemaran, persatuan yang saya anggotai, seni silat yang saya pelajari, parti politik yang saya bergerak cergas dan blaaa... blaa... dan saya jawab semua soalan yang dikemukan. Ok, suasana masih lagi tenang.

Kedua adalah berkenaan rakan dan kenalan saya ..... Setelah saya selesai memberitahu mereka berkenaan kawan dan rakan mereka menyoal saya tentang guru agama dan guru kebatinan saya pula. Saya menjawab tetapi suasana sudah mula panas. Mereka asik ulang-ulang soalan yang sama membuatkan saya jemu untuk menjawab. Kekadang kami bertekak. Bila suasana agak panas mereka mententeramkan saya pula. Mereka minta minuman,kueh, rokok jenama yang saya hisap serta makanan untuk makan tengahari. Suasana tenang kembali. Soalan dan jawapan di dalam keadaan tenang. Soal jawab berlangsung sehingga jam 7 petang. Seingat saya bermula dari jam 10 pagi. Macam-macam perasaan ada. Marah, jemu, letih, bengang dan adakalanya saya rasa saya dipermainkan.

Di peringkat ini macam-macam soalan yang kekadang saya tahu saya jawab. Tetapi soalan yang saya tidak tahu saya dipaksa menjawab. Itu membuatkan saya bengang. Nasib baik petang itu saya dibenarkan pulang ke rumah dengan syarat esok pagi jam 8 saya mesti datang lagi untuk sesi seterusnya. Sesampai rumah saya tidur bungkam, letih sangat!

Saya akan sambung soal siasat hari kedua kemuadian.

2 comments:

  1. Arab memang bodoh! said...

    Monday, September 08, 2008
    syed Imran said,

    Antara pendatang dan penumpang

    "Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.

    Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.

    Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan 'menumpang' iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris."

    Kau ni memang dogol.
    Ko pergi balek Arab lah ngok.

    Orang amerika tu pun pendatang. Yang asli adalah orang Red Indian.

    Jadi apa point kau bodoh!

    Orang Aborigine ada lah orang asli Australia..jadi apa maksud kau bahlol.

    Semua orang Amerika serah kuasa pada orang Red Indian.

    Dalam dunia siapa cepat siapa kuat dia berkuasa..ko pengkhianat Melayu ko pergilah ke Cina jadi pendatang disana.

    12:44 AM

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Saudara,

    Bagaimana dengan Tadarus tahun ini?

    Pengalaman saudara ini amat 'berharga' dan molek dikongsi bersama kami.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa